Tajuk: Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Editor: Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Bil. Muka Surat: 137
No. ISBN: 9789831004654
Harga: RM22.50 @ Pekan Buku Universiti Malaya
Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi.
Buku ini menyentuh pembinaan dan perkembangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun besar Asia yang lain iaitu Melayu, Cina dan India. Pengajian tamadun ini diperkenalkan di peringkat universiti atas kesedaran bahawa para pelajar perlu memahami latar belakang pemikiran, pembudayaan dan sejarah dalam tamadun-tamadun besar yang melingkungi mereka serta bagi menyuburkan dialog antara tamadun.
Pengetahuan ini penting bagi memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya. Selain itu para pelajar juga mempunyai pemikiran yang luas dan berpandangan global di samping menghayati nilai-nilai murni sejagat.
No comments:
Post a Comment