Ads

Thursday, 4 October 2012

Blog Akademi Penulis Bebas

Blog yang menarik minat aku di malam  yang sepi ini Akademi Penulis Bebas

Koleksi....






Jalan-jalan ke Kedai Buku

Aku suka membaca tapi aku mengaku, aku tak suka duduk lama-lama di kedai buku. Ironi bukan? Selalunya, aku akan cari buku yang aku inginkan. Bila dah jumpa dan bayar, aku terus keluar. Satu lagi tabiat aku, aku akan tengok buku-buku yang berkenan di hati dan ambil gambar. Untuk rujukan di masa depan sambil berfikir-fikir adakah aku patut memilikinya. Tetapi ada juga kedai buku yang tak membenarkan pengunjung ambil gambar. Hairan rasa di hati. Kenapa? Bukannya mencuri atau merosakkan buku.  Tujuan aku ambil gambar hanyalah sekadar rujukan. Mungkin aku akan datang semula untuk membeli buku tersebut.

Antara buku idamanku....





Wanita Wawasan - Okt 2012

Bila tengok cover majalah Wanita Wawasan bulan ni (Oktober), teringin nak beli. Cantik Natasha Hudson. Aku takdelah minat sangat dekat dia. Tapi ini kali pertama WW menampilkan wanita bertudung. Selain tu, aku nak baca coretan Wirda Adnan walaupun jarang-jarang membelinya.

Kredit gambar: Fanpage WW


Koleksi...







Wednesday, 3 October 2012

Koleksiku....








Kopi Susu Sepatu Biru

Nama Pengarang: Ruby Hazri
Harga: RM20
Penerbit: Jemari Seni Publishing (www.jemariseni.com)
Bil. Muka Surat: 565
Tahun: 2008 (Cetakan ke-2)
ISBN9789834321789


Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

Inilah kisah...tentang jiran di sebelah rumah:

Rumah No. 11
Dia gadis yang bekerja sebgai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa, tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Rumah No. 9
Dia lelaki punya gaya tak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usi tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada sempadan terjilid dalam pelbagai episod:
- Kereta Perdana vs kereta Kancil
- Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
- Sepatu biru pencetus idea nakal si teruna
- Muzik si pemuda bukan selera si pemudi

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit...ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar. 

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?