Ads

Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Sunday, 24 November 2013

Drama lupa tajuk @DIVA Universal

Aku suka satu drama tapi aku lupa tajuknya. Pasal seorang perempuan yang kembali ke kampung halamannya untuk mencari ibunya yang sebenar. Dia tinggal di rumah anak yatim sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Dia cari susur galur keluarganya dan hasilnya dia berkenalan dengan seorang lelaki di kampungnya. Lelaki tersebut seorang penulis dan dianggap misteri oleh penduduk kampung kerana suka menyendiri. Dia dalam proses menulis satu novel yang diinspirasikan oleh peristiwa yang benar-benar berlaku di kampung nya dan secara tidak sengaja mempunyai kaitan dengan perempuan tersebut.

Sebenarnya aku suka tengok watak lelaki tu sebab dia tinggi, tough dan six-packed tapi gaya rambut dia out sikit. Tapi bolehlah... :P Akhirnya perempuan ni tahu mak dia yang sebenar dan rahsia berpuluh-puluh tahun dahulu terbongkar. Sebenarnya mak dia tak bunuh diri tapi terjatuh akibat tertolak secara tidak sengaja semasa berada di tebing tinggi.


Saturday, 23 November 2013

Hello Again

I fell in love with Dr Kevin!


A suburban housewife chokes to death and is brought back to life by a spell cast by her wacky sister.

Director: Frank Perry

Writer: Susan Isaacs

Stars: Shelley Long, Judith Ivey, Gabriel Byrne

Source: IMDb



Monday, 4 February 2013

Dalam Setiap Sujud

Inilah drama kegemaranku sekarang ini. Seperti yang sedia maklum, kita dilambakkan dengan drama kahwin paksa, perempuan menjadi lemah, tidak ada pendirian hidup, ikut cakap lelaki. Aku dah bosan! Tetapi, Dalam Setiap Sujud, watak Jannah adalah seorang wanita yang tabah dan teguh menegakkan haknya sebagai seorang isteri. Aku sendiri lebih suka jika Jannah akhirnya berkahwin dengan Hendra dan menjadi ibu kepada Ilah. Apa kata kita baca sinopsis dulu.

Kredit: Media Hiburan

Konflik Cinta Warnai 'Dalam Setiap Sujud'

Menggantikan 'Terlanjur Cinta' TV9 akan menayangkan sebuah drama arahan Raja Ahmad Alauddin berjudul 'Dalam Setiap Sujud' yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Bersiaran selama 14 episod, 'Dalam Setiap Sujud' menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Kemunculan istimewa Keith Foo, pelakon dan model popular di Indonesia ini pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati peminatnya.
Membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihat kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya, Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) untuk menjadi isteri anaknya, Fareez (Azlee Khairi).
Malangnya, Fareez sudah ada pilihan sendiri iaitu, Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan setaraf dengannya. Atas desakan ibunya, Fareez terpaksa berkahwin dengan Jannah, namun dia berjanji akan membuatkan Jannah terseksa.
Jangan lupa saksikan kesudahan drama hebat ini bermula 8 Januari, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam hanya di TV9.