Ads

Thursday 19 February 2015

Melawat Penerbit JS Adiwarna

Semuanya tak dirancang. Mulanya aku ikut kawan baik jemput anaknya di sekolah. Ketika melalui deretan rumah kedai, aku terperasan papan tanda JS Adiwarna. Tanpa berlengah, aku ajak kawan baik dan ketuk pintu pejabat JS Adiwarna. Dari luar nampak comel. Maaflah tak sempat ambil gambar. Terlupa sebenarnya.

Puan Noor Suraya sendiri yang membuka pintu dan menjemput kami masuk. Dia dengan ramah melayan kami walaupun tak membuat sebarang temujanji terlebih dahulu. Aku pulak, lidah bagai terkunci tak tahu nak tanya apa. Kagum dengan pejabatnya yang kecil dan comel. Agakan aku dalam sepuluh orang pekerja.

Aku minat sangat nak tulis novel. Lebih suka yang nipis dahulu, 200 muka surat. Aku ada idea. Macam-macam idea tapi taknak cerita yang klise. Barbalik kepada bilangan muka surat tadi, novel berketebalan 500 muka surat memerlukan komitmen dan kesabaran yang amat tinggi. Tebalnya. Kenapa buku tebal laku di pasaran. Berbaloi untuk duit kot. Atau mungkin lebih puas bila cerita dapat diceritakan dengan panjang lebar.

Puan Noor Suraya bercerita pasal dunia penulisan ni. Cuma aku aku ajelah tiba-tiba aje tergamam tau nak tanya apa. Terima kasih Puan kerana sudi melayan kami. Mana tau kali kedua pulak kami datang untuk tandatangan kontrak. Sebelum kami pulang, Puan Noor  Suraya bagi kalendar JD Adiwarna yang sangat comel untuk kami. Terima kasih Puan.

Sebagai orang luar, aku beri 5 bintang untuk JS Adiwarna.

p/s: Beberapa hari sebelum tu kami menjengah ke butik Modest Culture Inspired by Prof Muhaya. Aku tak beli apa pun. Hidumg aku ni suka sangat dengan bau sabun zaitun. Rasa macam kat rumah. Girls jaga kat situ takdelah nak jeling semacam kat aku yang pakai dres hari tu.

Comel kan

Dapat kawan baru. Merekalah yang menemaniku sepanjang 2015, mungkin juga for the rest of my life.












1 comment: