Aku sanggup berjaga pukul 12 pagi setiap hari Rabu semata-mata nak tengok Hart of Dixie di TV2. Untuk pengetahuan semua, musim pertama baru sahaja habis disiarkan. Tak tahulah RTM nak siarkan musim ke-2 atau tak.
Apa yang menarik perhatian aku adalah watak utama iaitu Zoe Hart. Seorang doktor dan gadis muda dari New York yang masuk kampung di Bluebell, Alabama. Sememangnya dia terbawa-bawa sifat seorang New Yorker yang outspoken membuatkan ada sahaja orang tak senang dengan dirinya terutama sekali di kalangan wanita.
Cita-cita asalnya ialah menjadi pakar kardiotoraksik. Dia ingin mengikut jejak langkah bapanya. Namun, sejurus selepas konvokesyen, dia menerima tawaran untuk berkhidmad sebagai GP di sebuah klinik di Bluebell. Di situ, dia dapat tahu tuan punya klinik itu baru sahaja meninggal dunia dan rupa-rupanya dia bapa biologikal Zoe Hart. Dr Zoe Hart mendapat separuh daripada klinik tersebut dan ini menimbulkan perasaan kurang senang rakan kongsi asal iaitu Dr Breeland. Dr Zoe bertungkus-lumus untuk mendapat kepercayaan penduduk Bluebell.
Sudah tentu ada yang menarik perhatian Zoe. Zoe jatuh cinta dengan George Tucker, seorang peguam dan menjadi tunangan Lemon Breeland. Sudah tentu Lemon benci sangat-sangat kat Zoe. Wade, seorang bartender (dan juga playboy) di Rammer Jammer secara senyap-senyap menyimpan perasaan terhadap Zoe. Dia tidak berani berteus-terang disebabkan perbezaan status mereka. Lavon, Datuk Bandar Bluebell menjadi abang dan kawan baik Zoe.
New Yorker and new doctor Zoe Hart accepts an offer from a stranger, Dr. Harley Wilkes, to work in his medical practice in Bluebell, Alabama. She arrives to find he has died and left half the practice to her in his will.
Creator: Leila Gerstein
Stars: Rachel Bilson, Wilson Bethel, Scott Porter
Sejak Zoe dapat tahu dia bukan anak kandung ayahnya (Dr Hart), hubungan mereka menjadi dingin dan semakin jauh. Namun aku terharu bila ayah dia nasihatkan Zoe pasal George Tucker. Zoe kan tergilakan sangat-sangat kat George. Ayah zoe takut dia kecewa.
ReplyDeleteAda tu aku geram sangat kat Zoe ni. Go out and find another man. Jangan attach sangat dengan George tu. Toksah layan Wade tu. Takkanlah takde lelaki lain kat Mobile dan hospital besar tu.
ReplyDeleteCerita ni takdelah medikal sangat tapi aku suka bila tengok Zoe diagnos pesakit dia.
ReplyDelete