Ads

Sunday, 11 January 2015

James Wong Ahli Etnobotani

Rasanya aku terperasan nama James Wong ni ketika tahun 2011 atau 2012. Masa tu TV Al Hijrah baru memulakan siarannya jadi rancangan Backyard Medicine antara yang menjadi pengisian. Ingat lagi masa tu banyak sangat disiarkan dokumentari terkenal Harun Yahya - Sign of Creator. Siang malam pagi petang ada tapi best apa! Aku mula nak tau lebih lanjut pasal Backyard Medicine ni tahun lepas. Jatuh cinta pandang pertama dengan taman herba belakang rumah tu. Teringin jugak nak ada taman macam tu. Nak petik serai ke, halia nak memasak ke semua ada kat belakang rumah. Ini betul-betul taman yang ada landskap ye bukannya tumbuh meliar tak terjaga.

Ketika di bangku sekolah dahulu jika ditanya berkenaan cita-cita, macam-macamlah yang keluar. Nak jadi itu nak jadi ini. Menjadi ahli botani adalah salah satu daripada cita-cita aku tapi tak tercapai pun. Dilahirkan dan dibesarkan di kampung, aku sudah terbiasa dan mengenali serba sedikit pokok-pokok dan tumbuhan yang hidup di sekeliling rumah dan hutan serta semak yang berdekatan dengan rumah. Mak aku dan arwah nenek yang banyak bercerita pasal pokok-pokok ni. Ada kalanya kami meredah masuk semak untuk mencari pucuk miding dan segala macam tumbuhan dalam semak tu untuk buat sayur. Tambahan pula ketika di tingkatan 3 memerlukan aku menjalankan projek berkaitan tumbuh-tumbuhan bagi matapelajaran Geografi untuk melayakkan lulus peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sudah tentu aku gembira dengan perkara sebegini dan banyak menambah pengetahuanku.

Pokok senduduk, rumput mata lalat (dan pelbagai jenis rumput), 'pokok anu pelanduk', rotan. buluh, pokok asam jawa, pucuk miding, paku pakis, ulam raja, pokok kapal terbang, daun kentut (memamng baunya macam kentut!), lalang (cantik bunganya), 'rumput Israel' (lupa nama betulnya), paku langsuyar, paku tanduk rusa, duit-duit, anggerik merpati (aku sangat tergilakannyasemasa darjah 4), sejenis anggerik di mana bunganya sangat halus (taktau nama), timun tikus (aku suka sangat daunnya seperti daun ivy) dan banyak banyak banyak lagi..............

Nak senarai lagi:
- Apa nama pokok saprofit pokok menumpang tak kenang budi
- Bunga yang ada tali panjang aku buat subang perasan cantik!
- 'Pokok anu pelanduk' - aku hanya pernah jumpa dan makan buahnya sekali sahaja seumur hidup. Pokoknya tumbuh liar dalam semak belakang rumah
- Ceri Malaysia
- Gooseberry aka pokok letup-letup

Tapi sekarang semuanya dah berubah. Dah takde lagi semak. Semak digantikan dengan rumah. Semak yang menjadi tempat aku belajar secara tak formal hanya tinggal kenangan.

Berbalik semula kepada James Wong yang menjadi tajuk entri kali ini, dia merupakan seorang ahli etnobotani yang terkenal dari United Kingdom. Aku hanay tahu botani iaitu berkaitan tumbuh-tumbuhan tapi apa pula makna etnobotani? Etno? Etos? Apa-apa ajelah!

Ini dia FB James Wong
Laman web rasmi: http://www.jameswong.co.uk - Nampaknya laman webnya under maintenance sekarang.

James sedang menyiapkan buku terbaharunya.


Inilah rupa tuan punya badan. Kredit gambar: FB James Wong



Gambar latar belakang FB James Wong.








Petikan biodata di wikipedia:

James Wong (born June 23, 1981) is an ethnobotanist, television presenter and garden designer in the United Kingdom, best known for presenting the award-winning television series Grow Your Own Drugs, being a panellist on the long-running Radio 4 series "Gardeners' Question Time" and reporting on the hit rural affairs series BBC Countryfile.

Born in London to a Malaysian Chinese father and a British mother, Wong was brought up in Singapore and Malaysia. Upon being awarded an academic scholarship, he returned to the UK in 1999 to study at the University of Bath. He then trained at the Royal Botanic Gardens, Kew, and the University of Kent, gaining a Master of Science degree in Ethnobotany, graduating with distinction.



No comments:

Post a Comment