Ads

Showing posts with label Coretan Saya - My Notes. Show all posts
Showing posts with label Coretan Saya - My Notes. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

Kerinduan...

Sesungguhnya aku sangat rindukan bulan puasa yang telah ditinggalkan baru-baru ini...

Sunday, 23 September 2012

Kekesalan...

Timbul perasaan menyesal sebab tak mulakan blog ini seawal dua tiga tahun yang lepas. Kalau tak, mesti dah banyak entri buku dan komen. Hmm...

Saturday, 22 September 2012

Sampul Surat

Rasa sangat nostalgia bila tengok sampul surat ni. Sampul surat bercorak seperti ini sering digunakan pada tahun 80an dan 90an. Satu lagi yang aku rindukan ialah writing pad gambar bunga atau kartun. Baunya wangi sangat.



Sunday, 16 September 2012

Koleksi lagi...

Ini pulak koleksi masa menyewa dulu. Susun tangkap muat je sebab tempat sempit.












Kenapa aku suka baca majalah?

Aku suka membaca buku tapi hobi ini pernah aku tinggalkan sekejap kerana kekangan kerja yang membuatkan aku jarang pegang buku. Tetapi setelah dapat kerja di KL dan berulang alik menggunakan pengangkutan awam, hobi membaca ini timbul semula. Tapi aku baca majalah je. Sebabnya, diriku dah penat jadi aku perlukan bacaan ringan tapi menambahkan pengetahuan. Aku lebih cenderung baca artikel-artikel pendek, jadi senang untuk diserap dalam kepala otak aku ni. kalau baca buku pulak, ambil masa sikit nak habis.

Setelah bertahun-tahun baca majalah berkaitan wanita dan kecantikan, aku memberanikan diri untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh majalah. Seronok jugak. Di samping dapat kawan-kawan baru yang sekepala, aku dapat doorgift. Lepas tu masuk peraduan & promosi majalah. Adalah sangkut sikit2. Aku segan nak kongsi apa yang aku dapat. Cukuplah baca pasal blogger yang menang hadiah itu dan ini dan juga tips-tips yang berguna. Harapnya balik modal.

Namun, aku tak pernah lupa untuk membaca buku!

My Letter to the Her World Editor - September 2012


BOOKWORM

I love reading books and I like your article, 'Confessions of a book lover' in your May 2012 issue. Buying books is always on the top of my list. I will spend most of my money on books. When I was in primary one, I won the first prize as I read the most books. The books I read vary from different genres. Right now I am reading extensively on music related books. I'm also starting to write a book on music. Music is always my passion and my ambition is to be a successful writer. Wish me luck!

 Once again, it is not a winning letter. I want GA Code Luna too!


Another snapshot for the letter. Thanks Hanim. It is much clearer.

My Letter to the Her World Editor - July 2012


My `80s Icon

 I was excited to see Paula Porizkova on the cover of yr March issue. I remember being addicted to The Car's song Drive. Paula wasunforgettable as the depressed girl in the clip. The lyric were very meaningful to me - abt the teenagers' problems in the `80s. 

I was surprised to read that Paulina turned down the offer to be a Bond girl because she prioritized her family. I believe all the girls in the world would love to be next to Mr James Bond including me! Reading that article made me realize that supermodels are just human beings like us.

But my letter was not a winning letter. I want Giorgio Armani perfume too!
~HW July 2012

Saturday, 15 September 2012

Newbie...

OMG! I'm very new with blogging world although I started last year. I hate doing editing, especially font and layout but I have to because I want to share with all of you. Anyway, my reading passion has never stop. I love reading, reading and reading. I've finished three Mills & Boon novels last few weeks. I love romance.

Back from a longgggg..... hiatus......

Read tons of magazines (August and September). Join the contests but still no luck. I thinking of being selective on the next months issues. I might be buying maximum THREE magazines.

Tuesday, 24 January 2012

Tahun Baru Caraku



Inilah cara aku menyambut tahun baru 2012 dengan membeli pelbagai majalah.

Majalah2 keluaran Januari 2012. Ni baru part I. Ada lagi yang belum diborong. Ni pun aku terpaksa sembunyi dari mak aku. Nanti dia bising.

Bila aku bawak keluar majalah berbahasa Melayu, mak aku baca pulak. Siap komen kata Nona banyak iklan. Lagi baik baca Keluarga.


Tahun baru ikut caraku.....borong majalah. Hanya keluaran Januari. Bulan depan dan seterusnya aku akan lebih selektif. Bajet punya pasal. Nanti aku gilir2 beli majalah tiap bulan.   Tapi bulan depan aku mesti beli EH! Adalah ceritanya. ;)

Aku rasa nak berhenti baca Lisa tapi aku tak mampu rasanya. Ada daya tarikan di situ. Aku rasakan Lisa lagi best dari Cosmo.

Aku bajet beli Cosmo, Aniqah dan Majalah-i tiap2 bulan. Extra apa2 majalah yang aku berkenan tapi hanya senaskah. Katalah bulan Februari aku beli EH!, bulan Mac pula mungkin Wanita Wawasan dan begirulah seterusnya. Tak lupa, pasal contest. Aku kan Contest Queen!

Selamat Tahun Baru 2012

Rasanya masih belum terlambat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 walaupun hari ini sudah masuk hari ke-24.


Sejak tahun 2008 aku telah mengumpul dan menggunakan kalendar Marie Claire. Sebenarnya aku dah tak suka baca MC sekarang ni sebab dah hilang sengatnya. Tapi sebenar dah menjadi tradisi aku, maka aku beli juga. Kalau beli kalendar, mungkin harga RM10-RM15. Tapi MC berharga RM7, maka aku dapat kedua-duanya - majalah dan kalendar.

Bila tengok kalender ni, aku berfikir....sampai bila hanyat umurku?
Teringin hidup lebih lama. Beribadat dan melakukan kerja2 yang aku suka.
Orang selalu cakap, mat salih hidup lagi lama....hingga 90 tahun. Sebabnya mereka menjalani hidup yang sihat. Pemakanan yang betul dan senaman.
Teringat arwah nenek, walaupun umurnya lebih tujuh puluh tahun, dia masih larat berjalan 5 km. Kalau aku masih hidup pada umur sedemikian, laratkah aku?
Aku berdoa semoga sepanjang hidupku ini, aku ingin berdikari sepanjang hayatku dan tak menyusahkan orang. Semoga diberi tenaga dan segala keperluan untuk terus hidup. Amin.

Thursday, 4 August 2011

Surat Pembaca: Dewan Kosmik April 2011

Assalamualaikum diucapkan kepada sidang editorial Dewan Kosmik.
 
Saya merupakan peminat DK dan ingin mengajukan satu persoalan tentang khunsa. Khunsa jauh berbeza dengan golongan pondan, pengkid dan homoseksualiti. Ini kerana secara fizikal mereka dilahirkan dengan kedua-dua alat kelamin lelaki dan perempuan.

Persoalannya, bila mereka perlu menentukan jantina, berdasarkan kecenderungan mereka untuk memilih menjadi lelaki atau perempuan? Adakah sebaik sahaja dilahirkan, ketika masih kanak-kanak, setelah baligh atau bila dewasa? Apakah kesan emosi terhadap mereka?

Diharap agar pihak DK dapat mengulas tentang persoalan khunsa untuk panduan kita bersama.

Surat Pembaca: ANIQAH Jun 2011

Halal Menjadi Haram


Assalamualaikum Sidang Editorial ANIQAH,

Saya mula mengenali ANIQAH semasa Syawal tahun lepas. Saya begitu tertarik dengan gambar-gambar yang berkualiti, reka letak yang sesuai dan artikel yang menambah pengetahuan.

Saya ingin mengutarakan satu perkara, iaitu penggunaan berus "pure bristle", iaitu berus diperbuat daripada bulu babi. Kadang kala kita terlepas pandang mengenai perkara ini. Berus "pure bristle" digunakan secara meluas dalam pembuatan bakeri dan kek, sebagai "hair brush", berus cat, berus lukisan dan banyak lagi.

Kita menyangka makanan yang kita makan contohnya apam balik itu halal, tetapi boleh menjadi haram jika berus "pure bristle" digunakan untuk menyapu majerin ke atas apam balik tadi. Malah berus lukisan "pure bristle" ini menjadi pilihan bagi lukisan akrilik kerana ia bersifat keras dan memberi kawalan yang baik semasa melukis.

Saya sendiri pernah terjumpa berus lulur dan "hair brush" yang diperbuat daripada bulu babi semasa berkunjung ke sebuah spa yang terkenal di ibu kota. Lantas saya memberitahu kepada staf yang bertugas mengenai perkara ini. Saya dapati staf yang bertugas sendiri tidak menyedari bahawa berus yang digunakan itu tidak halal dan tidak mengetahui istilah "pure bristle" yang terletak pada pemegang berus tersebut. Dia hanya mengetahui "pork" itu sahaja yang haram.

Saya menyeru agar kita semua mengambil berat dan tidak memandang remeh dalam perkara ini kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan apa yang kita gunakan akan jatuh hukum haram. Kerjasama daripada pihak peniaga juga perlu bagi meletakkan label pada berus tersebut. Manakala kita sebagai pengguna mestilah peka dengan istilah antaranya "pure bristle", "bristle brush", "hog bristle", "China bone", dan banyak lagi.



Wednesday, 3 August 2011

Novel DBP

Terkenangkan novel-novel DBP yang diterbitkan pada tahun 90an...

Siti Johanna - si tomboi yang akhirnya jatuh cinta dengan cikgunya sendiri

Puteri Monalisa - pelajar sekolah menengah yang mempunyai ramai peminat di sekolahnya

Seteguh Karang - kisah seorang gadis yang kehilangan kedua orang tuanya dan selepas itu mengetahui bahawa dia cuma anak angkat

Martika - aku nak sangat baca buku ni tapi dah takde di pasaran

Wednesday, 1 June 2011

Acropolis


To the insensitive - it is little more than a pile of ruins.
To a romantic - it is a memorial to all that is fine about Greece and her people.
 
Pic credit: Photodisc

Kedai Buku - Mana Satu Aku Suka?

Dalam banyak-banyak kedai buku, yang mana agaknya aku suka? Aku cuma senaraikan kedai buku yang aku biasa pergi.

1) Kinokuniya @KLCC  - dulu-dulu, semasa kerja di Tower 2, aku selalu sangat datang ke sini dan beli buku. Macam-macamlah. Sebab aku pernah ada masalah dengan kaki aku dan menjalani pembedahan lutut, aku beli buku yang berkaitan kesihatan. Harganya - agak mahal tapi sebab masa tu aku bekerja, Alhamdulillah, aku mampu beli. Diskaun yang paling tinggi adalah 30%. Macamana nak memupuk budaya membaca sedangkan bahan bacaan sangat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang?

2) BookXcess @Amcorp Mall - aku suka tempat ni sebab buku-bukunya sangat murah. Bayangkan aku beli buku Bobby Brown Makeup Manual dengan harga tak sampai RM40 sedangkan harga sebenarnya di Kinokuniya lebih daripada RM120! Buku Salman Rushdie pun ada di sini. Aku tidak pernah mengagung-agungkan dia. Aku cuma nak tahu apa yang dia tulis sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. Namun, buku The Satanic Verses tidak ada di kedai buku di Malaysia. Bargain book pun RM5 sahaja. Aku beli buku Michael Crichton - Eaters of the Dead (The 13th Warrior) dengan harga RM5 sahaja. Tapi buku-bukunya tak sebanyak di Kinokuniya dan sedikit outdated.

3) Borders @ The Gardens - aku serbu Bargain Books dan aku sukakan buku-buku bergambar, coffee table books, aku suka tengok gambar bunga yang cantik. Aku selalu beli buku kanak-kanak untuk anak-anak saudara aku.

4) The Big Bookshop @ Ampang Park dan The Mall - ini pun best sangat walaupun buku-bukunya terhad dan outdated. Aku suka beli buku bergambar, harga permulaan RM3 ke atas. Buku kanak-kanak pun banyak. Aku pernah beli buku Dr Edward de Bono dengan harga RM10 sahaja!

5) Syarikat Muda Osman @ Kota Bharu dan Kuala Krai - selalunya aku beli majalah terbitan DBP dan kadangkala beli buku terbitan DBP juga. Beli pun sebab nak dapat poin.

6) Kedai Buku Banggol @ Kuala Krai - Aku menyokong kedai buku Muslim dan beli buku agama. Kadangkala ada diskaun. :)

Ini adalah senarai kedai buku yang aku ingat sekarang ni.

Monday, 30 May 2011

Jalan-jalan di Kedai Buku PPUM

Setelah makan tengah hari, saya mengambil kesempatan untuk ke kedai buku yang terletak dalam bangunan PPUM. Lagi pun saya ingin merasa aircond semasa melalui laluan ke wad kerana cuaca di luar yang agak panas. Tujuan utama adalah untuk membeli Dewan Kosmik bulan Jun tapi sayangnya masih belum ada. Hmm... dah tak tau nak komen macamana tentang pengedaran majalah ini. Sungguh mengecewakan. Mungkin pertengahan bulan Jun, akan sampailah DK kesayangan saya. Mungkin saya patut melanggan DK.

Di sebalik buku-buku perubatan yang dijual (kerana kedai buku ini dikhususkan untuk menjual buku-buku perubatan), terselit juga buku-buku agama dan bacaan ilmiah lain. Mata saya tertumpu kepada buku hasil tulisan Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, atau tajuk Inggerisnya, Habit of Self-Reliance. Harganya RM15, setelah mendapat diskaun, ia menjadi RM13.50.





Mata saya terpandang sebuah buku yang menarik perhatian saya, Warna-Warni Minda Ku: Kisah Hidup Albert Wang. Penulisnya Albert Wang menulis memoir tentang dirinya yang menghidap skizofrenia. Terdapat juga edisi bahasa Inggeris dan harga untuk setiap edisi adalah RM20.

Ini adalah satu pendedahan berani Albert tentang penyakitnya di mana perkara ini masih menjadi stigma masyarakat Malaysia. Sesiapa yang ke klinik psikiatri akan dianggap gila. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan kerana sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan seperti ini.




Saya teringat kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap skizofrenia di tahap yang teruk, yang dipaparkan dalam rancangan Oprah. January, atau nama timangannya, Janni, akan mencederakan dirinya atau sesiapa sahaja. Sesuatu yang dianggap mustahil bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun. Janni telah menunjukkan keadaan yang ganjil semenjak usia bayi lagi. Dia  juga mempunyai kawan imaginasinya yang menyuruh membuat itu dan ini, termasuklah perkara yang memudaratkan.

Ibu bapanya terpaksa menyewa dua buah apartmen, dan masing-masing bergilir-gilir menjaga Janni. Kesedaran kedua ibu bapanya menyebabkan dirinya dapat dikawal. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang buta huruf dan membiarkan anak-anak mereka menderita sakit mental tanpa mendapatkan rawatan yang betul?

Satu lagi filem yang menarik, A Beautiful Mind, menceritakan kisah hidup seorang genius yang menhgidap skizofrenia. Saya lebih tertarik kepada pelakon utamanya, Russel Crowe!

One of my friend told me, he hates psychiatrist!

Friday, 27 May 2011

J.K. Rowling & I

Every one knows her - J.K. Rowling, author of Harry Potter. But does any one know about her life, especially before she is well-known? Upon finishing her first Harry Potter book, she's been through a divorce, her mother died, being a single mother - raising her daughter alone and lived on goverment subsidies. I think she began to write at the age of 30, more or less.

Her manuscript was rejected bu 12 publishers! Even the one that purchased it advised her to get a day job. But now, she's rich, much richer than the Queen of England!

I'm going to be 31 by September this year. 30 was my turning point age. I do everthing that I wish for. After losing a job last year, I bought lots of book but I had no intention of being an author or writer. I'm happy when I look at my book collection. I bought everything, novels, travelog, beauty, etc... and even psychiatry book! I was thinking of writing essays. I wrote one but I got no feedback from a magazine.

Until fourth quarter of last year, I began seriously writing a book. The idea of writing music book pop up on my mind. I never planned it. Thanks God for that idea. I pray so hard,  hoping that my music book project goes smoothly.

I heard people say, "You can't make money by writing book." But I want to prove that it is wrong!

Wednesday, 25 May 2011

Aksi Kucing & Buku

Moga-moga ilmu dapat diserap semasa tidur.
I hope I can absorb the knowlege while sleeping.


ZZZZZZzzzzzz.............


 
Tolong ajar saya membaca.
Please teach me how to read.

Syukur

Syukur dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya. Cuma saya yang tidak pandai berterima kasih kepada-Nya. Semoga saya lebih bersyukur dan terus bersyukur.

Saya sangat gembira mendapat honorarium daripada pihak DBP. Walaupun hanya di ruangan surat pembaca Dewan Kosmik, ia terus menjadi pemangkin untuk saya terus menulis. Saya sedar, saya sedang bertatih dalam dunia penulisan dan masih banyak yang perlu dipelajari. Satu lagi, surat saya kepada majalah Aniqah (Jun 2011) juga turut disiarkan.

Perasaan saya berbaur, namun saya berdoa agar pihak penerbit buku menerima draf buku muzik saya. Amin.


I'm grateful to God because He gives everything to me. I want to be more and more grateful to Him. I've just received a cheque from DBP. Although it is just a small contribution for letters from the readers section for Dewan Kosmik, but it is a good start for me. My comments and suggestions are published in Aniqah magazine too (June 2011). I'm just a beginner, far from being an amateur and I need to learn a lot on writing.

I have a mixed emotion at this moment, I pray so hard, hoping that the publisher will accept my music book. Amin.