Ads

Sunday 12 January 2014

FB Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan



SAYEMBARA PENTAS MEMBINA DAN MENGGILAP PENULIS, PENULIS BAHARU BERKARYA, MENERBITKAN KARYA BERMUTU & MENCERNA PEMIKIRAN KREATIF & INOVATIF GENERASI MUDA.

Memasyarakatkan Sains dan Teknologi

ARKIB : 15/12/2013
Oleh TOREK SULONG
Sebahagian daripada peserta Bengkel Fiksyen Sains dan Teknologi bersama ahli panel di Universiti Malaysia Kelantan baru-baru ini.


BENGKEL penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan yang diadakan di Auditorium Universiti Malaysia Kelantan (UMP) baru-baru ini mendapat sambutan dalam kalangan penulis Kelantan.

Bengkel sehari itu sarat dengan ilmu dan petua-petua bernas dalam penghasilan novel yang yang bercorak sains dan teknologi. Bengkel ini dibimbing oleh tokoh sastera iaitu Dr. Saleeh Rahamad, Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar dan Prof Madya Dr. Lim Swee Tin.

Turut serta sebagai panel ialah Pengarah Penerbitan UTM Press, Dr. Kassim Thukiman dan timbalannya, Khalid Mazlan yang bersemangat menggamit penyertaan khalayak penulis merebut peluang berkarya dan menyertai sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi yang yang dimulakan sejak 2009.

Program seumpama ini seharusnya direbut oleh kepimpinan persatuan penulis sebagai aktiviti yang berharga dalam membina ilmu ahli-ahli tanpa perlu menampung sebarang kos kecuali pengangkutan untuk ke UMK.

Paling tidak ganjaran hadiah yang ditawarkan iaitu RM15,000 untuk juara bagi novel fiksyen sains teknologi terbaik, tempat kedua RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000 menjadi penyuntik semangat untuk mencungkil bakat yang ada.

Seperti kata, Mazlan dalam ucapan pembukaan bengkel berkenaan, banyak insentif bakal diperoleh pemenang termasuk cetakan beroyalti sebanyak 3,000 naskhah. Selain itu ada cadangan untuk dijadikan teks Komsas sekolah menengah. Ini menjadi rebutan peminat sastera untuk menyemarakkan fiksyen bercorak sains dan teknologi dalam kesusasteraan tanah air.

"Kalau dahulunya, karya fiksyen sains dan teknologi boleh dihitung dengan jari biarlah kali ini kita sama-sama menjadi pendokong untuk mewarnai dunia kesusasteraan dengan genre moden berasaskan cereka sains tanpa mengabaikan mesej positif kepada khalayak pembaca," katanya.

Dr. Hashim dalam bicaranya mengenai Fiksyen Sains Dan Teknologi Musim Ke-3, Apa Yang Dicari berkata, kriteria pemilihan adalah berkaitan dengan ilmu sains dan teknologi sebagai penggerak plot naratif.

Manakala idealisme dan gagasan pemikiran lebih menjuruskan kepada usaha membentuk jati diri bangsa dan melahirkan masyarakat saintifik yang berinovasi.

Nilai kreativiti karya yang dibangunkan melalui reka cipta yang asli secara luwes dan fasih; nilai bahasanya indah, kreatif, imaginatif dan berkesan. Kuat menunjang temanya, bukan sahaja membawa makna cerita bahkan bahasa itu sendiri dilihat sebagai idea, pemikiran dan ideologi.

Nilai keseimbangan yakni karya terbina secara harmonis antara subjek dengan teknik pengolahan serta mampu menarik minat pembaca adalah taruhan utama setiap sayembara yang dianjurkan.

Beliau berkata, nilai kognitif pula mampu menjana daya penaakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik, mengemukakan pemikiran positif, bervariasi, ganda depan, memancar citra tempatan, nilai akhlak yang menyumbangkan pembinaan sahsiah dan menyanjungi kemurnian adab Timur.

Malah, katanya, nilai keprihatinan yakni karya peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat perlu diselitkan dalam penghasilan karya.

"Karya yang besar lazimnya membawa satu falsafah tentang kehidupan masa depan dengan ideologi tertentu. Ideologi itu dibahaskan dan dinilai kembali sebagai satu saringan ilmu yang diwacanakan.

"Oleh itu, adalah menjadi harapan supaya peserta sayembara tidak hanya memaparkan elemen sains dan teknologi sebagai penggerak naratif tetapi mampu menggerakkan satu idea yang lebih besar terhadap pembangunan manusia khususnya bangsa Malaysia," katanya.

Dr. Ahmad Zaki dalam bicaranya Memfiksyen Sains dan Teknologi berpegang kepada kata kunci bahawa penulis mencipta teknologi tanpa kekangan bahan, masa dan ruang malah mampu berimaginasi menerjah alam futuristik untuk mencipta teknologi.

Justeru, katanya, pengkarya atau penulis juga mampu menzahirkan ilham yang pelbagai dalam bentuk sastera dengan melampaui rakaman fakta dan realiti dan menjadikan hasilnya sebagai wadah fiksyen yang ilmiah unsurnya dan berkesan menyampaikan ilham agung serta mesej yang tersirat.

Menurutnya, ilusi imaginasi adalah kejayaan pengkarya menggunakan elemen seni untuk memanjangkan imaginasi pembaca dan pada masa yang sama pembaca perlu percaya dan yakin spekulatif sains dan teknologi yang diceritakan dalam novel mungkin boleh berlaku secara saintifik dalam persekitaran komuniti mereka.

"Cipta teori atau hukum sains dan teknologi baru untuk dijadikan persoalan menarik dalam novel fiksyen sains dan teknologi boleh digarapkan dengan mewujudkan pertentangan dengan teori asal (anti tesis), mencipta teori yang belum pasti kesahihannya, menukar elemen dalam teori asal, menukar persekitaran atau menerapkan teori asal pada aplikasi yang belum pernah digunakan adalah pendekatan bijak menghasilkan karya fiksyen yang berkualiti.

"Penghasilan karya ini tidak seharusnya bergantung kepada imaginasi tetapi masih perlu berpaut kepada kajian dan penyelidikan, merujuk buku, ensiklopedia dan sebagainya ," ujarnya.

Dr. Ahmad Zaki berkata, contoh perwatakan bagi karya fiksyen sains dan teknologi mungkin boleh diserlahkan seperti protagonis dan antagonis yang membabitkan watak manusia, robot, komputer atau makhluk asing.

Dr. Lim Swee Tin pula dalam bicaranya Menjengah Kekuatan Kkarya Pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Musim Ke-2 berkata, novel adalah rakaman wacana dalam kehidupan. Seawal huruf sehinggalah pengakhirannya novel memerihalkan sebuah pemikiran.

Novel sains dan teknologi, katanya, secara mudah boleh difahami sebagai karya yang menggunakan tema yang bersangkutan dengan bidang sains dan secara relatifnya masih baharu di persada kesusasteraan.

Ini sewajarnya perbanyakkan peneroka dan penggeraknya yakni warga karyawan sendiri serta mereka yang meminatinya.

Beliau turut membicarakan tentang skop kreatif dalam penghasilan novel, kriteria nilai dan kesan karya; kekuatan karya musim pertama, kesepaduan elemen struktur karya, perincian elemen struktur novel, ketelitian sebagai satu teknik penggarapan dan panjang lebar kupasan mengenai novel Equilibria hasil karya Sri Rahayu Mohd. Yusop yang memenangi tempat kedua.

Sementara itu, Dr. Saleeh Rahamad memperkatakan tentang etika, ideologi, nilai dan idealisme, undang-undang, agama, khurafat dan politik dalam bicaranya yang bertajuk Paksi Cereka Sains; Etika, Ideologi dan Nilai.

"Novel yang dicari bukanlah sebuah alam utopia, sebuah dunia antah berantah sehingga menjangkau latar waktu masa depan tetapi cukuplah dengan dunia masa kini yang latarnya yang kita kenali. Yang utama ialah penjelasan sains dalam perkara yang menggerakkan plot dan memadai juga dengan pengetahuan sains yang sedia ada.

"Tujuannya adalah untuk mendekatkan pembaca dengan dunia sains dan mereka dapat memahami misteri dalam alam sains. keghairahan untuk mencari dunia asing dan latar masa depan hanya akan memerangkap teks ke dalam genre fantasi," katanya.

Keseluruhannya bengkel ini adalah ruang awal untuk bertatih sementara sayembara adalah taruhannya. Dengan petua dan laras yang diberikan oleh ahli panel memudahkan peserta menepati kriteria yang diperlukan oleh sayembara ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131215/sa_02/Memasyarakatkan-sains-dan-teknologi#ixzz2qBBMpL2p
© Utusan Melayu (M) Bhd


Selamat Tahun Baru Cina 2014


Kredit: FB CARI



Saturday 11 January 2014

Remis Katok Serai

Seingat aku epupu aku panggil 'resik' tapi caption gambar ni tulis remis. Apa-apa pun namanya, bila dah masak cukup rencahnya, memang sedap dimakan. Rasa masin, pedas dan lemak. Pandai-pandailah buka cengkerang sendiri. Ingat lagi sepupu aku kutip resik di tepi pantai. Siap korek pasir lagi. Pernah terjumpa ibu resik ni. Saiznya lebih besar berbanding resik biasa.


Sumber: FB Negeri Cik Siti Wan Kembang



Cermai

Kecur air liur...Sekarang ni susah sangat nak jumpa buah cermai apatah lagi pokoknya.



Peony In Love

I never finish reading this book although I bought it since 2010. Well, I try to finish it. I will mark it as things to do in 2014 ;)


Title: Peony in Love
Author: Lisa See
Publisher: Random House
Printed Year: 2007
Price: USD$7.99
ISBN: 9780812978858


Synopsis
In seventeenth century, in an elaborate villa on the shores of Hangzhou's west lake, peony lives a sheltered life. One night, during a theatrical performance in her family's garden, Peony catches sight of an elegant, handsome man and is immediately overcome with emotion. so begins Peony's unforgettable journey of love and destiny, desire and sorrow, the living world and the afterworld. eventually expelled from all she's known, Peony is thrust into an existence in which hungry ghosts wander the earth, written words have the power to hurt and kill, and dreams are as vivid as waking life.

Author's Note
The Ming dynasty fell in 144 and the Qing dynasty, led by Manchus, began. For about thirty years, the country was in turmoil. Some women were forced from their homes; others went out by choice. Literally thousands of women became published poets and writers. the lovesick maidens were part of this phenomenon. The works of more than twenty of them have survived today. 
I have followed the traditional Chinese style for rendering dates. Emperor Kangxi reigned from 1662 to 1722. Tang Xianzu's opera The Peony Pavilion was first produced and then published in 1598. Chen Tong (Peony in this novel) was born ca. 1649, Tan Ze ca. 1656, and Qian Yi ca. 1671. In 1694, the Three Wives' Commentary became the first book of its kind to be written and published by women anywhere in the world.

Praise
"A complex period tapestry inscribed with the age-old tragedy of love and death." - The New York Times Book Review

About the Author
Lisa see is the author of The New York times bestselling novel Snow Flower and the Secret Fan, Flower Net (and Edgar Edward nominee), The Interior, and Dragon Bones, as well as the widely acclaimed memoir On Gold Mountain. the Organization of Chinese American women named her the 2001 National woman of the Year. She lives in Los Angeles. Visit the author at www.lisasee.com.

Lisa See (picture credit: her website)





Amazing Benefits Of Bananas


Credit: FB Avon Malaysia

Friday 10 January 2014

Majalah - Beli di kedai buku atau melanggan?

Aku lebih suka beli majalah di kedai buku. Dulu majalah jadi peneman aku dalam LRT. Seku sentiasa singgah beli majalah kesukaan selpas balik kerja. Rasa lebih seronok belek-belek majalah daripada tunggu majalah sampai ke pintu rumah setiap bulan.

Begitu juga bila beli buku. Rasa lebih thrill bila cari di kedai lebih-lebih lagi buku yang payah nak dapat. Sanggup berjalan dari kedai buku ke kedai buku yang lain. Sungguh thrill bila belek dan cari buku satu persatu, dari rak atas hingga rak bawah dan dari rak kanan hingga ke rak kiri. Rasa berdebar-debar, boleh tak jumpa buku yang dihajati. Debu-debu melekat di jari, kuku jadi hitam sebab asyik sangat belek buku. Bila dapat buku yang diidam-idamkan, rasa nak melompat-lompat kegembiraan di situ juga. Inilah nikmat sebenar!


Human Papillomavirus - HPV


Human Papillomavirus - A virus called Human Papillomavirus (HPV) can cause changes in the cervix that may lead to cervical cancer. 

Here are some facts about this HPV:
• Scientists have linked nearly all cases of cervical cancer to HPV.
• HPV is a sexually transmitted infection, caught by having sexual contact with someone who has it.
• Most sexually active women will be infected with HPV at some point because it is very common.
• The types of HPV that cause cervical cancer have no symptoms.
• Usually the virus does not cause any problems and clears up on its own.
• However, if it persists it can cause changes in the cells of the cervix. These changes may lead to cancer if left untreated.
• HPV itself does not show up in cervical screening and cannot be treated.
• Instead, cervical screening detects early cell changes in the cervix that are caused by HPV. Treating these cells prevents cancer from developing.

Credit: FB MAKNA (Majlis Kanser Nasional)- Official Page  www.facebook.com/maknacancer

Majalah Jelita Dalam Talian

Jom ikuti majalah Jelita secara dalam talian http://majalahjelita.my/


The Saint - The Fiction Makers

Setelah seminggu memerah otak mengingatkan apa tajuk filem ni, baru tau rupa-rupanya inilah The Saint - The Fiction Makers. Mula-mulanya aku terperasan filem lama ni ditayangkan di TV2 untuk slot Sunday Midnight Movie tapi aku tak sempat tengok sebab dah tengah malam sangat. Berkira-kira nak tengok kat Youtube tapi lepas tu aku lupa tajuknya. Berbekalkan kata kunci the saint the writer, adoi....payahnya nak jumpa. Aku cuma ingat sinopsisnya tentang seorang penulis buku genre penyiasatan dan aksi guna nama pena lelaki sedangkan dirinya adalah seorang perempuan.

Selama ni aku cuma tahu filem The Saint yang dilakonkan oleh Val Kilmer. Tak sangka asalnya The Saint ini merupakan drama bersiri.

The Saint - The Fiction Makers trailer



Thursday 9 January 2014

Wear Bra The Correct Way

It is important to know the correct way to wear your bra so that not only you feel comfortable in wearing them but it supports your breast correctly.


Credit: FB Avon Malaysia


Rak Khas ITBM @Mid Valley


Mari membaca! 

Kredit gambar: FB ITBM

Hot Magazine Calendar 2014


It looks nice but I'm not sure whether to grab it or not. Meaning that I have to buy Hot magazine. I already have four calendars.

Oh Sudan! Ayah Saya Hero

Aku terjumpa buku yang sangat menarik ni semasa di sebuah kedai buku minggu lepas. Ingatkan buku baru terbit rupa-rupanya dah keluar semenjak 2011. Tak sangka ada penulis dari Malaysia yang tulis mengenai pengembaraan seorang remaja dan bapanya ke Sudan. Segalanya dicatat dengan penuh terpeinci bermula dari persiapan di Malaysia. Senarai apa yang perlu dibuat selain beli tiket kapal terbang dan tempah hotel. Persediaan dari segi kesihatan sangat penting iaitu suntikan imunisasi sebab Sudan ni negara dunia ketiga. Pengalaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dalam kapal terbang hinggalah jejak kaki ke Sudan. Semuanya terperinci.

Boleh aku teka penulisnya pernah bekerja dengan Petronas? Aku sendiri pun merindui Sudan dan Sungai Nil serta sayur yang rasanya pahit tapi aku lupa namanya.




Judul Buku: Oh Sudan! Ayah Saya Hero
Penulis: Imran Yusof
ISBN-13: 978-967-369-095-4 
Tarikh Terbit: 10 Jul 2011
Harga: RM14.50


Sinopsis:

Mengisahkan Zaid seorang remaja lelaki berumur 15 tahun berpeluang mengikut ayahnya, Encik Mustafa, yang bertugas dengan sebuah agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa, untuk pergi ke Sudan. Semasa di Sudan dia berkenalan dengan seorang remaja Sudan, Mahdi, yang ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Omdurman, Khartoum, Sudan. Beliau mendengar kisah kesengsaraan penduduk Darfur yang menghadapi perang saudara. Ayah Zaid, Encik Mustafa, keluar untuk satu trip ke Darfur, tetapi tidak pulang-pulang walau pun setelah tempuh beliau berada di Darfur sepatutnya sudah tamat. Sebelum dibawa pulang oleh pihak kedutaan Malaysia, Zaid menemui buku catatan ayahnya yang menceritakan beberapa catatan perjalanan beliau di Sudan. Apakah yang telah berlaku kepada ayah Zaid? Adakah Zaid akan menemui rahsia mengapa ayahnya hilang dalam catatan itu? Atau Zaid tidak akan bertemu semula dengan ayahnya buat selama-lamanya?

Sumber: Laman web PTS

Blog French Essence - Vicki Archer


Sumber Inspirasi dan Rujukan


Kalendar & Diari 2014


Kalendar - Marie Claire dan Her World
Diari - Cleo

Majalah - Januari 2014

Aku suka sangat baca majalah sebab tak seperti baca buku, aku suka belek-belek majalah dulu, tengok gambar dan tengok topik yang diutarakan. Selalu juga mula baca majalah dari belakang sebab selalunya di muka surat belakang hanya ada artikel satu muka surat (selalunya editor atau mereka yang senior membebel kat sini - baca: berkongsi pengalaman) atau pun kompilasi do or don't. Aku sendiri pun lebih suka majalah berkaitan wanita dan kecantikan. Boleh juga masuk peraduan dan untung-untung menang produk baru di pasaran. Jimat belanja. Selalunya tiap-tiap bulan aku akan beli majalah Her World, InTrend, Lisa dan The Malaysian Women's Weekly. Lain-lain majalah aku akan pertimbangkan untuk beli kalau disertakan bersama kalender, sampel produk, booklet atau pun freebies yang menarik.