Ads

Monday, 6 April 2015

Singapura Haramkan FMFA 2015

Memang pun Malaysia patut berasa sangat-sangat malu. Singapura di mana majoriti rakyatnya bukan Islam membatalkan konsert FMFA yang penuh lagha ini. Syabas pihak berkuasa kota singa kerana memikirkan nasib anak muda mereka dari terjerumus menjadi mangsa pihak yang sentiasa nak mengambil kesempatan. Blogger terkenal Singapura, Grace Tan turut menyokong pembatalan ini.

Sesungguhnya banyak keburukan berbanding kebaikan yang diperolehi dari konsert ini. Pergaulan lelaki perempuan yang terlampau bebas, minum arak dan salah guna dadah. Itu adalah di antaranya. Banyak lagi yang tak elok sebenarnya. Kalau ditengok dari gambar-gambar media sosial berkenaan FMFA yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil tahun lepas, aku pun tak sanggup nak pergi. Dengan cuaca yang panas berjerebu, orangnya yang ramai bercampur jantan betina boleh membuatkan aku rasa tak boleh bernafas. Cuaca panas boleh menyebabkan ketiak lencun dan mengeluarkan aroma yang sangat wangi (baca: tengik). Macam-macam wangian yang boleh membuatkan hidung kembang kempis. Tambahan pula Malaysia tengah bersedih dengan kehilangan pesawat MH370.

Aku begitu tersentuh dan rasa sedih dengan kematian enam orang anak muda akibat penyalahgunaan dadah. Aku sempat stalk facebook(bukannya nak menyibuk pun) salah seorang daripada mangsa. Dia sangat muda. Baru berumur 19 tahun dan telah dijemput Ilahi. Dia pernah komen di laman facebook Malaysian Biotech Corporation (BiotechCorp) yang dia nak sangat bekerja dengan syarikat tersebut bila habis belajar nanti. Sedih sangat kan mengenangkan harapan dan cita-citanya yang tak kesampaian. Rasa macam nak menangis sangat walaupun aku tak pernah kenal dia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Di bawah ni artikel penuh yang ditulis ole Ku Seman. Pihak berkuasa dan pihak yang berangan nak menganjur, fikirlah masa depan anak bangsa. Jangan nak fikir duit dan keuntungan yang sementara je. Nak tarik pelanconglah konon!




No comments:

Post a Comment