Ads

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

IMAN - Filem Melayu Klasik

Berkesempatan menonton Iman, sebuah filem Melayu klasik. Pada permulaan cerita ada dinyatakan bahawa filem tersebut diilhamkan oleh karya tersohor Goethe iaitu Faust. Ni nak cerita pulak, Hector Berlioz seorang komposer muzik klasik Barat turut mengadaptasi Faust dalam bentuk muzik orkestra - The Damnation of Faust. Malang sekali aku tak berkesempatan mengikuti konsert tersebut kerana demam. Tiket dah beli tapi nak buat macamana kan. Berbalik kepada filem Iman tadi, terdetik juga di hati adakah Goethe mendapat ilham daripada kisah Barsisa, seorang abid yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah s.w.t. tetapi mati dalam keadaan kufur akibat perjanjian dengan syaitan.

Maklumat filem iman aku dapat dari laman blog Filem Klasik Melayu. Pautannya di sini:







MALAY FILM PRODUCTIONS LTD.
Produser (Persembahan): RUN RUN SHAW

Pengarah (Sutradara): K.R.S. SASTRY
Juru Gambar: N.B. VASUDEV & KOH JEE SOON
Juru Suara: TAN SOO YAM
Penyunting Film: H.R. NARAYANA & WONG FUN
Cerita: GOETHE
Musik (Lagu): YUSOF B.
Pelakon:
AHMAD MAHMOOD (Roslan) 
SA'ADIAH (Hamimah) 
HAJI MAHADI (Iblis) 
NENG YATIMAH (Rohaya) 
MARIANI (Habibah) 
MUHAMAD HAMID (Harun) 
MALIK SUTAN MUDA (Halim) 
AZIZ SATAR (Awang) 
MUSTARJO (Tok Penghulu)
A. RAHIM (Hussin)


SINOPSIS

Bosan dengan hidup kerana dirinya sudah tua dan sering berkebajikan dan mengabaikan kenikmatan dunia, Tok Guru (Roslan) cuba membunuh diri dengan meminum racun. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Iblis menjelma menyelamatkan dan terus memujuk supaya menjadi pengikutnya dan berjanji akan memberi segala kemewahan dan apa saja yang dimahunya. 

Tok Guru terpesona dengan pujuk rayu Iblis dan setelah menandatangani surat perjanjian dengan darahnya dia pun kembali muda. Roslan dibawa terbang ke angkasa dan sampai ke sebuah kampung di mana penduduknya hidup riang serta aman dan damai.


Sumber: http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2011/03/iman-1954.html


Tak kusangka Haji Mahadi pegang watak sebagai iblis. Perhiasan kepalanya pun dah macam Malficient.

Friday, 29 November 2013

Adam

Tujuan asal aku beli antologi cerpen 'Adam' ini adalah untuk memantapkan lagi cerpen aku dan juga sebagai hadiah kepada diri sendiri sempena hari lahir aku (ada dua lagi buku - kedua-duanya antologi cerpen). Buku ini dibeli di kedai buku Syarikat Muda Osman, Kota Bharu. Sayang seribu kali sayang (juga kecewa), buku-buku terbitan DBP di SMO semakin berkurangan. Sangat kurang, tak macam dulu. Tak suka! Setahu aku SMO ni pengedar buku DBP di Kelantan. Entah, tak faham apa dah jadi sekarang ni??? Takkan aku nak ke Menara DBP di Kuala Lumpur semata-mata nak beli buku (DBP).


Judul Buku: Adam
Penulis: Amil Jaya (Ismail Abbas)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2008
Bil. Muka Surat: 239
Harga: RM15
ISBN 9789836298188

Sinopsis:

"Wahai Adam! Apakah kalian mahu lari daripada-Ku," Allah berfirman.
"Bukan kami mahu lari daripada-Mu Ya Allah, tetapi kami malu dan takut kepada Engkau."
"Bukankah aku sudah melarang kalian memakan buah itu, dan Aku mengingatkan pula bahawa iblis itu ialah musuh kalian yang nyata. Kenapakah kalian berdua memakan buah yang Aku larang?"
Mendengar firman Allah itu, Adam dan Hawa menundukkan kepala serendah-rendahnya sambil meminta ampun. "Ya Allah, kami bertaubat kepada-Mu, Ya Allah. Sudilah kiranya Engkau mengampuni kami. Ya Allah, kami menganiaya diri kami sendiri. Kalau Engkau tidak sudi mengampuni kami dan mengasihi kami sesungguhnya kami akan rugi dan akan sengsara berlarut-larutan."

Demikian gambaran peristiwa yang berlaku dalam Kumpulan Cerpen Adam. Ikutilah cerita selanjutnya dalam Kumpulan cerpen Adam yang menghimpunkan 18 buah cerpen dengan pengutaraan pelbagai persoalan dan rencah kehidupan manusia.

Kandungan:

1. Adam
2. Aku Setuju
3. Bakakuk
4. Berani Itu Rahmat
5. Bidadari
6. Cangkul Cap Buaya
7. Cabaran Membawa Padah
8. Fitnah
9. Hantu Bangkit
10. Ini Hakmu
11. Insaf itu Mulia
12. Kopiahku Maruahku
13. Lalang
14. Maduku Datukku
15. Nenekku Jagoan
16. Norhayati II
17. Senapang Ayah
18. Ulama



Sunday, 23 September 2012

Bilal Bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit

Pengarang: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga: RM26
Bil. Muka Surat: 274
Tahun: 2010 (Cetakan ke-4)
ISBN9789833892327


Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Masihi. Beliau melalui jalan keras bagi mendapatkan Islam. Beliau dijemur di pasang pasir yang membara, ditindih dadanya dengan batu yang keras, namun imannya semakin pijar, dan jiwanya semakin kental.

Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat Rasulullah s.a.w., dan menjadi juruazan yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap juruazan di dunia.

Novel sajarah ini bercerita tentang Bilal bin Rabah, lelaki yang tubuhnya diseksa semahu-mahunya, namun bibirnya tetap melantunkan "Allahu Ahad, Allahu Ahad..."

Tuesday, 18 September 2012

Sempadan Bioteknologi Menurut Perspektif Islam

Judul Buku: Sempadan Bioteknologi Menurut Perspektif Islam
Penyunting: Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Wan Roslili Abd. Majid dan Azrina Sobian
Penerbit: Institut Kefahaman Islam  Malaysia (IKIM)
Harga: RM10
Bil. Muka Surat: 192
Tahun: 2005 (Cetakan Pertama)
ISBN 9832636159


Bioteknologi merupakan satu cabang sains dan teknologi yang telah membawa banyak perubahan kepada kehidupan manusia. Tidak dinafikan bahawa bioteknologi membawa banyak manfaat, tetapi pada waktu yang sama, bidang ini turut membawa pelbagai cabaran kepada manusia. Apakah respons Islam terhadap cabaran-cabaran yang dibawa oleh bioteknologi? Apakah pandangan syariah terhadap bidang-bidang seperti bioteknologi pemakanan dan pertanian, farmaseutikal, pendermaan dan pemindahan organ, konsep mati otak, proteomik otak dan bioperubatan? Buku ini mengajak pembaca untuk mencari jawapannya.

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata

Judul: Murtad Jangan Pandang sebelah Mata
Pengarang: Ann Wang Seng
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM21.90
Muka surat: 172
Tahun diterbitkan: 2009 (Cetakan ke-2)
ISBN9789834451912


Murtad merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam dan telah menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat kita. Kenapa, mengapa dan salah siapa?

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata meberikan pelbagai gambaran daripada beraneka perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang sedang kita hadapi.

Buku ini mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam di Malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

Lagi...Sila klik KOMEN.

Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

Judul Buku: Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain - membongkar kewujudan dan rahsia sebenar pejuang agung
Pengarang: Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Harga: RM17.50
Bilangan Muka Surat: 200
Tahun diterbitkan: 2010 (Ulang Cetak Keenam)
ISBN 139789833604074


- Benarkah Raja Iskandar atau Alexander The Great bukan Zulqarnain?
- Siapa sebenarnya individu yang sesuai digelar Zulqarnain berdasarkan ciri-ciri yang ditunjukkan oleh Quran? 
- Apakah kaitan Raja Namrud, Raja Sulaiman dan Raja Bukhtanasar dengan Zulqarnain?
- Bagaimanakah kisah sebenar pembinaan tembok penghalang bagi Yakjuj dan Makjuj oleh Zulqarnain?
- Siapakah individu yang dinamakan Raja Kurush? Apa kaitannya dengan Zulqarnain?

Sejak sekian lama, kita mempercayai Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliaulah yang digelar Alexander The Great. Namun tahukah anda, sebenarnya Raja Iskandar atau Alexander The Great tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain. Bahkan ada tokoh lain yang lebih sesuai dan layak disandarkan dengan gelaran itu. 

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulqarnain.

Lagi...sila tekan KOMEN.

Tuesday, 24 January 2012

Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia


Tajuk: Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Editor: Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Bil. Muka Surat: 137
No. ISBN: 9789831004654
Harga: RM22.50 @ Pekan Buku Universiti Malaya

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi.

Buku ini menyentuh pembinaan dan perkembangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun besar Asia yang lain iaitu Melayu, Cina dan India. Pengajian tamadun ini diperkenalkan di peringkat universiti atas kesedaran bahawa para pelajar perlu memahami  latar belakang pemikiran, pembudayaan dan sejarah dalam tamadun-tamadun besar yang melingkungi mereka serta bagi menyuburkan dialog antara tamadun.

Pengetahuan ini penting bagi memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya. Selain itu para pelajar juga mempunyai pemikiran yang luas dan berpandangan global di samping menghayati nilai-nilai murni sejagat.

Thursday, 20 October 2011

Was Was - Bila syaitan membelit manusia!


Tajuk: Was was - Bila syaitan membelit manusia!
Penulis: Ibnul Qayyim
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Tahun: 1999 (Cetakan ke-2, Singapura)
Bilangan Muka Surat: 123
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd
Harga: RM17 @Pesta Buku PWTC
ISBN9971773007

 
Was was - modus operandi setan laknatullah untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Buku ini mengumpulkan beberapa aspek penting dalam peribadatan kita sehari-hari, di mana seringkali kita mungkin menjadi mangsa perasaan was was yang ditimbulkan oleh syaitan. Memang was was itu merupakan suatu penyakit yang terlalu berat, yang kerap menimpa amalan-amalan hamba yang tidak teguh hatinya, ataupun bagi orang yang mempunyai keyakinan lisan semata, padahal kalbunya kerap bergoncang, khusus ketika dibelit oleh was was syaitan tadi.

Pengarang menghitung berbagai-bagai tempat yang kerap dijadikan syaitan sebagai permainan was wasnya, seperti ketika berwudhuk, beristinjak, mandi kerana bersuci, bershalat, membaca Al-Quran, dan ketika merangkapkan niat dalam melaksanakan berbagai-bagai peribadatan kita. Tiap-tiap permasalahan tersebut diberikan gambaran dan perilaku orang yang was was itu, kemudian dibandingkan pula dengan perilaku dan perbuatan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya ketika mengerjakan peribadatan yang sama yang bersih dari was was. Tujuan utamanya ialah untuk mendidik orang yang was was itu supaya mencontohi amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dan berusaha untuk menghindarkan was was itu dari amalannya serta mencuba mengikis perasaan yang salah itu dari kalbu perilakunya.

Buku ini sangat penting bagi anda pembaca kerana terdapat di dalamnya juga perbincangan para ulama mengenai permasalahan talka dan perbalahan yang kerap berlaku dalam memutuskan hukum yang kerap menimbulkan banyak kekeliruan antara khalayak ramai.


Wednesday, 1 June 2011

Tuesday, 31 May 2011

Nak Beli Buku Ni



Nampak macam best je buku ni. Membincangkan pemikiran Islam dan pengaruh falsafah Yunani - Plato, Aristotle & Socrates.

Sunday, 29 May 2011

Waswas - Bila syaitan membelit manusia


Entah ke mana perginya buku ini. Hilang atau silap letak.
Dibeli semasa Pesta Buku PWTC 2006.