Ads

Tuesday 31 May 2011

Nak Beli Buku Ni



Nampak macam best je buku ni. Membincangkan pemikiran Islam dan pengaruh falsafah Yunani - Plato, Aristotle & Socrates.

Monday 30 May 2011

Jalan-jalan di Kedai Buku PPUM

Setelah makan tengah hari, saya mengambil kesempatan untuk ke kedai buku yang terletak dalam bangunan PPUM. Lagi pun saya ingin merasa aircond semasa melalui laluan ke wad kerana cuaca di luar yang agak panas. Tujuan utama adalah untuk membeli Dewan Kosmik bulan Jun tapi sayangnya masih belum ada. Hmm... dah tak tau nak komen macamana tentang pengedaran majalah ini. Sungguh mengecewakan. Mungkin pertengahan bulan Jun, akan sampailah DK kesayangan saya. Mungkin saya patut melanggan DK.

Di sebalik buku-buku perubatan yang dijual (kerana kedai buku ini dikhususkan untuk menjual buku-buku perubatan), terselit juga buku-buku agama dan bacaan ilmiah lain. Mata saya tertumpu kepada buku hasil tulisan Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, atau tajuk Inggerisnya, Habit of Self-Reliance. Harganya RM15, setelah mendapat diskaun, ia menjadi RM13.50.





Mata saya terpandang sebuah buku yang menarik perhatian saya, Warna-Warni Minda Ku: Kisah Hidup Albert Wang. Penulisnya Albert Wang menulis memoir tentang dirinya yang menghidap skizofrenia. Terdapat juga edisi bahasa Inggeris dan harga untuk setiap edisi adalah RM20.

Ini adalah satu pendedahan berani Albert tentang penyakitnya di mana perkara ini masih menjadi stigma masyarakat Malaysia. Sesiapa yang ke klinik psikiatri akan dianggap gila. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan kerana sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan seperti ini.




Saya teringat kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap skizofrenia di tahap yang teruk, yang dipaparkan dalam rancangan Oprah. January, atau nama timangannya, Janni, akan mencederakan dirinya atau sesiapa sahaja. Sesuatu yang dianggap mustahil bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun. Janni telah menunjukkan keadaan yang ganjil semenjak usia bayi lagi. Dia  juga mempunyai kawan imaginasinya yang menyuruh membuat itu dan ini, termasuklah perkara yang memudaratkan.

Ibu bapanya terpaksa menyewa dua buah apartmen, dan masing-masing bergilir-gilir menjaga Janni. Kesedaran kedua ibu bapanya menyebabkan dirinya dapat dikawal. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang buta huruf dan membiarkan anak-anak mereka menderita sakit mental tanpa mendapatkan rawatan yang betul?

Satu lagi filem yang menarik, A Beautiful Mind, menceritakan kisah hidup seorang genius yang menhgidap skizofrenia. Saya lebih tertarik kepada pelakon utamanya, Russel Crowe!

One of my friend told me, he hates psychiatrist!

Sunday 29 May 2011

Al-Jahiz

Al Jahiz atau nama penuhnya Abu Uthman Amr Ibn Bakar al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri dilahirkan di Basrah pada tahun 164 Hijrah, bersamaan 780 Masihi. Beliau telah mencapai darjat keilmuan pada zaman belianya. Beliau menghadiri kuliah dan bergaul dengan para ilmuan di Midrad, Basrah.

Al-Jahiz juga dianggap sebagai penulis kontemporari, bersistem, mempunyai pemikiran kognitif, teliti dalam membuat kajian serta pemerhatian yang menjadikan beliau bijak dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat. Beliau pakar dalam pelbagai bidang seperti biologi, kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ekonomi, perdagangan, dan geografi dan menghasilkan kira-kira 350 buah buku.

Beliau menulis Kitab al-Haiwan (Books of Animals) yang terdiri daripada tujuh jilid dan menjadikannya antara penulis yang termasyhur. Beliau telah membahagikan haiwan kepada  tujuh jenis yang merangkumi jenis terbang, berenang, dan berjalan. Beliau turut menyentuh berkenaan kesan-kesan ke atas haiwan, cara pembentukan telur dalam perut ayam, bagaimana sarang burung dibuat, habitat tidur binatang, dan sebagainya.

Saya mengagumi al-Jahiz sebagai pakar dalam bidangnya dan saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor veterinar atau ahli zoologi suatu ketika dahulu.

Waswas - Bila syaitan membelit manusia


Entah ke mana perginya buku ini. Hilang atau silap letak.
Dibeli semasa Pesta Buku PWTC 2006.

Saturday 28 May 2011

Perihal Orang Muda: Anak muda tak pandai bergaya

Sesuatu yang menarik dari Berita Harian hari ini. Bagi saya, saya berpakaian asalkan sesuai dengan majlis dan selesa. Ukur baju di badan sendiri!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PerihalOrangMuda_Anakmudatakpandaibergaya/Article
Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/05/29


Tidak tahu etika berpakaian, malas berhias jadi punca selekeh
KUALA LUMPUR: Gene­­rasi muda hari ini me­­ngakui aspek penampilan diri menjadi antara faktor penting dalam menjaga ketrampilan peribadi tetapi ramai tidak tahu bergaya mengikut keadaan atau majlis dihadiri termasuk sesi temu duga.

Maklum balas diterima melalui laman sosial Facebook Berita Harian mendapati, ramai anak muda menganggap ketrampilan diri cukup pen­­ting kerana bimbang dengan persepsi masyarakat sekeliling termasuk rakan sebaya yang mengkritik cara mereka berpakaian atau menghias diri.

Perunding imej dan pensyarah fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faizal Abdul Hamid, berkata soal ketrampilan diri sangat subjektif kerana ia merangkumi elemen fesyen.

“Fesyen adalah sesuatu yang ceria serta gaya ekspresi individu yang tersendiri. Fesyen dapat meningkatkan keyakinan serta ke­­trampilan diri. Kita akui, cita rasa manusia sangat subjektif dan bersifat sejagat.

“Namun begitu, golo­ngan muda perlu menghormati budaya dan masyarakat setempat dalam berfesyen. Sama ada anda bersetuju atau tidak, pesan saya ha­­nyalah satu iaitu tepuk dada, tanya selera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Faizal berkata, dalam soal menjaga ketrampilan diri, golongan lelaki sering dikatakan pemalas dan selekeh dalam bergaya.
“Untuk mengatasinya, kursus atau bengkel penampilan imej perlu diadakan. Ia bukan hanya untuk golongan muda tetapi untuk semua lelaki yang amat mementingkan an ketrampilan diri.

“Pakaian adalah ekspresi luaran dan dalaman seseorang. Adalah penting untuk berpakaian dengan gaya yang boleh me­­nyampaikan mesej positif,” katanya.
Faizal berkata, 80 peratus daripada ketepatan gaya ialah apabila kita menya­­rung pakaian sesuai bagi setiap acara yang dihadiri.

“Kod berpakaian dilihat sedikit longgar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi, masih ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

“Apabila kita sangsi mengenai pakaian formal yang harus dipakai terutamanya ketika menghadiri mesyuarat perniagaan atau majlis koktel, dinasihatkan supaya memakai tali leher sebagai pelengkap gaya.

“Ini bagi memastikan anda tetap profesional ketika menghadiri majlis itu,” katanya.

Faizal berkata, bagi individu konservatif, pakaian elemen gaya klasik dan ras­­mi dengan rona hitam dan kelabu boleh menjadi pilihan.

“Elak memakai aksesori pelik, agak berat serta keter­­laluan daripada yang sepatutnya digayakan ke pejabat.

“Secara mudahnya, gaya diterjemahkan sebagai gaya hidup yang bukan hanya dilihat melalui cara kita memi­­lih pakaian, tapi bagaimana kita mengadaptasikannya. Ia bukan hanya pakaian tetapi termasuklah jenis kereta dipandu, muzik didengari, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya,” katanya.

Friday 27 May 2011

J.K. Rowling & I

Every one knows her - J.K. Rowling, author of Harry Potter. But does any one know about her life, especially before she is well-known? Upon finishing her first Harry Potter book, she's been through a divorce, her mother died, being a single mother - raising her daughter alone and lived on goverment subsidies. I think she began to write at the age of 30, more or less.

Her manuscript was rejected bu 12 publishers! Even the one that purchased it advised her to get a day job. But now, she's rich, much richer than the Queen of England!

I'm going to be 31 by September this year. 30 was my turning point age. I do everthing that I wish for. After losing a job last year, I bought lots of book but I had no intention of being an author or writer. I'm happy when I look at my book collection. I bought everything, novels, travelog, beauty, etc... and even psychiatry book! I was thinking of writing essays. I wrote one but I got no feedback from a magazine.

Until fourth quarter of last year, I began seriously writing a book. The idea of writing music book pop up on my mind. I never planned it. Thanks God for that idea. I pray so hard,  hoping that my music book project goes smoothly.

I heard people say, "You can't make money by writing book." But I want to prove that it is wrong!

Thursday 26 May 2011

PILATES

Macamana buku ni boleh hilang?

A Man to Tame - Rachel Lindsay


My fav. Mills & Boon/Harlequin romance book. I still remember reading this book when I was 14.

Synopsis:

Kate Gibson knew that when she took over the job of factory doctor it would be difficult to persuade the men to accept a woman. She certainly hadn't expected to have the same trouble with Joshua Howard, the forceful head of the company.

"You can't get rid of me as easily as that, Mr. Howard," Kate said angrily. "I have no intention of returning to London. I have signed a contract with you and I'm going to fulfill it."

It was only later on Kate wondered if, having accepted her as a doctor, Joshua would ever see her as a woman... .

Unwilling Bridegroom - Roberta Leigh


It's about vineyard business in Southern France. Melisande accused Andre for putting her father into a jail and she was looking for a revenge. A revenge by marrying him and she regretted it later. Guy who was Andre's cousin interframed with both Andre's wives. Andre's wife from previous marriage was killed in a car accident. The history repeated itself. Melisande always bumped into Guy the same way Andre's former wife did.

Synopsis:
Melisande Godfrey had had a grudge against Andre Lubeck since her childhood, and she had longed to be revenged on him for years. Now her chance had come. Her method was to force him to marry her - and the terms were such that he had no alternative but to agree. But Melisande had never paused to think what her life would be once she had married Andre: certainly she had never expected to fall in love with him. Just how deeply she had fallen in love she had never realized until his old love, Nina Spacy, turned up. And why shouldn't Andre encourage Nina, when he felt nothing for his own wife but contempt?

Taken Over - Penny Jordan


Salah satu kegemaran aku sejak tingkatan 1 hingga kini - membaca buku Mills & Boon. It's more than romance!

One of my favorite. Cassie, a nerd computer genius was forced to marry Joel, a playboy king in computer world in order to expand his business. Later she learned his childhood past tried to unite him with his mother. Joel accused that his mother cheated on his father and caused his elder brother's death. He always believed that he was a child from her mother's affair with her Italian boyfriend.

Miranda (Joel's mother) flew from Italy after knowing that her son's marriage through a newspaper. She met Cassie and brought her to Italy for grooming and she was transformed into a beautiful lady. Cassie no longer wore glasses and her 'little sparrow dress'. Finally Cassie knew the real story about her husband's family. Joel was always her mother's favorite and he was his father's son.

A Mistake in Identity - Sandra Field


Description from http://www.fictiondb.com/author/sandra-field~a-mistake-in-identity~14069~b.htm

Caroline was falling in love with him

Sean Reilly kidnapped a girl he despised to make her pay for the awful thing she had done to his brother. The only problem was that he had kidnapped the wrong girl.

But how was he to know? Caroline had foolishly agreed to help a girl who looked so much like her that the switch would have tricked anyone. Gabrielle had duped them ail and was getting away with the perfect con.

Sean had to be convinced of his mistake, and Caroline had to face her own bittersweet truth - Sean had stolen her heart.

A Mistake in Identity adalah buku M&B yang pertama saya baca tetapi dalam bahasa Melayu iaitu 'Kau Bukan Aku'.

Penulis novel cinta - mereka tidak semestinya mengalami pengalaman cinta yang indah seperti dalam nukilan mereka. Diri mereka tidaklah sesempurna seperti watak rekaan. Tetapi mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi yang turut membawa pembaca asyik dengan cerita rekaan mereka.

Sandra Field sebagai contoh, aku rasakan dia tidaklah sejelita watak rekaannya, Caroline yang bijak dipadankan dengan the wild & sexy Sean Riley, seolah-olah seperti serpent yang mempunyai racun berbisa. Sandra tinggal di Nova Scotia dan setelah lama bekerja makan gaji akhirnya dia menjadi penulis.

Aku tertarik dengan watak Caroline dan Sean dalam novel A Mistake In Identity yang kukira berlatar belakangkan kawasan hutan di Nova Scotia dan bandar Halifax di Kanada. Akibat wajah Caroline yang seiras Gabrielle, dia diculik dan dilarikan ke sebuah rumah persinggahan di dalam hutan dan dipaksa mengaku bersalah di atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Gabrielle merupakan seorang wanita licik yang memperdayakan abang kepada Sean sehingga merengkok dalam penjara akibat tuduhan mengedar dadah.

Sean tetap menuduh Caroline adalah Gabrielle walaupun berkali-kali dinafikan. Caroline dijadikan tahanan dalam rumah yang aku tidak pasti berapa lama tempoh masanya. Plot ceritanya...anda semua boleh teka.

Aku sukakan cara penulis menceritakan kecantikan hutan pokok tirus dan tasik yang terletak di hadapan banglo tersebut.



Wednesday 25 May 2011

Untamed Sanctuary - Annabel Murray


"A woman out here means trouble for a man."

Niklaas van der Walt didn't keep his prejudices a secret when a woman turned up as his assistant vet at Marula National Park in South Africa. But nothing could dissuade Georgie Jonson to give up her newly won position at the African wildlife sanctuary.



Georgie was thrilled to be offered a job as Assistant Vet to a private African wildlife sanctuary. She'd be working with Niklaas van der Walt, but he'd been expecting a male assistant!



Besides, if Niklaas liked animals better than people - especially female people - that suited Georgie just fine. At least he'd be no smooth seducer. For experience had taught Georgie not to welcome male attentions, either.

She knew she could do the job - but could she prove it to Niklaas?


In the end, Georgie married Dirk de Vries although she loved Niklaas. There was misunderstanding that made Georgie went back to England without no one knew it. She raised her baby, Susan, until two years later, Niklaas found them and claimed what should be his.


I love this one and I was once dream of becoming a vet, work with big cats and excotic animals in Africa.

My Wishlist - Books Written By Brian H. Kaye

I borrowed this book from UTM library when I was a student but managed to read less than a quarter of the book. :P


 
Both are very expensive!

Aksi Kucing & Buku

Moga-moga ilmu dapat diserap semasa tidur.
I hope I can absorb the knowlege while sleeping.


ZZZZZZzzzzzz.............


 
Tolong ajar saya membaca.
Please teach me how to read.

Buku & Majalah

Buku-buku memanggil-manggil nama tuannya supaya dibaca...


Dah baca ke belum? Aku lupalah....

Syukur

Syukur dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya. Cuma saya yang tidak pandai berterima kasih kepada-Nya. Semoga saya lebih bersyukur dan terus bersyukur.

Saya sangat gembira mendapat honorarium daripada pihak DBP. Walaupun hanya di ruangan surat pembaca Dewan Kosmik, ia terus menjadi pemangkin untuk saya terus menulis. Saya sedar, saya sedang bertatih dalam dunia penulisan dan masih banyak yang perlu dipelajari. Satu lagi, surat saya kepada majalah Aniqah (Jun 2011) juga turut disiarkan.

Perasaan saya berbaur, namun saya berdoa agar pihak penerbit buku menerima draf buku muzik saya. Amin.


I'm grateful to God because He gives everything to me. I want to be more and more grateful to Him. I've just received a cheque from DBP. Although it is just a small contribution for letters from the readers section for Dewan Kosmik, but it is a good start for me. My comments and suggestions are published in Aniqah magazine too (June 2011). I'm just a beginner, far from being an amateur and I need to learn a lot on writing.

I have a mixed emotion at this moment, I pray so hard, hoping that the publisher will accept my music book. Amin.

La Principessa Schiava - Jacqueline Pascarl


Saya ternampak buku ini, La Principessa Schiava di sebuah kedai buku semasa berada di Stesen Santa Maria Novella, Florence. Harganya Euro20.00. Saya tidak membelinya kerana saya tidak faham bahasa Itali. Ketika itu saya mengagak tajuk bahasa Inggerisnya Once I Was A Princess, mengenai perebutan hak penjagaan anak seperti yang diketahui umum. Buku ini telah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Saya ingin sekali memiliki buku ini kerana saya ingin mengetahui cerita kedua belah pihak, iaitu Jacqueline dan bekas suaminya. Kesinambungan buku ini ialah Since I Was A Princess.


I guessed the title La Principessa Schiava must be Once I Was A Princess written by Jacqueline Pascarl, although the direct translation is The Princess Slave. I saw this book at the book shop at Santa Maria Novella Station, Florence and the price is Euro20.00. This book is about a mother's grief over her son and a daughter who were taken by their father (her ex-husband). I wish to have this book since I want to know the real story from both parties, Jacqueline herself and her ex-husband. This book is translanted into so many languages and the sequel is Since I Was A Princess.

Why We Get Sick?




Why We Get Sick : The New Science of Darwinian Medicine
Randolph M. Nesse and George C. Williams
Vintage Books, NY
1996
290 pages
ISBN 0679746749
RM60.96 @ Kinokuniya


The next time you get sick, consider this before you pick up the aspirin: your body may be doing exactly what it's supposed to. In this ground-breaking book, two pioneers of the emerging science of Darwinian medicine argue that the ilness as well as the factors that predispose us toward it are subject to the same laws of natural selection that otherwise make our bodies such miracles of design. Among the concerns they raise:

  • When may a fever be beneficial?

  • Why do pregnant women get morning sickness precisely when they are supposed to be nourishing their developing babies?

  • How do certain viruses "manipulate" their host into infecting others?

  • Why evolutionary factors may be responsible for depression and panic disorder?



  • Deftly summarizing the latest research on disorders ranging from allergies to Alzheimer's, and from cancer to Huntington's chorea, Why We Get Sick answers the questions and more. The result is a book that will revolutionize our attitudes toward illness and will intrigue and instruct lay persons and medical practitioners alike.

    They still believe in Darwinisme? Does natural selection exist? It doesn't because God does not play dice with the universe.


    This is my favorite part of this book regarding cancers of female reproductive organs:

    The more interesting finding is that the probability of a cancer of the female reproductive system at any age increased directly in relation to the number of menstrual cycles woman has experienced.The most likely victim of a cancer of the reproductive tissues is an elderly woman who had an early menarche and late menopause and never had her cycling interrupted by pregnancy and lactation.


    About the authors:

    Randolph M. Neese, M.D. is a practicing physician and professor, Dept. of Psychiatry at the University of Michigan. George C. Williams, Ph.D, is a professor emeritus of ecology and evolution at the State University @ Stony Brooke.

    

    Tuesday 24 May 2011

    THE ORIGIN OF THE UNIVERSE



    THE ORIGIN OF THE UNIVERSE


    John D. Barrow
    1994
    150 pages
    Weidenfeld & Nicolson, The Orion Publishing Group, London
    ISBN 0297814974
    RM15 (discount) / 9.99 pound



    I bought this book during Times Bookshop sale at City Square in 2006.

    About the author, John D. Barrow graduated in mathematics from Durham University and received his DPhil in astrophysics from Oxford. His principal research interest is in the early history of the universe. He wrote The Left Hand of Creation, The Anthropic Cosmological Principle, The World Within the World, Theories of Everything, and Pi in the Sky.

    This book is a state-of-the-art account of our ideas about the beginning of the universe, and the evidence for them. There was immense excitement in the scientific community in 1992 when the COBE satellite first sent back data revealing the imprints of events in the universe's early history in the radio waves from the Big Bang.

    Prof. Barrow describes the picture of the universe that those findings illuminate, and goes on to explain how they allow us to reach back and shed light upon events at the dawn of time. We learn how our understanding of what lies in outer space is bound up with the character of the smallest particle of matter, and how thin is the thread by which our own existence hangs.

    Here comes the questions:

    What does it meanto say that the universe appeared out of 'nothing'?

    Did it need a beginning and will it ever end?

    Why do we think that most of the universe is invisble?



    GOD EXIST BEFORE TIME, SPACE & MATTER.

    GOD IS NOT SUBJECTED TO SPACE & TIME.

    Monday 23 May 2011

    Professional Modelling


    Professional Modelling : Every Model's Must Have Guide to the Industry
    Louise Cole & Giles Vickers-Jones
    RM89.90 @ Kinokuniya
    160 pages
    Garfield House, London
    ISBN9781847730565

     

    Written by Louise Cole and Giles Vickers-Jones, the two successful working models. With hints & tips for all wanna be models (including me?), once you are in the industry,  there are lots of DO and DON'TS.

    Rather than having a pretty looking face, all models must have exercise routines and beauty regimes to trim and of course, looking good.

    We are familiar with catwalk and runway modelling but we do not realise there are many different types of modelling for different people, such as: glamour, teen, body, sports, plus size, petite, real people, pregnancy, family & baby, and even unusual/freaks!

    Modelling is not just about the face, but having a great personality and a great attitude. Modelling industry is very competitive and you have to learn how to deal with rejections before you find success. And manage your $$$$$ too!

    How I wish to be photographed with my dear Mr HUGH JACKMAN!


    Bobbi Brown Makeup Manual



    Bobbi Brown Makeup Manual : For Everyone from beginner to Pro
    224 pages
    Springboard Press, NY
    2008
    ISBN9780446581349

    I love make up, although I'm far from being an amateur. I love it more when I get this book for RM34.90 @ BookXcess (full price is RM120). I have saved it for more than RM85! It is better if I have BB cosmetic products too!
     
     
    The most important thing about this book - I love the pics. I prefer to look at the pictures rather than reading it. BB teaches us about the Skincare Basics, Brushes & Other Tools, the compulsory Eye Makeup, Concealers (I don't think I have to use concealer, although my skin is not as smooth as porcelain - but I envy the girls with porcelain smooth skin), Choose the Right Shades of Makeup (you don't want to end up looking like a chimera or the Chinese opera), Bronzers & Tanners (use it the right way!), Makeup for Special Occassions (your dream wedding for sure) and lots more.....

    Ms. Brown, how I wish....I want you to be makeup artist for my wedding!

    My Wishlist :x

    1) Pengenalan kepada Doktrin Kosmologi Islam - Syed Hossein Nasr

    2) Secangkir Teh Pengubat Letih - Hasrizal Abdul Jamil SaifulIslam

    3) Alexander Adalah Zul Qarnain - Muhammad Alexander

    ......and lots more!

    Romance Book Collection


    How I love romance books :x

    Sunday 22 May 2011

    Kamus Seni Muzik




    KAMUS SENI MUZIK


    Penyusun: Jason Tye Kong Chiang, Johan Othman, Lena Lie Pek Hung, Norlida Mohd. Jalaludin, Patricia Ann Matusky Yamaguchi, Razak Abdul Aziz, Tan Soi Beng, dan Toh Lai Chee.

    Penyelenggara: Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohd Asri (Ketua), Ramlah Abu Bakar, dan Julianah Kuli.

    DBP

    318 ms

    2009

    RM30

    ISBN 978983460274


    Kamus Seni Muzik adalah satu-satunya kamus muzik berbahasa Melayu yang saya jumpa. Selain menambah pengetahuan dalam bidang muzik, kamus ini secara langsung dapat membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana pengungkapan ilmu dalam pelbagai bidang. Penerbitan kamus ini adalah sebagai kesinambungan daripada siri penerbitan kamus istilah yang diusahakan oleh DBP.


    Kamus Seni Muzik memberi tumpuan khusus kepada sub-bidang alat muzik tradisional, etnomuzikologi, persembahan muzik, muzik Barat dan teori muzik Barat, termasuk 1398 istilah berserta huraian. Saya sebagai seorang peminat muzik klasik Barat sangat mengalu-alukan penulisan buku muzik dalam bahasa Melayu kerana buku-buku muzik berbahasa Melayu yang ada di pasaran masih boleh dikira dengan jari. Kamus ini bukan sahaja menghurai istilah muzik klasik Barat tetapi istilah muzik Melayu, Indonesia, Filipina, Iran dan banyak lagi. Walaupun saya rasakan bilangan istilahnya masih tidak mencukupi namun ia satu permulaan yang baik untuk memartabatkan bahasa Melayu.

    Tuesday 17 May 2011

    Perpustakaan Mini Saya (My Mini Library)

     Koleksi majalah. Tigre dan kawan-kawan pun suka membaca.
    Magazine collection. Tigre and his friends love reading too.


     It is time to move.


    Juara yang Tewas


    Tajuk: Juara yang Tewas
    Pengarang: Aripin Said
    Penerbit: DBP
    Harga: RM4.00
    Muka surat: 117
    Terbitan: Cetakan ke-2, 1988
    ISBN: 9836201424


    Sinopsis (pada kulit belakang buku)

    Dari dongeng terkenal rakyat Pahang yang terkenal, ditulis kembali secara bebas, hasilnya sebuah kisah yang dramatik dan menawan.

    Dua ekor naga perkasa yang kekuatannya menggegarkan alam, kesaktiannya menggegarkan alam, kesaktiannya menakjubkan rakan, semangatnya mengkagumkan lawan, pertarungan seru yang mengubah sejarah. Seri Pahang terpaksa melalui peringkat perubahan selama 100 tahu di Tasik Chini untuk melengkapkan diri menentang Seri Kemboja di Teluk Kemboja.

    Pertempuran yang seharusnya menentukan kekuatan, semangat dan kesaktian dicabuli oleh muslihat Seri kemboja yang meminta bantuan Raja Siam. Apakah Seri Pahang dijuak ke permukaan laut oleh Seri Kemboja, angkatan laut Siam membedil dengan 100 pucuk meriam.

    Tumpaskah Seri Pahang? Dapatkah kekuatan semangat dilumpuhkan oleh tipu muslihat? Berakhirkah riwayat luka naga perkasa yang menjadi kebanggaan rakyat negeri? Dapatkah Seri Gunum yang bersemadi di Tasik Chini membela kematian saudaranya?


    The Defeated Champion. This is my rough translation. It is based on the Pahang folk story. The story is about two strong gigantic dragons who resided at the Chini Lake. Seri Pahang was a good dragon while Seri Kemboja was an evil one.

    Mengapa Saya Suka Membaca Buku?

    *with English translation

    Mengapa saya suka membaca? Saya membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Satu jawapan yang cukup klise. Pada hari pertama saya memasuki darjah 1, iaitu pada Januari 1987, guru kelas telah membawa kami ke perpustakaan. Saya memilih sebuah buku dan mengeja satu persatu kerana tidak pandai membaca. Saya juga tidak mengetahui apa yang saya baca. S-a-y-a, itu sahaja yang saya tahu. Ketika pertengahan tahun 1987, barulah saya pandai membaca. Jika diikutkan dengan sistem persekolahan sekarang, mungkin saya termasuk dalam kumpulan pelajar yang lambat membaca. Tetapi, berkat usaha saya dan guru, saya berjaya dapat markah penuh dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, yang diajar pada penggal kedua.

    Pada penghujung tahun, nama saya diumumkan sebagai pembaca terbanyak kategori darjah 1 semasa perhimpunan. Saya sendiri tidak menyangka mendapat anugerah tersebut. Walaupun hadiahnya adalah sebuahmangkuk plastik daripada pihak perpustakaan sekolah, namun saya amat menghargainya. Tabiat yang dipupuk dan disemai sejak kecil lagi membuatkan saya menjadi seorang ulat buku. Kini, setelah dewasa, saya mahu menjadi seorang pembaca yang aktif, maksud saya, saya mahu memberi maklum balas dan ulasan terhadap apa yang saya baca, untuk dikongsi bersama masyarakat serta ingin menerbitkan buku sendiri. Satu perkara yang saya kenal pasti mengenai diri saya, saya tidak suka berlama-lamaan di kedai buku. Selalunya saya akan mencari buku yang saya inginkan dan terus pulang apabila selesai membayarnya. Tetapi, jika saya berada di butik atau memilih alat mekap, saya sanggup berada seharian di sana agar berpuas hati dengan apa yang dibeli!


    Why Do You Read Books?

    Why do you read books? I read books because I want to gain knowledge. It sounds so cliche! Beginning the first day of school, in January 1987, our class teacher showed us the library and let us read the books. I did not know how to read. I spelled every word but I did not understand the meaning, except s-a-y-a which means 'I'. But it never stopped me from learning and I could read well during the second semester. I scored full marks in English too. English was taught during the second semester.

    I was announced as the winner of the reading contest for standard one category. I did not expect it and although the prize was only a tupperware, I really appreciate it. The good habit that I have nurtured since younger age makes me a book worm. I read everywhere, in the LRT, while waiting for my friends or any time that I feel that I should read. Since I read a lot, I feel that it is time to be an active reader which means I should give feedbacks and write reviews. I wish to publish my own book soon. Although I love reading books, but I do not like spending hours at the book store. I quickly browse the book and leave the book store after I finish paying it. But when I shop for dress or make up, I could spend the whole day at the boutique or make up counter!