Aku berkenalan dengan Sheherazade kira-kira enam tahun yang lepas ketika megikuti kelas apresiasi seni yang dikendalikan oleh Dr Marc Rochester di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Dr Marc Rochester ketika itu merupakan pemain organ bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah muzik di UPM. Aku yang mulanya tidak mengetahui pengisian kelas apresiasi seni tertarik dengan cara penyampaian Dr Marc. Beliau memainkan petikan CD Scheherazade yang yang dirakamkan semasa salah satu konsert MPO . Aku rasa CD ini masih dijual di kaunter DFP.
Dr Marc menerangkan permulaan karya ini di mana violin dimainkan secara solo yang menggambarkan kelembutan dan kecantikan seorang gadis iaitu Scheherazade. Secara berseloroh, beliau mengatakan yang sebenarnya di dalam CD tersebut, the fat German played the violin. Aku dapat meneka siapa dia. Marcus Gundermann yang bertindak sebagai concertmaster. Tapi aku nak dengar keindahan muzik dan bukannya tengok muka pemuzik.
Selang selepas itu, kedengaran bunyi double bass yang sedikit menyeramkan dan kasar, mewakili Sultan Schahriah yang diktator.
Pada pendapat aku, kelas apresiasi seni perlu diselitkan dalam subjek Pendidikan Muzik sekolah rendah. Ketika di sekolah rendah, aku hanya mempelajari teori dan praktikal tanpa mengetahui dunia muzik yang luas tanpa sempadan. Pelajar perlu didedahkan dengan muzik tradisional, muzik klasik Barat, tokoh muzik dan apa sahaja yang bersesuaian agak pembelajaran muzik menjadi lebih menarik.
No comments:
Post a Comment