Tujuan asal aku beli antologi cerpen 'Adam' ini adalah untuk memantapkan lagi cerpen aku dan juga sebagai hadiah kepada diri sendiri sempena hari lahir aku (ada dua lagi buku - kedua-duanya antologi cerpen). Buku ini dibeli di kedai buku Syarikat Muda Osman, Kota Bharu. Sayang seribu kali sayang (juga kecewa), buku-buku terbitan DBP di SMO semakin berkurangan. Sangat kurang, tak macam dulu. Tak suka! Setahu aku SMO ni pengedar buku DBP di Kelantan. Entah, tak faham apa dah jadi sekarang ni??? Takkan aku nak ke Menara DBP di Kuala Lumpur semata-mata nak beli buku (DBP).
Judul Buku: Adam
Penulis: Amil Jaya (Ismail Abbas)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2008
Bil. Muka Surat: 239
Harga: RM15
ISBN 9789836298188
Sinopsis:
"Wahai Adam! Apakah kalian mahu lari daripada-Ku," Allah berfirman.
"Bukan kami mahu lari daripada-Mu Ya Allah, tetapi kami malu dan takut kepada Engkau."
"Bukankah aku sudah melarang kalian memakan buah itu, dan Aku mengingatkan pula bahawa iblis itu ialah musuh kalian yang nyata. Kenapakah kalian berdua memakan buah yang Aku larang?"
Mendengar firman Allah itu, Adam dan Hawa menundukkan kepala serendah-rendahnya sambil meminta ampun. "Ya Allah, kami bertaubat kepada-Mu, Ya Allah. Sudilah kiranya Engkau mengampuni kami. Ya Allah, kami menganiaya diri kami sendiri. Kalau Engkau tidak sudi mengampuni kami dan mengasihi kami sesungguhnya kami akan rugi dan akan sengsara berlarut-larutan."
Demikian gambaran peristiwa yang berlaku dalam Kumpulan Cerpen Adam. Ikutilah cerita selanjutnya dalam Kumpulan cerpen Adam yang menghimpunkan 18 buah cerpen dengan pengutaraan pelbagai persoalan dan rencah kehidupan manusia.
Kandungan:
1. Adam
2. Aku Setuju
3. Bakakuk
4. Berani Itu Rahmat
5. Bidadari
6. Cangkul Cap Buaya
7. Cabaran Membawa Padah
8. Fitnah
9. Hantu Bangkit
10. Ini Hakmu
11. Insaf itu Mulia
12. Kopiahku Maruahku
13. Lalang
14. Maduku Datukku
15. Nenekku Jagoan
16. Norhayati II
17. Senapang Ayah
18. Ulama
No comments:
Post a Comment