Inilah cara aku menyambut tahun baru 2012 dengan membeli pelbagai majalah.
Majalah2 keluaran Januari 2012. Ni baru part I. Ada lagi yang belum diborong. Ni pun aku terpaksa sembunyi dari mak aku. Nanti dia bising.
Bila aku bawak keluar majalah berbahasa Melayu, mak aku baca pulak. Siap komen kata Nona banyak iklan. Lagi baik baca Keluarga.
Tahun baru ikut caraku.....borong majalah. Hanya keluaran Januari. Bulan depan dan seterusnya aku akan lebih selektif. Bajet punya pasal. Nanti aku gilir2 beli majalah tiap bulan. Tapi bulan depan aku mesti beli EH! Adalah ceritanya.
Aku rasa nak berhenti baca Lisa tapi aku tak mampu rasanya. Ada daya tarikan di situ. Aku rasakan Lisa lagi best dari Cosmo.
Aku bajet beli Cosmo, Aniqah dan Majalah-i tiap2 bulan. Extra apa2 majalah yang aku berkenan tapi hanya senaskah. Katalah bulan Februari aku beli EH!, bulan Mac pula mungkin Wanita Wawasan dan begirulah seterusnya. Tak lupa, pasal contest. Aku kan Contest Queen!
No comments:
Post a Comment