Ads

Sunday 7 August 2011

Music at the Limits: Three Decades of Essays and Articles on Music


Music at the Limits: Three Decades of Essays and Articles on Music
Edward W.Said
Bloomsbury
2008
RM57.95


Synopsis:

Music at the Limits brings together three decades of Edward W. said's essays on music. Addressing the work of a wide variety of composers and perdormers, said analyses music's social and political context's, and provides rich and often surprising assessment. He reflects on the censorship of Wagner in Israel; the relationship between music and feminism; and the works of Beethoven, Bruckner, Rossini, Schumann, Stravinsky and others. Always eloquent and often surprising, Music at the Limits reinforces Said's reputation as one of the most influential writers of the twentieth century.




Thursday 4 August 2011

Surat Pembaca: Dewan Kosmik April 2011

Assalamualaikum diucapkan kepada sidang editorial Dewan Kosmik.
 
Saya merupakan peminat DK dan ingin mengajukan satu persoalan tentang khunsa. Khunsa jauh berbeza dengan golongan pondan, pengkid dan homoseksualiti. Ini kerana secara fizikal mereka dilahirkan dengan kedua-dua alat kelamin lelaki dan perempuan.

Persoalannya, bila mereka perlu menentukan jantina, berdasarkan kecenderungan mereka untuk memilih menjadi lelaki atau perempuan? Adakah sebaik sahaja dilahirkan, ketika masih kanak-kanak, setelah baligh atau bila dewasa? Apakah kesan emosi terhadap mereka?

Diharap agar pihak DK dapat mengulas tentang persoalan khunsa untuk panduan kita bersama.

Surat Pembaca: ANIQAH Jun 2011

Halal Menjadi Haram


Assalamualaikum Sidang Editorial ANIQAH,

Saya mula mengenali ANIQAH semasa Syawal tahun lepas. Saya begitu tertarik dengan gambar-gambar yang berkualiti, reka letak yang sesuai dan artikel yang menambah pengetahuan.

Saya ingin mengutarakan satu perkara, iaitu penggunaan berus "pure bristle", iaitu berus diperbuat daripada bulu babi. Kadang kala kita terlepas pandang mengenai perkara ini. Berus "pure bristle" digunakan secara meluas dalam pembuatan bakeri dan kek, sebagai "hair brush", berus cat, berus lukisan dan banyak lagi.

Kita menyangka makanan yang kita makan contohnya apam balik itu halal, tetapi boleh menjadi haram jika berus "pure bristle" digunakan untuk menyapu majerin ke atas apam balik tadi. Malah berus lukisan "pure bristle" ini menjadi pilihan bagi lukisan akrilik kerana ia bersifat keras dan memberi kawalan yang baik semasa melukis.

Saya sendiri pernah terjumpa berus lulur dan "hair brush" yang diperbuat daripada bulu babi semasa berkunjung ke sebuah spa yang terkenal di ibu kota. Lantas saya memberitahu kepada staf yang bertugas mengenai perkara ini. Saya dapati staf yang bertugas sendiri tidak menyedari bahawa berus yang digunakan itu tidak halal dan tidak mengetahui istilah "pure bristle" yang terletak pada pemegang berus tersebut. Dia hanya mengetahui "pork" itu sahaja yang haram.

Saya menyeru agar kita semua mengambil berat dan tidak memandang remeh dalam perkara ini kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan apa yang kita gunakan akan jatuh hukum haram. Kerjasama daripada pihak peniaga juga perlu bagi meletakkan label pada berus tersebut. Manakala kita sebagai pengguna mestilah peka dengan istilah antaranya "pure bristle", "bristle brush", "hog bristle", "China bone", dan banyak lagi.



Eksklusif: Melayu Kelantan 60,000 tahun

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_MelayuKelantan60_000tahun/Article

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/08/04

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.

Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.

Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.
 

Dawama tarik balik arahan cuti, setuju bayar gaji minimum 12 hari

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dawama-tarik-balik-arahan-cuti-setuju-bayar-gaji-minimum-12-hari/

TERKINI @ 10:06:56 PM 03-08-2011

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Kementerian Sumber Manusia memberi jaminan kepada sekitar 400 pekerja Dawama Sdn Bhd bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.
Menterinya Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Wakil kesatuan telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja di Putrajaya semalam. Tengah hari tadi mereka mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menyifatkan tindakan Dawama sebagai tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang buruh dan wajar diberi kerja selama 12 hari dalam sebulan.

Oleh itu kata menteri, Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, kata Dr Subramaniam dipetik Bernama Online selepas mesyuarat pasca-Kabinet di Putrajaya hari ini.

Kata beliau surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik.

“Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka,” kata beliau.

Katanya, “dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP.”

Wakil Dawama tidak hadir dalam pertemuan semalam itu, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Zainal Awit kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada sekitar 400 pekerjanya berkuat kuasa kelmarin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan yang didakwa berpunca daripada kemungkiran di bawah konsesi 2002 dengan DBP.
Konsesi itu hanya akan berakhir pada 2014.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.

“Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa,” katanya.
Dalam kenyataannya, Zainal berkata Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja mendapati tindakan Dawama adalah salah dan tidak boleh membiarkan pekerja bercuti tanpa gaji buat selama-lamanya.


“Jabatan berpendapat majikan mesti beri hari kerja berbayar minimum 12 hari,” katanya.
Dalam pertemuan hari ini dengan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, Zainal berkata beliau telah memberi jaminan akan membawa isu mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kami meminta kerajaan menyelesaikan masalah ini memandangkan kami merupakan bekas kakitangan awam dan diberi peluang menyertai penswastaan fungsi DBP.

“jadi kerajaan mesti menyelesaikan masalah kami. Itu janji mereka dulu bahawa jika ada masalah, ia akan diselesaikan,” kata beliau yang turut berharap kerajaan akan membantu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pencen bagi mereka yang sudah menghampiri usia persaraan.

Godam: ‘Kemelut DBP-Dawama, siapa mangsa?’

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Godam___8216_KemelutDBP-Dawama_siapamangsa___8217_/Article

Bersama Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my
2011/08/04


KEMELUT yang melanda DBP dan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP yang dikenali sebagai Dawama selepas penswastaannya pada 19 Jun 2002 dengan persetujuan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) panas sehingga ke hari ini.

Yang lebih menjadi mangsa dalam krisis DBP-Dawama ialah 400 pekerja Dawama yang asalnya pekerja DBP di Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP yang diberi pilihan sama ada bersara atau meneruskan perkhidmatan dengan bernaung di bawah Dawama.
Pekerja dengan kemahiran teknikal yang enggan bersara ketika itu, meneruskan perkhidmatan di Dawama kerana tidak dapat diserapkan dalam DBP ekoran tiada bidang berkaitan yang sesuai dengan kemahiran mereka. Sudah pasti mereka tidak pernah menyangka perkara malang diberi notis bercuti tanpa gaji menjelang Aidilfitri akan menimpa mereka, meskipun gaji mereka saban bulan kerap dibayar lewat sehingga termakan bulan berikutnya.

Khabarnya Dawama sedang mengumpul maklumat untuk menyaman DBP, manakala badan berkanun terbabit juga bercadang mengambil langkah serupa selepas beberapa kali syarikat terbabit gagal memastikan semua terbitan DBP diterbitkan mengikut jadual.
Penulis diberitahu, DBP saban tahun terpaksa membayar saman kepada Kementerian Pelajaran apabila lewat mengedarkan buku teks sekolah ekoran kelembapan Dawama dalam memastikan ia diterbitkan dan diedarkan mengikut jadual.

Kemelut itu memaksa Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abd Aziz, turun padang pada 2010 iaitu tahun kedua perkhidmatannya di DBP, dengan memantau sendiri penerbitan dan pengedaran buku teks sekolah bagi memastikan DBP terselamat daripada membayar denda RM2 juta setiap tahun.
Kelemahan penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP hakikatnya boleh ‘dihidu’ sebelum pelaksanaannya dengan hanya melihat kepada nisbah agihan perkongsian perniagaan yang dipersetujui.

Bagaimana EPU boleh meluluskan cadangan penswastaan dengan nisbah agihan perkongsian perniagaan tidak masuk akal iaitu 80:20 (Dawama-DBP) untuk judul umum, manakala buku teks 70:30 (Dawama-DBP)?

Berdasarkan kepada nisbah agihan perkongsian perniagaan itu, dapat disimpulkan orang yang tidak pandai berniaga pun akan nampak kelemahan daripada cadangan terbabit, apalagi segala beban editorial dan royalti pengarang ditanggung sepenuhnya oleh DBP sebelum buku masuk di pasaran.

Bagaimana perniagaan sedemikian lumayan kepada penerima konsesi boleh berkesudahan begitu, macam orang berniaga buluh kasap, hujung tahu pangkal lesap, sehingga modal pusingan untuk mencetak buku dan majalah boleh sangkut!

Penulis diberitahu kepimpinan Kesatuan Sekerja DBP yang lama pernah mengemukakan memorandum kepada Lembaga Pengelola DBP pada 2005 agar mengkaji semula penswastaan terbabit, selepas DBP mengalami kerugian RM20 juta setahun, tetapi tiada tindakan diambil.

Kesatuan Sekerja DBP sekali lagi menghantar memorandum pada 2006 dengan tuntutan serupa dan Jawatankuasa Siasatan dibentuk bagi mengkaji semula penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP, meskipun diberi perhatian, tetapi tergendala selepas pertukaran pucuk pimpinan.

Dalam kes DBP-Dawama ini dapat dilihat betapa pentingnya setiap individu baik di DBP, Dawama, hatta kakitangan yang mengkaji cadangan penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP dulu dan Lembaga Pengelola DBP yang diserahkan memorandum dulu, perlu berlaku amanah.

Dengan berlaku amanah tentunya insiden kegagalan menerbitkan 10 majalah DBP terbitan Julai, kemelut enam juta naskhah buku teks sekolah rendah 2012 nyaris gagal terbit tidak akan berlaku dan 400 kakitangan Dawama tidak akan menjadi mangsa!

Sesungguhnya apa yang terjadi ini bukan saja mencalar citra DBP selaku badan yang diamanahkan memartabatkan bahasa dan sastera negara, tetapi juga imej Dawama sebagai badan perniagaan dan tidak ketinggalan, ‘peribadi’ EPU turut tergores teruk.
Sesungguhnya kemelut yang didedahkan ini wajar dijadikan pengajaran dan wajib dijadikan bahan bermuhasabah diri, baik mereka yang berkhidmat di syarikat apalagi mereka yang memegang amanah rakyat kerana tanpa sokongan mereka melalui potongan cukai pendapatan saban tahun, tidak mungkin masing-masing dapat memegang jawatan!

Wednesday 3 August 2011

Novel DBP

Terkenangkan novel-novel DBP yang diterbitkan pada tahun 90an...

Siti Johanna - si tomboi yang akhirnya jatuh cinta dengan cikgunya sendiri

Puteri Monalisa - pelajar sekolah menengah yang mempunyai ramai peminat di sekolahnya

Seteguh Karang - kisah seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya dan selepas itu mengetahui bahawa dia cuma anak angkat

Martika - aku nak sangat baca buku ni tapi dah takde di pasaran

Dawama tidak sepatutnya rugi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
KUALA LUMPUR - Masalah kewangan yang dihadapi Dawama Sdn. Bhd., syarikat konsesi yang diberi tugas mencetak dan mengedarkan buku serta majalah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menimbulkan kesangsian banyak pihak termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Dalam laman twitternya semalam, Ka Siong menyatakan, adalah mustahil Dawama rugi sedangkan jualan buku teks sekolah menerusi kontrak Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin.

Katanya, Dawama harus bertanggungjawab ke atas segala masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan hampir 380 pekerjanya terpaksa diberi cuti tanpa gaji sejak kelmarin.

"Kementerian membayar beberapa ratus juta ringgit kepada Dawama sejak tujuh tahun lepas, sampai sekarang kita tidak berhutang sesen pun dengan mereka.

"Kita tidak tahu siapa yang sepatutnya dipersalahkan.'' kata Ka Siong semalam.

Kemelut Dawama bukti penswastaan BN gagal

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4677-kemelut-dawama-bukti-penswastaan-bn-gagal
Oleh: Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Tindakan Dawama Sdn Bhd memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerjanya ekoran masalah kewangan membuktikan projek penswastaan kerajaan BN menemui kegagalan.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam notisnya kepada pekerja minggu lalu mendakwa tindakan itu diambil kerana pertikaian dengan DBP, agensi di bawah Kementerian Pelajaran.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengecam tindakan Dawama itu berkata, kerajaan harus mengkaji semula projek penswastaan dan menghentikan penswastaan yang melanggar prinsip perniagaan.

"Banyak projek penswastaan yang diterajui oleh kerajaan pusat menemui kegagalan dan ini (Dawama) salah satu contoh penswastaan yang tidak mematuhi prinsip perniagaan yang akhirnya akan membebankan pekerja.

"Projek penswastaan harus dihentikan dan dikaji semula kerana sewajarnya ia memberikan perkhidmatan yang lebih baik, menjamin kebajikan pekerja, mengangkat taraf sosio ekonomi, tapi apa yang berlaku projek penswastaan hanya menguntungkan kroni kerajaan tapi pekerja dinafikan hak mereka," kata beliau kepada pemberita di hadapan ibu pejabat Dawama, Hulu Klang selepas menemui pekerja Dawama yang diarah bercuti berkuat kuasa semalam.

Beliau juga berkata, sekiranya kemelut ini tidak selesai dalam masa terdekat, Pakatan Rakyat akan membawa isu ini ke sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

"Saya akna meneliti memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan akan bawa ke Parlimen.

"Kita nak tahu betul ke Dawama menghadapi masalajh kewangan dan minta kementerian terbabit bentangkan akuan Dawama di Parlimen," kata beliau yang juga ahli Parlimen Gombak.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, Zainal Awit (kanan) pihaknya telah empat kali menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun belum ada sebarang maklum balas.

Bercakap pada sidang media sama, beliau sekali lagi merayu Muhyiddin mengambil tindakan segara bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara Dawama dan DBP.

"Kami para pekerja berasa tertekan dengan tindakan pihak Dawama memberi cuti tanpa gaji kepada kami dan bayangkan bagaimana anak-anak kami hendak menghadapi bulan Ramadhan dan hari raya akan datang.

"Kami merayu kepada pihak menteri supaya serius dan tolonglah campur tangan dalam masalah ini," katanya.

Ekoran tiada respons daripada pihak Muhyiddin, Pengarah Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani berkata beliau akan mengetuai beberapa wakil kesatuan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di bawah Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Ini kerana katanya Dawama tiada hak memberikan notis bercuti tanpa gaji kepada pekerja sebelum melunaskan bayaran tertunggak.

Difahamkan, sudah beberapa bulan Dawama tidak melaksanakan potongan Socso dan EPF kepada pekerjanya.

"Tindakan ini satu pencabulan undang-undang. Pemotongan Socso dan EPF yang tidak dilunaskan telah langgar seksyen 24 Akta Kerja 1955 jelas boleh dihukum.

"Saya mohon pihak berwajib menghukum syarikat ini kerana mengkhianati undang-undang negara.

"Saya terkejut pelangaran ini dibuat secara biadap dan tidak boleh berlaku dalam seksyen 10 Akta Kerja 1955," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Langat.

Sehubungan itu, beliau bersama beberapa wakil kesatuan ke Putrajaya sejurus sidang media tadi bagi mencari jalan penyelesaian.

Sementarai itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut bersama mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil membela kaum wanita yang turut terjejas akibat tindakan Dawama itu.

"Sekurang-kurangnya 100 pekerja wanita di sini. Saya desak Sharizat yang kononnya sangat menyokong penglibatan wanita dalam bidang ekonomi sebanyak 30 peratus tampil dan saya nak tanya apakah pembelaan yang beliau berikan kepada pekerja wanita ini?" soalnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Dawama arah cuti tanpa gaji

Patutlah majalah-majalah terbitan DBP payah sangat didapati sejak beberapa bulan yang lepas.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dawamaarahcutitanpagaji/Article

400 pekerja diberi surat Jumaat lalu

KUALA LUMPUR: Selepas kegagalan menerbitkan buku teks sekolah rendah berikutan masalah kewangan, krisis Dawama Sdn Bhd semakin memuncak apabila lebih 400 kakitangannya diberikan cuti tanpa gaji berkuat kuasa hari ini.

Malah, syarikat konsesi penerbitan dan pengedaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu masih gagal melunaskan hutang kepada kakitangannya berikutan kegagalan membayar pinjaman peribadi kakitangan kepada pihak bank walaupun potongan gaji dilakukan.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Awit berkata, 380 kakitangan syarikat itu di Hulu Klang menerima surat arahan bercuti tanpa gaji itu Jumaat lalu, tanpa menyatakan tempoh cuti berkenaan.

“Cuti itu diberikan atas alasan Dawama sedang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji semua kakitangan.

“Bayangkan bagaimana kami boleh menampung keluarga lebih-lebih lagi dengan menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri, ” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Semalam, Berita Harian melaporkan, DBP terpaksa mengambil alih penerbitan enam juta naskhah ulang cetak buku teks sekolah rendah untuk 2012 mulai hari ini, berikutan krisis kewangan yang dihadapi Dawama.

Zainal berkata, sebilangan kakitangan juga terkejut apabila menerima surat dari pihak bank menyatakan mereka tidak melunaskan pinjaman peribadi, sedangkan potongan gaji dilakukan syarikat untuk tujuan itu bermula November 2010 sehingga Februari lalu.

Kakitangan terbabit memutuskan membayar terus ansuran itu kepada bank dan Dawama kemudian diarahkan membayar semula jumlah wang yang dipotong itu kepada kakitangan oleh Mahkamah Buruh, Jabatan Tenaga Kerja.