Ads

Tuesday, 24 January 2012

Warna-warni Duniaku


Judul: Warna-warni Duniaku - Kisah Hidup Albert Wang (judul asal The Colour of My Mind)
Editor: Kevin Thomas & Caleb Masuda Koh
Penterjemah & Penyunting (Bahasa Melayu): Hajjah Shamsiah Mohd. Yusof
Penerbit: Oak Publication
Tahun: 2009
Bil. Muka Surat: 66
Harga: RM20

Albert Wang membawa anda kembali ke masa silam beliau dengan perjalanan kisah hidupnya bagaimana beliau mula dibelenggu masalah skizofrenia sewaktu zaman mudanya. Kompilasi episod-episod pendek di dalam buku ini mengisahkan bagaimana beliau berjuang dengan penyakit tersebut, persoalan, dugaan, cabaran dan kejayaan di dalam pelbagai peringkat kehidupannya.

Skizofrenia adalah penyakit seumur hidup yang sukar dipulihkan sepenuhnya. Buku ini mendedahkan mitos-mitos tentang skizofrenia supaya kita lebih memahami bagaimana pesakit-pesakit lain yang ada kaitan menangani penyakit tersebut. Di dalam buku ini anda juga didedahkan dengan pelbagai karakter individu yang hadir di dalam kehidupan Albert yang bergelut dengan penyakit skizofrenia. Mereka juga turut berkongsi pengalaman sepintas lalu cabaran yang perlu dihadapi oleh orang-orang yang mengalami kecelaruan mental ini. Sebahagian besar perjuangan Albert adalah dalam usaha untuk berjaya dalam bidang akademik sewaktu era pembangunan Malaysia di sekitar tahun 80an. Walaupun sering dilanda kekecewaan dan ketidakpastian tentang masa depannya, namun Albert bertekad dan berazam untuk melakukan yang terbaik.

Buku ini adalah karaya pertama yang dihasilkan oleh Albert. Ianya satu karya yang jujur dan berwawasan jesteru adalah sebuah buku yang perlu dibaca oleh semua.

No comments:

Post a Comment