Ads

Showing posts with label Bacaan Umum - General Reading. Show all posts
Showing posts with label Bacaan Umum - General Reading. Show all posts

Friday, 28 September 2012

Tsunami...Grief beyond tears

Title: Tsunami...Grief beyond tears - Notes on a humanitarian journey in Aceh, Indonesia and north Malaysia
Author: Mohamed Hatta Shaharom
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Price: RM121
No. of Pages: 316
Year: 2006
ISBN9836290605


The seabed earthquake-spawned tsunami of 26 December 2004 devastated coastal settlements of a dozen Indian Ocean rim countries.

In Nanggroe Aceh Darussalam (on the Northern tip of the Indonesian island of Sumatera) alone, this natural catastrophe took lives of about 200,000 Acehnese, displaced another 400,000 of their surviving relatives and neighbours, and made orphans out of the tens of thousands of surviving children. 

This is the writer's personal account of 2004-2005 post-tsunami Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) and MERCY Malaysia humanitarian missions in north Malaysia and Aceh, Indonesia.

He acknowledges the contributions of anonymous unsung heroes who came to the fore in times of need.



Sorrow Behind The Smiles

Title: Sorrow Behind The Smiles - Notes on a humanitarian journey - disaster relief in Iraq, Kosovo, Afghanistan, and Iran
Author: Mohamed Hatta Shaharom
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Price: RM100
No. of Pages: 345
Year: 2006
ISBN9836289003


This is a humanitarian journey through lands that were devastated by the ravage of man-made and natural disasters.
These are personal notes of the writer including two chapters by his wife and son) during relief missions in Iraq (1991), Kosova (1999 & 2000), Afghanistan (2001) and Iran (2004) sponsored by the Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM), MERCY Malaysia and anonymous Malaysian donors who came to the fore in times of need.


Thursday, 27 September 2012

The Forgotten Jungle Medicine of Taman Negara Pahang

Author: Musa Nordin
Editorial Assistants: Alvin Yeaoh Seng Lee, Lim Sheau Chin, and Chan Mei Ching.
Publisher: Malaysian Pharmaceutical Society (Penang Area Committee)
Price: RM89.10 @ Pekan Buku Universiti Malaya
No. of Pages: 154
Year: 2007
ISBN9789834230302


Tuesday, 24 January 2012

Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Tajuk: Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Editor: Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Bil. Muka Surat: 137
No. ISBN: 9789831004654
Harga: RM22.50 @ Pekan Buku Universiti Malaya

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi.

Buku ini menyentuh pembinaan dan perkembangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun besar Asia yang lain iaitu Melayu, Cina dan India. Pengajian tamadun ini diperkenalkan di peringkat universiti atas kesedaran bahawa para pelajar perlu memahami  latar belakang pemikiran, pembudayaan dan sejarah dalam tamadun-tamadun besar yang melingkungi mereka serta bagi menyuburkan dialog antara tamadun.

Pengetahuan ini penting bagi memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya. Selain itu para pelajar juga mempunyai pemikiran yang luas dan berpandangan global di samping menghayati nilai-nilai murni sejagat.

Wednesday, 1 June 2011

Homoseksualiti

Homoseksualiti adalah orientasi seksual dan perlakuannya terang dan jelas dikutuk Tuhan. Perlakuan homoseksualiti wajib ditolak tetapi pelakunya tidak patut dipulaukan.

Tindakan menidakkan kedudukan mereka dlm komuniti akan menyebabkan mereka berasa tertindas. Atas alasan penindasan itu maka akan wujud, malah akan wujud segala mcm kesatuan yg akan mperjuangkan hak-hak asasi golongan homoseksual.

Kita menerima golongan homoseksual bukan kerana kita turut meraikan perlakuan songsang mereka. Sebaliknya kita mengiktiraf masalah mereka. Bagaimana permasalahan dpt diselesaikan sekiranya masyarakat takut mengakui kewujudannya?

- daripada cerpen Dewan Kosmik 2008

Monday, 30 May 2011

Jalan-jalan di Kedai Buku PPUM

Setelah makan tengah hari, saya mengambil kesempatan untuk ke kedai buku yang terletak dalam bangunan PPUM. Lagi pun saya ingin merasa aircond semasa melalui laluan ke wad kerana cuaca di luar yang agak panas. Tujuan utama adalah untuk membeli Dewan Kosmik bulan Jun tapi sayangnya masih belum ada. Hmm... dah tak tau nak komen macamana tentang pengedaran majalah ini. Sungguh mengecewakan. Mungkin pertengahan bulan Jun, akan sampailah DK kesayangan saya. Mungkin saya patut melanggan DK.

Di sebalik buku-buku perubatan yang dijual (kerana kedai buku ini dikhususkan untuk menjual buku-buku perubatan), terselit juga buku-buku agama dan bacaan ilmiah lain. Mata saya tertumpu kepada buku hasil tulisan Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, atau tajuk Inggerisnya, Habit of Self-Reliance. Harganya RM15, setelah mendapat diskaun, ia menjadi RM13.50.





Mata saya terpandang sebuah buku yang menarik perhatian saya, Warna-Warni Minda Ku: Kisah Hidup Albert Wang. Penulisnya Albert Wang menulis memoir tentang dirinya yang menghidap skizofrenia. Terdapat juga edisi bahasa Inggeris dan harga untuk setiap edisi adalah RM20.

Ini adalah satu pendedahan berani Albert tentang penyakitnya di mana perkara ini masih menjadi stigma masyarakat Malaysia. Sesiapa yang ke klinik psikiatri akan dianggap gila. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan kerana sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan seperti ini.




Saya teringat kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap skizofrenia di tahap yang teruk, yang dipaparkan dalam rancangan Oprah. January, atau nama timangannya, Janni, akan mencederakan dirinya atau sesiapa sahaja. Sesuatu yang dianggap mustahil bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun. Janni telah menunjukkan keadaan yang ganjil semenjak usia bayi lagi. Dia  juga mempunyai kawan imaginasinya yang menyuruh membuat itu dan ini, termasuklah perkara yang memudaratkan.

Ibu bapanya terpaksa menyewa dua buah apartmen, dan masing-masing bergilir-gilir menjaga Janni. Kesedaran kedua ibu bapanya menyebabkan dirinya dapat dikawal. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang buta huruf dan membiarkan anak-anak mereka menderita sakit mental tanpa mendapatkan rawatan yang betul?

Satu lagi filem yang menarik, A Beautiful Mind, menceritakan kisah hidup seorang genius yang menhgidap skizofrenia. Saya lebih tertarik kepada pelakon utamanya, Russel Crowe!

One of my friend told me, he hates psychiatrist!