Ads

Wednesday 15 April 2015

Siapa Menguasai Carta Blog Kutub Khanah My Library?

Buat julung-julung kalinya...



Encik Mohd Khair Ngadiron - Ketua Pegawai Eksekutif ITBM

Ini dia Encik Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Rasa bangga bila Mingguan Wanita (13 - 19 Mac 2015) menampilkan dirinya dan bercerita panjang mengenai industri terjemahan dan buku di Malaysia. Beliau tak pernah kenal aku, jauh lagi nak jadi bos aku dan aku hanya sempat tengok beliau ketika majlis yang dianjurkan ITBM. Sebagai orang luar, aku rasa bertuah kalau dapat bos seperti beliau. Bila agaknya beliau akan diberikan gelaran Datuk di atas sumbangan beliau untuk negara? Bertuah ITBM dapat bos seperti beliau. Hasilnya - banyak buku bermutu yang diterbitkan.





Pada pendapat aku, alangkah sangat ruginya jika hanya tahu berbahasa Inggeris dan melupakan bahasa ibunda sendiri. Sebenarnya aku sendiri kurang mengenali penterjemah. Tetapi lihat sendiri profesion lain yang melibatkan penguasaan pelbagai bahasa seperti pengacara. Contoh terbaik, Dato' Mahadzir Lokman yang mampu berbahasa Melayu, Inggeris, Perancis dan pelbagai bahasa lagi. Suaranya natural dan tidak dibuat-buat. Sedap telinga mendengarnya. Apabila dia berbahasa Inggeris tak kedengaran slang Amerika atau British yang dibuat-buat. Malah bahasa Perancisnya tak bunyi deep. Bunyinya biasa sahaja tanpa sengau. Semulajadi. Satu lagi aku suka pelakon Raja Ilya. Dia dapat berbahasa Melayu dan Tamil dengan baik, jadi punyai pasaran besar dalam industri hiburan Melayu dan Tamil.



Sunday 12 April 2015

Cristina Suzanne Yang Sempoi Dalam Cosmopolitan April 2015

Aku sanggup beli Cosmopolitan bulan ni yang dikenakan GST semata-mata nak baca pasal Cris yang sempoi. Tak suka tau kena GST ni! Walaupun nilai 36 sen tu dilihat kecil tapi sangat besar kepada rakyat macam aku nu. Kalau dihimpunkan syiling 6 sen tu beribu-ribu kali, dah berapa banyak habis. Kalau 1000 x 6 sen, RM60 boleh habis tau. RM60 tu boleh beli makanan untuk beberapa hari atau isi minyak.

Kita stop dulu membebel pasal GST ni. Lain kali kita boleh bebel. Aku percaya Cris pun tak suka GST ni. Walaupun tak pernah bersua muka, aku menyenangi Cris sebagai seorang pelakon. Sampai sekarang Cris takdelah ciri-ciri sebagai seorang yang gilakan perhatian orang tak pasal-pasal. Lupakan pasal mukanya yang comel. Memang dia comel pun. Selamat datang ke alam 30an.

Aku suka sifatnya yang merendah diri. Harapnya dapat kekalkan. Taknak puji lebih-lebih takut aku pulak yang kecewa. 


Sentiasa sedar diri.

Kalau pelakon lain keluarlah ayat klise, "Saya dambakan watak orang gila atau pelacur." @cristinastockstill pula lihat kemampuan dirinya untuk bawa sesuatu watak.

Ya, ada masanya kita perlu pentingkan diri sendiri. Macam pernah dengar ayat ni. Kat mana ye?

These are my love rules...


CLEO 50 Most Eligible Bachelor 2015

Although I'm going to be 35 but it never stops me from browsing and flipping the page of @cleomsia on their 50 Most Eligible Bachelors 2015 #teamcleo I miss those time... Rashid Saleh, Craig Fong, Henry Golding, Awal Ashaari, our national athlete, Jeffrey Ong and lots more! Plus the goodies too!


Monday 6 April 2015

Singapura Haramkan FMFA 2015

Memang pun Malaysia patut berasa sangat-sangat malu. Singapura di mana majoriti rakyatnya bukan Islam membatalkan konsert FMFA yang penuh lagha ini. Syabas pihak berkuasa kota singa kerana memikirkan nasib anak muda mereka dari terjerumus menjadi mangsa pihak yang sentiasa nak mengambil kesempatan. Blogger terkenal Singapura, Grace Tan turut menyokong pembatalan ini.

Sesungguhnya banyak keburukan berbanding kebaikan yang diperolehi dari konsert ini. Pergaulan lelaki perempuan yang terlampau bebas, minum arak dan salah guna dadah. Itu adalah di antaranya. Banyak lagi yang tak elok sebenarnya. Kalau ditengok dari gambar-gambar media sosial berkenaan FMFA yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil tahun lepas, aku pun tak sanggup nak pergi. Dengan cuaca yang panas berjerebu, orangnya yang ramai bercampur jantan betina boleh membuatkan aku rasa tak boleh bernafas. Cuaca panas boleh menyebabkan ketiak lencun dan mengeluarkan aroma yang sangat wangi (baca: tengik). Macam-macam wangian yang boleh membuatkan hidung kembang kempis. Tambahan pula Malaysia tengah bersedih dengan kehilangan pesawat MH370.

Aku begitu tersentuh dan rasa sedih dengan kematian enam orang anak muda akibat penyalahgunaan dadah. Aku sempat stalk facebook(bukannya nak menyibuk pun) salah seorang daripada mangsa. Dia sangat muda. Baru berumur 19 tahun dan telah dijemput Ilahi. Dia pernah komen di laman facebook Malaysian Biotech Corporation (BiotechCorp) yang dia nak sangat bekerja dengan syarikat tersebut bila habis belajar nanti. Sedih sangat kan mengenangkan harapan dan cita-citanya yang tak kesampaian. Rasa macam nak menangis sangat walaupun aku tak pernah kenal dia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Di bawah ni artikel penuh yang ditulis ole Ku Seman. Pihak berkuasa dan pihak yang berangan nak menganjur, fikirlah masa depan anak bangsa. Jangan nak fikir duit dan keuntungan yang sementara je. Nak tarik pelanconglah konon!




Cosmopolitan Malaysia Mac 2015

Pelik betul kat sini, dah masuk bulan April takde satu habuk pun majalah terbitan Blu Inc Media di rak-rak kedai buku dan kedai serbaneka. Kenapa ni? Mogok ke?

Aku teringin sangat Cosmopolitan bulan April sebab ada Cristina Suzanne yang sempoi dan bersahaja. Dengar kata dia tak banyak cekadak. Harapnya kekalkan sifat-sifat yang baik tu ye, dik. Jauhkan perasan nak jadi Diva.

Berkenaan Cosmopolitan Mac pulak, aku beli sebab nak baca pasal Cameron Diaz. Tak minat pun tapi nak baca je.

 Suka tengok leher dres ini

Panduan bila umur meningkat

Ini pulak pasal Keith Foo. Eh, Gemas kat Johor ke?

Minta-minta dijauhkan dari ditipu di dunia maya. Hati-hati ye semua. Jangan mudah percaya dengan cinta murahan di sebalik telefon pintar anda.

Sambungan...

Nak sangat menang minyak wangi ni. Mudah-mudahan dapat. Amin.

Bukan nak berlagak tapi kenyataan!

Kadangkala kita berdiam diri sebab nak jaga hati orang lain. Takut orang kata berkira ke apa. Ada juga masanya untuk "pentingkan diri sendiri".

Ada juga yang degil tak dapat terima hukum agama jadi penjelasan yang lebih saintifik diperlukan.