Ads

Showing posts with label SKPM2014. Show all posts
Showing posts with label SKPM2014. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Sastera Teras Negara Bangsa


Judul Buku: Sastera Teras Negara Bangsa
Penyelenggara: Mohamad Saleeh Rahamad dan Rozlan Mohamed Noor
Bilangan Muka Surat: 422
Penerbit: Institut Terjemahan & Bukuk Malaysia (ITBM)
Tahun: 2014
Harga: RM35.00
ISBN9789674307448


Buku ini menghimpunkan kertas kerja daripada para cendikiawan yang terlibat secara langsung dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia untuk Sidang Kemuncak Penulis Malaysia yang pertama kali diadakan. Setelah sekian banyak acara, anugerah, dan Hadiah Sastera diadakan saban tahun untuk menggalakkan, menghargai, dan mengangkat martabat sastera tanah air, maka sudah tiba masanya persidangan seperti ini diadakan untuk memacu perkembangan sastera sesuai dengan wawasan dan cita-cita negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Tema persidangan sulung ini ialah "Sastera Teras Pembangunan Negara Bangsa" dan semua kertas kerja dihasilkan berteraskan idea besar ini dengan diberi judul Satera Teras Negara Bangsa. Oleh yang demikian, pemakalah menyumbangkan idea mereka melalui beberapa tema yang ditetapkan bertujuan supaya perbincangan mengenai permasalahan dan hala tuju sastera kali ini dapat dilihat dari semua aspek kerana sastera bukan semata-mata menjadi santapan jiwa, tetapi mempunyai peranan yang lebih besar daripada itu, iaitu menjadi medium untuk membangunkan pemikiran dan rohani bangsa di sesebuah negara.

Sekitar majlis SKPM 2014 dalam entri sebelum ini: 



Friday, 21 November 2014

Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014

Sidang Kemuncak Penulis Malysia buat pertama kalinya diadakan pada tahun ini bertarikh 24 - 26 Oktober 2014 bertempat di Darul Aman Golf & Country Resort, Jitra, Kedah Darul Aman. Sungguh bertuah negeri Kedah dipilih menjadi tuan rumah bagi acara yang julung kali diadakan.

Acara dimulakan dengan Puisi Membentuk Pemikiran Masyarakat: Satu Utopia. Moderator majlis ialah Dr Shamsudin Othman manakala pemakalah terdiri daripada Mohamad Puzi A. Hadi, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) dan Khalid Salleh.

Majlis SKPM2014 dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman berserta dengan pelancaran buku Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua.

Sebanyak lapan sesi selari diadakan dan topik yang dipilih adalah seperti berikut:

1. Wajah Sastera Malaysia: Seharusnya Bagaimana?
2. Pembinaan Mercu Tanda Penulisan di Malaysia
3. Kelangsungan Hayat Sastera di Malaysia
4. Srategi dan Pendekatan Baharu dalam Pemerkasaan Sastera di Malaysia
5. Meneguhkan Sastera dalam Agenda Transformasi Negara
6. Pengantarabangsaan Sastera Malaysia
7. Pemajmukan Sastera Demi Perpaduan
8. Kesatuan dalam Kepelbagaian: Ke Arah Masa Depan Sastera yang Gemilang

Ucaptama bertajuk Penulisan Umum dalam Era Keruntuhan Tamadun Manusia Moden: Tanggungjawab Semakin Berat disampaikan oleh Prof. Tan Sri M. Kamal Hassan yang merupakan Profesor Ulung ISTAC.

Forum Sastera dan Media: Peluang dan Cabaran diadakan pada hari terakhir. Moderatornya ialah Jaafar Hamdan dan para pemakalah pula terdiri daripada Tan Sri Dato' Dr Dzulkifli Abdul Razak, Prof. Dr Ahmad Zaki Abu Bakar dan Ku Seman Ku Hussain.

SKPM2014 melabuhkan tirainya dengan pembentangan resolusi. Tetamu kehormat yang merasmikan majlis penutup ialah YB Aminuddin Omar, Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, NGO Negeri Kedah.

Ini pula gambar-gambar yang sempat diambil :)


Dah nak sampai pun!


Pembentangan: Puisi Membentuk Pemikiran Masyarakat: Suatu Utopia
MODERATOR: Dr Shamsudin Othman 
PEMAKALAH: Mohd Puzi A. Hadi, Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) dan Khalid Salleh


Ucapan alu-aluan oleh Presiden PENA, Dr Saleeh Rahamad ketika majlis perasmian SKPM2014


Perasmian Sidang Kemuncak Penulis Malaysia dan Pelancaran Buku Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman.




Sesi Selari 2: Pembinaan Mercu Tanda Penulisan di Malaysia 
MODERATOR: NIsah Haron
PEMAKALAH: Prof. Datuk Dr Ibrahim Bajunid, Prof. Madya Dr Hashim Ismail dan Syed Mohd Zakir Syed Othman


Sesi Selari 5: Meneguhkan Sastera dalam Agenda Transformsi Negara
MODERATOR: Zaiton Ajmain
PEMAKALAH: Sasterawan Negara Dato' Dr Ahmad Khamal Abdullah (Kemala) dan Sasterawan Negara Dato' Baharuddin Zainal (Baha Zain)


Buku Program


Buku yang menghimpunkan kertas kerja daripada para cendekiawan dan sasterawan yang terlibat secara langsung dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia untuk SKPM2014.