Ads

Saturday, 10 January 2015

Tafsir Surah Al-Asr oleh TGNA

Ini yang aku jumpa di FB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:

"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi samada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." - petikan kuliah YB Tuan Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr. 


No comments:

Post a Comment