Aku suka membaca buku tapi hobi ini pernah aku tinggalkan sekejap kerana kekangan kerja yang membuatkan aku jarang pegang buku. Tetapi setelah dapat kerja di KL dan berulang alik menggunakan pengangkutan awam, hobi membaca ini timbul semula. Tapi aku baca majalah je. Sebabnya, diriku dah penat jadi aku perlukan bacaan ringan tapi menambahkan pengetahuan. Aku lebih cenderung baca artikel-artikel pendek, jadi senang untuk diserap dalam kepala otak aku ni. kalau baca buku pulak, ambil masa sikit nak habis.
Setelah bertahun-tahun baca majalah berkaitan wanita dan kecantikan, aku memberanikan diri untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh majalah. Seronok jugak. Di samping dapat kawan-kawan baru yang sekepala, aku dapat doorgift. Lepas tu masuk peraduan & promosi majalah. Adalah sangkut sikit2. Aku segan nak kongsi apa yang aku dapat. Cukuplah baca pasal blogger yang menang hadiah itu dan ini dan juga tips-tips yang berguna. Harapnya balik modal.
Namun, aku tak pernah lupa untuk membaca buku!
No comments:
Post a Comment