Ads

Thursday, 9 January 2014

Oh Sudan! Ayah Saya Hero

Aku terjumpa buku yang sangat menarik ni semasa di sebuah kedai buku minggu lepas. Ingatkan buku baru terbit rupa-rupanya dah keluar semenjak 2011. Tak sangka ada penulis dari Malaysia yang tulis mengenai pengembaraan seorang remaja dan bapanya ke Sudan. Segalanya dicatat dengan penuh terpeinci bermula dari persiapan di Malaysia. Senarai apa yang perlu dibuat selain beli tiket kapal terbang dan tempah hotel. Persediaan dari segi kesihatan sangat penting iaitu suntikan imunisasi sebab Sudan ni negara dunia ketiga. Pengalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dalam kapal terbang hinggalah jejak kaki ke Sudan. Semuanya terperinci.

Boleh aku teka penulisnya pernah bekerja dengan Petronas? Aku sendiri pun merindui Sudan dan Sungai Nil serta sayur yang rasanya pahit tapi aku lupa namanya.




Judul Buku: Oh Sudan! Ayah Saya Hero
Penulis: Imran Yusof
ISBN-13: 978-967-369-095-4 
Tarikh Terbit: 10 Jul 2011
Harga: RM14.50


Sinopsis:

Mengisahkan Zaid seorang remaja lelaki berumur 15 tahun berpeluang mengikut ayahnya, Encik Mustafa, yang bertugas dengan sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa, untuk pergi ke Sudan. Semasa di Sudan dia berkenalan dengan seorang remaja Sudan, Mahdi, yang ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Omdurman, Khartoum, Sudan. Beliau mendengar kisah kesengsaraan penduduk Darfur yang menghadapi perang saudara. Ayah Zaid, Encik Mustafa, keluar untuk satu trip ke Darfur, tetapi tidak pulang-pulang walau pun setelah tempuh beliau berada di Darfur sepatutnya sudah tamat. Sebelum dibawa pulang oleh pihak kedutaan Malaysia, Zaid menemui buku catatan ayahnya yang menceritakan beberapa catatan perjalanan beliau di Sudan. Apakah yang telah berlaku kepada ayah Zaid? Adakah Zaid akan menemui rahsia mengapa ayahnya hilang dalam catatan itu? Atau Zaid tidak akan bertemu semula dengan ayahnya buat selama-lamanya?

Sumber: Laman web PTS

No comments:

Post a Comment