Ads

Saturday, 10 January 2015

10 Kesilapan Kerjaya Kamu Lakukan Pada Usia 20an

Walau pun umur sudah menjauhi 20an namun bagi aku artikel ini sangat berguna kepada semua tanpa mengira usia. Tetapi kenapa masa umur 20an dulu aku tak jumpa artikel macam ni? Macam tak puas hati je. Takpe, masih belum terlambat!

Artikel dipetik dari laman web Cosmpolitan Malaysia.
Pautan: http://cosmopolitan.my/10-kesilapan-kerjaya-kamu-lakukan-pada-usia-20an/


January 2, 2015

Minta gaji lebih bila kamu temuduga untuk kerja pertama, itu tip pertama! Elak lakukan kesilapan kerjaya yang akan buat kamu ‘tersangkut’ di kedudukan yang sama.



Adakah kamu nak buat duit banyak? Sudah tentu. Adakah kamu mahu dapatkan kerjaya yang kamu sayangi? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang menakutkan supaya kamu tak rasa menyesal di kemudian hari.


1. Gaji kamu setujui sebenarnya tak mencukupi

Gaji yang kamu perbincangkan masa kamu ditawarkan kerja adalah perbincangan paling penting dengan syarikat kamu bekerja. Untuk kamu dapat kenaikan yang besar selepas itu mungkin makan tahun, kecualilah kamu dapat tawaran kerja di tempat lain atau ‘mengugut’ untuk berhenti. Tak salah minta lebih daripada apa yang ditawarkan, kalau tak dapat bagi banyak sekurang-kurangnya ada lebih itu dan kamu pun akan rasa puas hati.


2. Menunggu kerjaya impian jatuh ke riba

Kamu rasa Beyonce hanya menari-nari di depan cermin di bilik tidurnya masa kecil sewaktu Columbia Records menelefonnya dan menawarkan rakaman album sehingga dia berjaya hari ini? Dia yang keluar untuk dapatkan perjanjian itu ya. Kamu pun kenalah buat yang sama untuk kerjaya idaman – cari seseorang dalam syarikat itu tanya jika ada kekosongan. Kemudian, bertindaklah! Memburu kerja itu pun satu kerja sepenuh masa, dan jika kamu tak rajin nak cuba, memanglah tak ke mana-mana.


3. Kamu tak berani ambil risiko besar

Namakan sesiapa yang berjaya. Fikirkan kenapa dia boleh jadi berpengaruh dalam bidangnya. Kemungkinan besar dia telah lakukan sesuatu yang orang lain tak pernah buat. Dan kemungkinan besar pada awal dia mencadangkan idea itu, semua orang ingat dia ‘gila.’ Jika kamu ada idea gempak, jangan tunggu orang tanya padamu, ajukan dan lakukannya! Ada yang mungkin rasa tak selesa tapi jika ia berjaya, kamu juga yang dapat nama.


4. Kamu biarkan ego menghalang bakatmu dari diiktiraf

Promosi diri boleh bantu kerjaya kamu, tapi mencanang diri untuk meminta kredit untuk setiap perkara kamu buat kerana kamu tak tahan lihat idea kamu memberi manfaat kepada orang lain hanya tunjukkan kamu bukan team player. Ingat, bila kamu buat orang lain raih kejayaan, kamu pun successful.


5. Pakaian kamu tak kena

Dari hari pertama jadi pelatih, pastikan kamu berpakaian elok. Impresi pertama akan diingati sampai bila-bila, dan jika kamu bekerja di syarikat yang amalkan kod pakaian kasual sekalipun, janganlah datang pejabat berpakaian seperti nak lepak di pasar malam. Sarung blazer dan pastikan rambut dah kering sebelum masuk pejabat.


6. Kamu pasrah dengan ‘tidak’

Ada kala bila kamu minta sesuatu dan cadangan kamu ditolak, mudah saja untuk mengalah. Tapi jika kamu perlukan duit ekstra untuk jayakan projek dan bos cakap ‘tidak,’ datang semula kepadanya dalam beberapa hari untuk berikan sebab lebih kukuh. Biasanya bos boleh ubah fikiran jika kamu berikan alasan yang lebih mantap.


7. Kamu tak kisah tentang cuti

Bila kamu bercuti, bermakna kamu tak perlu fikirkan tentang hal kerja. Tujuan bercuti adalah supaya kamu berehat dan bila kamu kembali ke pejabat, tidaklah rasa lesu dan sama saja daripada sebelumnya. Kamu yang rugi kalau tak gunakan cuti tahunan yang telah diperuntukkan, ia akan menjejaskan produktiviti dirimu, percayalah.


8. Kamu main ambil kerja pertama ditawarkan kerana malas nak cari kerja lebih bagus

Jika boleh, janganlah mudah mengiyakan kerja apa-apa pun hanya kerana ia tawaran pertama. Takpun, terima tawaran itu tapi teruskan mencari kerja yang lebih baik.


9. Kamu cemburu dengan prestasi orang lain

Jika mereka lebih baik, jangan pandang lekeh. Katakan ‘good job’ dan jadikannya inspirasi dan motivasi untuk kamu capai kedudukan sama. Pekerja yang cemburu biasanya tak ke mana-mana dengan rasa irinya itu. Orang yang tahu pun akan susah nak percayakan kamu.


10. Benci tapi tak berhenti

Kalau kamu dah tak tahan sangat dengan kerja itu, janganlah biarkan diri tenggelam dan lemas hanya kerana kamu nak tunggu tawaran lain. Buat rancangan dan bertindak. Bila kamu berhenti kerja itu, kamu akan rasa lebih gembira.


Foto Nick Onken


8 Sebab Kasut Tampak Kurang Eksklusif


November 28, 2014


Siapa tak gila kasut betul tak? Walaupun kadangkala terpaksa ‘makan hati’ bila ternampak teman kamu menggayakan sepasang Jimmy Choo atau Louboutin. Dan kamu tahu setakat mana kemampuan kamu. Jangan risau! Sebenarnya kamu tak perlu pun berbelanja lebih untuk tampil like a million dollars, baby! Kuncinya hanya dengan mengesan apa yang membuatkan kasut tampak ‘mahal’ biarpun harganya berpatutan.






1. Platform terlalu tinggi (aku pun tak berkenan)

Malangnya, semakin tebal sesuatu platform kasut, semakin nampak murah. Lebih-lebih lagi jenis platform tersembunyi (lihat gambar). Pilih kasut tanpa platform untuk gaya lebih chic dan sofistikated.




2. Tak muat sempurna aka kasut pinjam

Saiz kasut yang lebih besar atau kecil daripada saiz sebenar kamu buat gaya nampak janggal. Walau secantik mana pun kasut tu, jangan beli jika kaki tak muat.




3. Sarat perincian aka serabut

Embellishment is always tricky. Walaupun perinciannya sebenarnya mahal, kasut akan nampak murah kalau ia tak dibuat dengan betul. Pilih saja bentuk klasik dengan potongan ringkas.





4. Sukar berjalan (jangan seksa diri)

Kamu sepatutnya rasa selesa bila memakai kasut, bukan sebaliknya. Jika asyik ‘terkehel’ saja, tinggalkan saja kasut tu di rumah. Sebaliknya pilih jenis yang tak berapa tinggi tapi dapat menampung kaki kamu dengan sempurna.




6. Dah lapuk 

Jika kamu terlalu sayang kasut warna hitam tu, rajin-rajin lah hantar ke kedai untuk dipulihkan semula. Jangan sampai orang lain perasan bila tapak dah tercabut dan warnanya semakin pudar. Paling senang, beli saja yang baru!




7. Kulit tiruan

Bukan mudah nak cari but kulit tiruan yang nampak seperti kulit asli, terutama yang bewarna coklat. Cadangan Cosmo adalah dengan memilih but potongan paras buku lali saja. Ataupun mulalah menyimpan untuk beli kasut kulit asli di masa depan.




8. Terlalu berkilat

Mana-mana kasut pun akan nampak cantik bila bewarna hitam, putih atau sawo matang. Tetapi akan nampak risky bila ia berwarna terang seperti biru kobalt, merah fuchsia dan coklat gelap. Jika kamu mahu kasut berona terang nampak mahal, pilih material seperti suede. Suede menyerlah warna pada kasut, walaupun jenis yang bukan asli.




Tuesday, 6 January 2015

Cabaran Membaca 2015

Bookcafe.com.my mencabar anda wahai ulat buku!

Kredit gambar: FB www.bookcafe.com.my



Sunday, 4 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015 Happy New Year

Hari ini tanggal 5 Januari 2015. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015. Semoga dengan peningkatan usia menjadikan kita semua lebih matang dan diredai Allah. Bersyukur dengan umur yang ditambah setiap tahun walaupun dalam hati terjerit-terjerit ingin menjadi awet muda. 

Kredit gambar: http://www.idzsn.com



testing lagi....

internet teruk sangat ni....


Saturday, 3 January 2015

Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP - PSM 2015

Berita baik! Kepada penulis dan bakal penulis sekalian, silalah sertai Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Hadiahnya agak lumayan. Tiada had umur penyertaan tetapi cerita yang hendak disampaikan perlulah sampai kepada sasaran iaitu remaja. Sila klik gambar untuk maklumat. Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2015. Masih ada banyak lagi masa untuk mencari idea dan merangka plot novel.




Bengkel Bimbingan Penulisan Novel Sejarah  turut diadakan mengikut zon (Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara dan Sabah/Sarawak). 

Bagi penulis pantai timur yang berminat bolehlah hubungi DBP Wilayah Timur untuk keterangan lanjut. Sila emel En Sharrul Rizal Hashim (sharrul@dbp.gov.my). Bengkel akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 17 Januari 2015 di pejabat DBP Wilayah Timur.