Ads

Showing posts with label Berita - News. Show all posts
Showing posts with label Berita - News. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

Penulis muda ungguli HSPM 2013

Kredit: Laman web Berita Harian http://www.bharian.com.my/node/18886?ds1

JUMAAT, 21 NOVEMBER 2014 @ 10:25 PM
Oleh Mohd Hamizar Hamid Dan Siti Haliza Yusop


TAN Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan hadiah kepada Sri Rahayu Mohd Yusop yang mengungguli Kategori A (Buku) bagi genre Novel pada Majlis Penyampaian HSPM 2013 di Kuala Lumpur malam ini. - Foto Yazit Razali


KUALA LUMPUR : Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 yang diumumkan malam ini menyaksikan kebangkitan penulis muda apabila mereka mengungguli hadiah utama dalam acara yang memberi pengiktirafan kepada karya sastera kebangsaan dalam pelbagai genre itu.


Qalam Kalbu karya Sri Rahayu Mohd Yusop yang mengetengahkan tema kasih terhadap ibu dan khazanah warisan Melayu, mengungguli Kategori A (Buku) bagi genre Novel, mengalahkan enam karya lain yang bersaing dalam peringkat akhir bagi kategori sama.

Kemenangan itu membolehkan Sri Rahayu menerima hadiah bernilai RM10,000 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Majlis Penyampaian HSPM 2013 di Hotel Pullman, di sini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr Madinah Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar; Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan; Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno dan Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar.


TAN Sri Muhyiddin Yassin bergambar bersama pemenang pada Majlis Penyampaian HSPM 2013 di Kuala Lumpur malam ini. - Foto Yazit Razali


Antara penulis muda lain yang turut memenangi HSPM 2013 ialah Rebecca Ilham untuk Kategori A bagi genre Kumpulan Cerpen melalui Hujan Hujung Januari; Roslan Jomel untuk Kategori B bagi genre Cerpen Eceran (Kasut); dan Ariff Mohammad dan Ainunl Muaiyanah Sulaiman untuk Kategori C iaitu Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja masing-masing melalui E-Mel Dari Shinjuku dan Sepetang di Kafe Biblioholic.

Penilaian dibuat berdasarkan tiga kategori iaitu buku atau kumpulan karya perseorangan sebagai kategori A yang membolehkan pemenang menerima hadiah bernilai RM10,000; karya eceran bagi kategori B (RM2,000) dan buku sastera kanak-kanak serta remaja bagi Kategori C (RM5,000)

Tiga lagi penerima Kategori A yang turut membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 ialah Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan bagi genre Kumpulan Puisi melalui Tercipta dari Tanya; Prof Dr Hatta Azad Khan bagi genre Kumpulan Esei/Kritikan (Teater, Filem dan Pengurusan Seni) dan Amir Hassan bagi genre Biografi/Autobiografi (Memoir Hasrat Menyala).





Sunday, 12 January 2014

Memasyarakatkan Sains dan Teknologi

ARKIB : 15/12/2013
Oleh TOREK SULONG
Sebahagian daripada peserta Bengkel Fiksyen Sains dan Teknologi bersama ahli panel di Universiti Malaysia Kelantan baru-baru ini.


BENGKEL penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan yang diadakan di Auditorium Universiti Malaysia Kelantan (UMP) baru-baru ini mendapat sambutan dalam kalangan penulis Kelantan.

Bengkel sehari itu sarat dengan ilmu dan petua-petua bernas dalam penghasilan novel yang yang bercorak sains dan teknologi. Bengkel ini dibimbing oleh tokoh sastera iaitu Dr. Saleeh Rahamad, Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar dan Prof Madya Dr. Lim Swee Tin.

Turut serta sebagai panel ialah Pengarah Penerbitan UTM Press, Dr. Kassim Thukiman dan timbalannya, Khalid Mazlan yang bersemangat menggamit penyertaan khalayak penulis merebut peluang berkarya dan menyertai sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi yang yang dimulakan sejak 2009.

Program seumpama ini seharusnya direbut oleh kepimpinan persatuan penulis sebagai aktiviti yang berharga dalam membina ilmu ahli-ahli tanpa perlu menampung sebarang kos kecuali pengangkutan untuk ke UMK.

Paling tidak ganjaran hadiah yang ditawarkan iaitu RM15,000 untuk juara bagi novel fiksyen sains teknologi terbaik, tempat kedua RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000 menjadi penyuntik semangat untuk mencungkil bakat yang ada.

Seperti kata, Mazlan dalam ucapan pembukaan bengkel berkenaan, banyak insentif bakal diperoleh pemenang termasuk cetakan beroyalti sebanyak 3,000 naskhah. Selain itu ada cadangan untuk dijadikan teks Komsas sekolah menengah. Ini menjadi rebutan peminat sastera untuk menyemarakkan fiksyen bercorak sains dan teknologi dalam kesusasteraan tanah air.

"Kalau dahulunya, karya fiksyen sains dan teknologi boleh dihitung dengan jari biarlah kali ini kita sama-sama menjadi pendokong untuk mewarnai dunia kesusasteraan dengan genre moden berasaskan cereka sains tanpa mengabaikan mesej positif kepada khalayak pembaca," katanya.

Dr. Hashim dalam bicaranya mengenai Fiksyen Sains Dan Teknologi Musim Ke-3, Apa Yang Dicari berkata, kriteria pemilihan adalah berkaitan dengan ilmu sains dan teknologi sebagai penggerak plot naratif.

Manakala idealisme dan gagasan pemikiran lebih menjuruskan kepada usaha membentuk jati diri bangsa dan melahirkan masyarakat saintifik yang berinovasi.

Nilai kreativiti karya yang dibangunkan melalui reka cipta yang asli secara luwes dan fasih; nilai bahasanya indah, kreatif, imaginatif dan berkesan. Kuat menunjang temanya, bukan sahaja membawa makna cerita bahkan bahasa itu sendiri dilihat sebagai idea, pemikiran dan ideologi.

Nilai keseimbangan yakni karya terbina secara harmonis antara subjek dengan teknik pengolahan serta mampu menarik minat pembaca adalah taruhan utama setiap sayembara yang dianjurkan.

Beliau berkata, nilai kognitif pula mampu menjana daya penaakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik, mengemukakan pemikiran positif, bervariasi, ganda depan, memancar citra tempatan, nilai akhlak yang menyumbangkan pembinaan sahsiah dan menyanjungi kemurnian adab Timur.

Malah, katanya, nilai keprihatinan yakni karya peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat perlu diselitkan dalam penghasilan karya.

"Karya yang besar lazimnya membawa satu falsafah tentang kehidupan masa depan dengan ideologi tertentu. Ideologi itu dibahaskan dan dinilai kembali sebagai satu saringan ilmu yang diwacanakan.

"Oleh itu, adalah menjadi harapan supaya peserta sayembara tidak hanya memaparkan elemen sains dan teknologi sebagai penggerak naratif tetapi mampu menggerakkan satu idea yang lebih besar terhadap pembangunan manusia khususnya bangsa Malaysia," katanya.

Dr. Ahmad Zaki dalam bicaranya Memfiksyen Sains dan Teknologi berpegang kepada kata kunci bahawa penulis mencipta teknologi tanpa kekangan bahan, masa dan ruang malah mampu berimaginasi menerjah alam futuristik untuk mencipta teknologi.

Justeru, katanya, pengkarya atau penulis juga mampu menzahirkan ilham yang pelbagai dalam bentuk sastera dengan melampaui rakaman fakta dan realiti dan menjadikan hasilnya sebagai wadah fiksyen yang ilmiah unsurnya dan berkesan menyampaikan ilham agung serta mesej yang tersirat.

Menurutnya, ilusi imaginasi adalah kejayaan pengkarya menggunakan elemen seni untuk memanjangkan imaginasi pembaca dan pada masa yang sama pembaca perlu percaya dan yakin spekulatif sains dan teknologi yang diceritakan dalam novel mungkin boleh berlaku secara saintifik dalam persekitaran komuniti mereka.

"Cipta teori atau hukum sains dan teknologi baru untuk dijadikan persoalan menarik dalam novel fiksyen sains dan teknologi boleh digarapkan dengan mewujudkan pertentangan dengan teori asal (anti tesis), mencipta teori yang belum pasti kesahihannya, menukar elemen dalam teori asal, menukar persekitaran atau menerapkan teori asal pada aplikasi yang belum pernah digunakan adalah pendekatan bijak menghasilkan karya fiksyen yang berkualiti.

"Penghasilan karya ini tidak seharusnya bergantung kepada imaginasi tetapi masih perlu berpaut kepada kajian dan penyelidikan, merujuk buku, ensiklopedia dan sebagainya ," ujarnya.

Dr. Ahmad Zaki berkata, contoh perwatakan bagi karya fiksyen sains dan teknologi mungkin boleh diserlahkan seperti protagonis dan antagonis yang membabitkan watak manusia, robot, komputer atau makhluk asing.

Dr. Lim Swee Tin pula dalam bicaranya Menjengah Kekuatan Kkarya Pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Musim Ke-2 berkata, novel adalah rakaman wacana dalam kehidupan. Seawal huruf sehinggalah pengakhirannya novel memerihalkan sebuah pemikiran.

Novel sains dan teknologi, katanya, secara mudah boleh difahami sebagai karya yang menggunakan tema yang bersangkutan dengan bidang sains dan secara relatifnya masih baharu di persada kesusasteraan.

Ini sewajarnya perbanyakkan peneroka dan penggeraknya yakni warga karyawan sendiri serta mereka yang meminatinya.

Beliau turut membicarakan tentang skop kreatif dalam penghasilan novel, kriteria nilai dan kesan karya; kekuatan karya musim pertama, kesepaduan elemen struktur karya, perincian elemen struktur novel, ketelitian sebagai satu teknik penggarapan dan panjang lebar kupasan mengenai novel Equilibria hasil karya Sri Rahayu Mohd. Yusop yang memenangi tempat kedua.

Sementara itu, Dr. Saleeh Rahamad memperkatakan tentang etika, ideologi, nilai dan idealisme, undang-undang, agama, khurafat dan politik dalam bicaranya yang bertajuk Paksi Cereka Sains; Etika, Ideologi dan Nilai.

"Novel yang dicari bukanlah sebuah alam utopia, sebuah dunia antah berantah sehingga menjangkau latar waktu masa depan tetapi cukuplah dengan dunia masa kini yang latarnya yang kita kenali. Yang utama ialah penjelasan sains dalam perkara yang menggerakkan plot dan memadai juga dengan pengetahuan sains yang sedia ada.

"Tujuannya adalah untuk mendekatkan pembaca dengan dunia sains dan mereka dapat memahami misteri dalam alam sains. keghairahan untuk mencari dunia asing dan latar masa depan hanya akan memerangkap teks ke dalam genre fantasi," katanya.

Keseluruhannya bengkel ini adalah ruang awal untuk bertatih sementara sayembara adalah taruhannya. Dengan petua dan laras yang diberikan oleh ahli panel memudahkan peserta menepati kriteria yang diperlukan oleh sayembara ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131215/sa_02/Memasyarakatkan-sains-dan-teknologi#ixzz2qBBMpL2p
© Utusan Melayu (M) Bhd


Tuesday, 24 January 2012

Kajian arkeologi buktikan Hang Tuah wujud - Pakar


20/01/2012 5:01pm

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pakar arkeologi hari ini mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama ‘Hang’ memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan ‘Hang’ ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi,” kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Beliau berkata, meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendapat ahli sejarah, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.

Beliau berkata, tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15. - BERNAMA

‘It’s okay if Hang Tuah did not exist’ - NO NO NO!!!!!

Credit: It's OK but NOT OK


PETALING JAYA: Academics and historians are taking it in their stride a claim that Malay warrior Hang Tuah did not exist. They said this clam is not going to affect Malay literature.

National Writers Association (Pena) president Mohamad Saleeh Rahamad said that the story of Hang Tuah mirrors the social conditions of Malacca in that era.

“That era needed a hero to celebrate the Malay warrior spirit against the colonial masters (the Portuguese) and the story fits the bill,” said Saleeh, who is also a lecturer at the Media Studies Department in Universiti Malaya.

“The Malay warrior spirit as exemplified by Hang Tuah character is vital, not the character himself,” he said.

Saleeh said this in reaction to FMT’s report yesterday that quoted Professor Khoo Kay Kim as saying that Malay warriors Hang Tuah and four others along with princess Hang Li Po did not exist as there are no mention of them in the Ming Dynasty records.

He added: “The mindset of the author (Tun Sri Lanang) is great as he is able to create a heroic world of that era.”

Gapena chairman Professor Abdul Latiff Bakar, meanwhile, disagreed over the notion that Hang Tuah did not exist “It does not mean that Hang Tuah did not exist.”“He existed in the Malay historical source, not the Arab or Chinese historical source,” Latiff said, adding that Hang Tuah’s village existed in Duyung.

Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam urged Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka – a Malacca-based history research centre – to gather books on well-known characters during the Malaccan Malay sultanate era.



“A lot of books on the early history of Malaccan sultanate have to be gathered including on its founder, Parameswara, state chief Tun Perak, Princess Hang Li Po and admiral Cheng Ho ,” Ali said at a seminar in Malacca yesterday.

‘Hang Li Po, Hang Tuah did not exist’ - The Neverending Polemic

Credit: Hang Li Po. Hang Tuah

Published on January 16th, 2012


PETALING JAYA: According to history, Chinese Princess Hang Li Po was the fifth wife of Malaccan Sultan Mansur Shah who reigned from 1456-1477.

During this period, there was also the legend of the Sultan’s five famous warriors, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir and Hang Lekiu. It is a tale of friendship and loyalty, which every Malaysian had heard.

However, renowned historian Prof Khoo Kay Kim told radio station BFM this morning that Hang Li Po and the five warriors never existed.

Speaking to FMT later, he explained: “The Chinese Ming dynasty of the 16th century does not have records on them. These are very well preserved records.”

The KDU college chancellor also said he had read the writings of two Western historians and another prominent historian Wang Gung Wu on the Ming records which did not mention the characters either.

“History must be based on empirical records. Historians must only accept written records,” he said, adding that empirical records available here were at best “skanky”.

“There is no evidence in the Malaysian records,” he said. “These are stories. Early Malaysian history is based on stories.”

“We have had many stories. Only recently historians have taken the trouble to research the early Malaysian history period. A lot of stories accepted in the past cannot be proven,” he added.

Khoo also told FMT that there are rumours that the Malacca kingdom was founded in 1292 even though there were records to prove that it was formed in the 15th century.

He added that the government had instructed the syllabus committee to go through the school history syllabus to rectify the errors.

The syllabus, said Khoo, would be introduced in the year 2014.

Melayu Proto nenek moyang populasi manusia

Kredit: Melayu Proto

Oleh Mohd Farhan Darwis January 20, 2012


KUALA LUMPUR, 20 Jan - Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman yang menjelaskan di dalam tayangan video bagaimana penduduk di Benua Sunda terselamat daripada letusan gunung berapi Toba, kira-kira 75,000 tahun lalu.

Menurut Zaharah, sekumpulan 10,000 yang terselamat daripada letusan terbabit berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia Tenggara)

"Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan yang Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi.

"Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan manusia moden hari ini," menurut video tersebut.

Kumpulan itu bagaimanapun, terpaksa berpindah daripada India, China, Jepun, dan Amerika Syarikat ekoran daripada pemanasan global pada 25,000 tahun lalu yang menyebabkan banjir besar yang merubah Benua Sunda menjadi kepulauan-kepualau, kecil.

Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau "express train" yang menyatakan mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan.

Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara.

Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina.

Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan  Orang Asli lain termasuk Melayu, ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi.

Sementara 36 peratus lagi menunjukkan moyang mereka menetap di kawasan tersebut sejak 5,000 ke 25,000 tahun, manakala hanya sejumlah 6 peratus mempunyai susur galur Taiwan yang berpindah ke sini sejak  5,000 tahun lalu.

Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang disebarkan dari Indonesia ke seluruh dunia.

Kenyataan berkenaan turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Saintis Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.

Menurut Zafarina, kajiannya menunjukkan DNA yang diambil daripada kumpulan yang hidup di kawasan yang sama mempunyai keturunan Melayu asli sekurang-kurangnya untuk tiga generasi.

"Sekiranya dia seorang lelaki daripada Machang, Kelantan dia boleh mengesan keturunannya untuk tiga generasi, dan sekiranya dia berasa was-was, kita asingkan," katanya.

Tambahnya, dia berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengeluarkan geran sebanyak RM1.4 juta untuk tujuan kajian tersebut, yang membuktikan masyarakat Melayu merupakan kominiti tertua di rantau ini.

Menurutnya, pencarian "Melayu berasal daripada Tanah Melayu" akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu akan berasa bangga menjadi Melayu.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Thursday, 5 January 2012

10 jenama tersohor bakal hilang


ARKIB : 04/01/2012

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Rangkaian restoran makanan segera, A&W milik Yum! sebuah syarikat gergasi berpangkalan di Amerika Syarikat, merupakan antara jenama paling berpengaruh yang bakal hilang daripada pasaran dunia tahun ini.

Kajian yang dilakukan oleh 24/7 Wall Street. com menyenaraikan A&W merupakan antara 10 jenama yang bakal hilang pada tahun ini bersama-sama jenama-jenama tersohor lain yang turut disenaraikan di Bursa Saham New York.

Jenama-jenama lain ialah Sears, Sony Pictures, American Apparel, Nokia, Saab, Soap Opera Digest, Sony Ericsson, MySpace dan Kellogg's Corn Pops.

Yum! yang turut menguasai kepentingan KFC, telah bertekad untuk menjual A&W sejak Januari tahun lalu, tetapi tiada pembeli atau pihak berminat untuk memiliki jenama rangkaian makanan segera itu. Rangkaian makanan segera itu diasaskan pada tahun 1919 telah berkembang pada kadar yang amat pantas. Selepas peperangan dunia kedua, 450 francais telah dibuka dan ia merupakan pengasas kepada kaedah jualan secara pandu lalu.

A&W memulakan jualan minumannya dalam versi tin pada tahun 1971, yang kini dimiliki oleh Dr. Pepper/Snapple.

Berdasarkan perkiraan semasa, perniagaan restoran A&W adalah terlalu kecil dan tidak berdaya maju kerana mempunyai 322 cawangan di Amerika Syarikat (AS) dan 317 cawangan di luar AS sehingga akhir tahun lalu di mana kesemuanya dikendalikan secara francais termasuk yang dimiliki KUB Malaysia Bhd. (KUB).

Bagaimanapun, KUB ketika dihubungi berkata, sekiranya benar jenama itu bakal hilang dari pasaran dunia, ia tidak memberi kesan secara langsung kepada pemegang hak itu di Malaysia.

Sebagai perbandingan, Yum! yang turut memiliki KFC, mempunyai 5,055 cawangan di AS dan 11,798 cawangan di serata dunia, malah dua jenama rangkaian makanan segera terbesar lain turut memiliki cawangan yang banyak.

Subway, yang terkenal dengan rangkaian sandwich memiliki 35,000 lokasi di seluruh dunia dan juga McDonald's yang hampir memiliki jumlah yang sama.

Berdasarkan perkiraan yang ada, A&W tidak memiliki keupayaan untuk memasarkan jenama tersebut berbanding pesaingnya yang sudah lama bertapak, begitu juga mengatasi jenama-jenama baru lain seperti Burger King.

Berikutan kekangan itu, A&W juga tidak berupaya untuk mengendalikan pembelian makanan secara pukal, logistik dan pengangkutan berbanding pesaing-pesaing yang beberapa kali ganda besarnya.

Menurut 24/7 Wall Street. com, 10 jenama yang akan hilang itu dikaji menerusi beberapa pendekatan yang diambil di dalam memutuskan jenama mana yang akan hilang dari pasaran.

Kriteria utama yang diambil bagi menentukan kehilangan jenama itu adalah kejatuhan mendadak di dalam jualan selain mengalami kerugian yang besar.

Turut menyumbang kepada faktor kehilangan tersebut adalah pendedahan syarikat induk bahawa jenama itu mungkin mencari jalan keluar dari perniagaan asal dan kenaikan mendadak kos yang secara tidak langsung menyumbang kepada kenaikan harga.

Selain itu, 24/7 Wall Street turut menyenaraikan beberapa kriteria lain yang menyumbang kepada kehilangan jenama tersebut di pasaran seperti syarikat-syarikat yang akan dijual, syarikat-syarikat yang jatuh bangkrap, firma yang kehilangan majoriti besar para pelanggannya atau syarikat yang beroperasi dengan kejatuhan pasaran saham.

"Jika 10 jenama yang disenaraikan termasuk di dalam masalah-masalah yang disenaraikan itu, kebarangkalian atau satu persepuluh pasti akan hilang berdasarkan dari kajian kami dalam tempoh 18 bulan," kata laman web itu.

Thursday, 4 August 2011

Eksklusif: Melayu Kelantan 60,000 tahun

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_MelayuKelantan60_000tahun/Article

Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/08/04

Kajian USM dapati sub-etnik penduduk paling asal di Semenanjung

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.

Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.

Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka.
 

Dawama tarik balik arahan cuti, setuju bayar gaji minimum 12 hari

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dawama-tarik-balik-arahan-cuti-setuju-bayar-gaji-minimum-12-hari/

TERKINI @ 10:06:56 PM 03-08-2011

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Kementerian Sumber Manusia memberi jaminan kepada sekitar 400 pekerja Dawama Sdn Bhd bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.
Menterinya Datuk Dr S Subramaniam berkata tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Wakil kesatuan telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja di Putrajaya semalam. Tengah hari tadi mereka mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menyifatkan tindakan Dawama sebagai tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang buruh dan wajar diberi kerja selama 12 hari dalam sebulan.

Oleh itu kata menteri, Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, kata Dr Subramaniam dipetik Bernama Online selepas mesyuarat pasca-Kabinet di Putrajaya hari ini.

Kata beliau surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik.

“Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka,” kata beliau.

Katanya, “dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP.”

Wakil Dawama tidak hadir dalam pertemuan semalam itu, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Zainal Awit kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada sekitar 400 pekerjanya berkuat kuasa kelmarin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan yang didakwa berpunca daripada kemungkiran di bawah konsesi 2002 dengan DBP.
Konsesi itu hanya akan berakhir pada 2014.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.

“Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa,” katanya.
Dalam kenyataannya, Zainal berkata Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja mendapati tindakan Dawama adalah salah dan tidak boleh membiarkan pekerja bercuti tanpa gaji buat selama-lamanya.


“Jabatan berpendapat majikan mesti beri hari kerja berbayar minimum 12 hari,” katanya.
Dalam pertemuan hari ini dengan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, Zainal berkata beliau telah memberi jaminan akan membawa isu mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kami meminta kerajaan menyelesaikan masalah ini memandangkan kami merupakan bekas kakitangan awam dan diberi peluang menyertai penswastaan fungsi DBP.

“jadi kerajaan mesti menyelesaikan masalah kami. Itu janji mereka dulu bahawa jika ada masalah, ia akan diselesaikan,” kata beliau yang turut berharap kerajaan akan membantu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pencen bagi mereka yang sudah menghampiri usia persaraan.

Godam: ‘Kemelut DBP-Dawama, siapa mangsa?’

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Godam___8216_KemelutDBP-Dawama_siapamangsa___8217_/Article

Bersama Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my
2011/08/04


KEMELUT yang melanda DBP dan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP yang dikenali sebagai Dawama selepas penswastaannya pada 19 Jun 2002 dengan persetujuan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) panas sehingga ke hari ini.

Yang lebih menjadi mangsa dalam krisis DBP-Dawama ialah 400 pekerja Dawama yang asalnya pekerja DBP di Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP yang diberi pilihan sama ada bersara atau meneruskan perkhidmatan dengan bernaung di bawah Dawama.
Pekerja dengan kemahiran teknikal yang enggan bersara ketika itu, meneruskan perkhidmatan di Dawama kerana tidak dapat diserapkan dalam DBP ekoran tiada bidang berkaitan yang sesuai dengan kemahiran mereka. Sudah pasti mereka tidak pernah menyangka perkara malang diberi notis bercuti tanpa gaji menjelang Aidilfitri akan menimpa mereka, meskipun gaji mereka saban bulan kerap dibayar lewat sehingga termakan bulan berikutnya.

Khabarnya Dawama sedang mengumpul maklumat untuk menyaman DBP, manakala badan berkanun terbabit juga bercadang mengambil langkah serupa selepas beberapa kali syarikat terbabit gagal memastikan semua terbitan DBP diterbitkan mengikut jadual.
Penulis diberitahu, DBP saban tahun terpaksa membayar saman kepada Kementerian Pelajaran apabila lewat mengedarkan buku teks sekolah ekoran kelembapan Dawama dalam memastikan ia diterbitkan dan diedarkan mengikut jadual.

Kemelut itu memaksa Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abd Aziz, turun padang pada 2010 iaitu tahun kedua perkhidmatannya di DBP, dengan memantau sendiri penerbitan dan pengedaran buku teks sekolah bagi memastikan DBP terselamat daripada membayar denda RM2 juta setiap tahun.
Kelemahan penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP hakikatnya boleh ‘dihidu’ sebelum pelaksanaannya dengan hanya melihat kepada nisbah agihan perkongsian perniagaan yang dipersetujui.

Bagaimana EPU boleh meluluskan cadangan penswastaan dengan nisbah agihan perkongsian perniagaan tidak masuk akal iaitu 80:20 (Dawama-DBP) untuk judul umum, manakala buku teks 70:30 (Dawama-DBP)?

Berdasarkan kepada nisbah agihan perkongsian perniagaan itu, dapat disimpulkan orang yang tidak pandai berniaga pun akan nampak kelemahan daripada cadangan terbabit, apalagi segala beban editorial dan royalti pengarang ditanggung sepenuhnya oleh DBP sebelum buku masuk di pasaran.

Bagaimana perniagaan sedemikian lumayan kepada penerima konsesi boleh berkesudahan begitu, macam orang berniaga buluh kasap, hujung tahu pangkal lesap, sehingga modal pusingan untuk mencetak buku dan majalah boleh sangkut!

Penulis diberitahu kepimpinan Kesatuan Sekerja DBP yang lama pernah mengemukakan memorandum kepada Lembaga Pengelola DBP pada 2005 agar mengkaji semula penswastaan terbabit, selepas DBP mengalami kerugian RM20 juta setahun, tetapi tiada tindakan diambil.

Kesatuan Sekerja DBP sekali lagi menghantar memorandum pada 2006 dengan tuntutan serupa dan Jawatankuasa Siasatan dibentuk bagi mengkaji semula penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP, meskipun diberi perhatian, tetapi tergendala selepas pertukaran pucuk pimpinan.

Dalam kes DBP-Dawama ini dapat dilihat betapa pentingnya setiap individu baik di DBP, Dawama, hatta kakitangan yang mengkaji cadangan penswastaan Bahagian Percetakan dan Pemasaran DBP dulu dan Lembaga Pengelola DBP yang diserahkan memorandum dulu, perlu berlaku amanah.

Dengan berlaku amanah tentunya insiden kegagalan menerbitkan 10 majalah DBP terbitan Julai, kemelut enam juta naskhah buku teks sekolah rendah 2012 nyaris gagal terbit tidak akan berlaku dan 400 kakitangan Dawama tidak akan menjadi mangsa!

Sesungguhnya apa yang terjadi ini bukan saja mencalar citra DBP selaku badan yang diamanahkan memartabatkan bahasa dan sastera negara, tetapi juga imej Dawama sebagai badan perniagaan dan tidak ketinggalan, ‘peribadi’ EPU turut tergores teruk.
Sesungguhnya kemelut yang didedahkan ini wajar dijadikan pengajaran dan wajib dijadikan bahan bermuhasabah diri, baik mereka yang berkhidmat di syarikat apalagi mereka yang memegang amanah rakyat kerana tanpa sokongan mereka melalui potongan cukai pendapatan saban tahun, tidak mungkin masing-masing dapat memegang jawatan!

Wednesday, 3 August 2011

Dawama tidak sepatutnya rugi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
KUALA LUMPUR - Masalah kewangan yang dihadapi Dawama Sdn. Bhd., syarikat konsesi yang diberi tugas mencetak dan mengedarkan buku serta majalah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menimbulkan kesangsian banyak pihak termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Dalam laman twitternya semalam, Ka Siong menyatakan, adalah mustahil Dawama rugi sedangkan jualan buku teks sekolah menerusi kontrak Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin.

Katanya, Dawama harus bertanggungjawab ke atas segala masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan hampir 380 pekerjanya terpaksa diberi cuti tanpa gaji sejak kelmarin.

"Kementerian membayar beberapa ratus juta ringgit kepada Dawama sejak tujuh tahun lepas, sampai sekarang kita tidak berhutang sesen pun dengan mereka.

"Kita tidak tahu siapa yang sepatutnya dipersalahkan.'' kata Ka Siong semalam.

Kemelut Dawama bukti penswastaan BN gagal

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4677-kemelut-dawama-bukti-penswastaan-bn-gagal
Oleh: Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Tindakan Dawama Sdn Bhd memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerjanya ekoran masalah kewangan membuktikan projek penswastaan kerajaan BN menemui kegagalan.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam notisnya kepada pekerja minggu lalu mendakwa tindakan itu diambil kerana pertikaian dengan DBP, agensi di bawah Kementerian Pelajaran.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengecam tindakan Dawama itu berkata, kerajaan harus mengkaji semula projek penswastaan dan menghentikan penswastaan yang melanggar prinsip perniagaan.

"Banyak projek penswastaan yang diterajui oleh kerajaan pusat menemui kegagalan dan ini (Dawama) salah satu contoh penswastaan yang tidak mematuhi prinsip perniagaan yang akhirnya akan membebankan pekerja.

"Projek penswastaan harus dihentikan dan dikaji semula kerana sewajarnya ia memberikan perkhidmatan yang lebih baik, menjamin kebajikan pekerja, mengangkat taraf sosio ekonomi, tapi apa yang berlaku projek penswastaan hanya menguntungkan kroni kerajaan tapi pekerja dinafikan hak mereka," kata beliau kepada pemberita di hadapan ibu pejabat Dawama, Hulu Klang selepas menemui pekerja Dawama yang diarah bercuti berkuat kuasa semalam.

Beliau juga berkata, sekiranya kemelut ini tidak selesai dalam masa terdekat, Pakatan Rakyat akan membawa isu ini ke sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

"Saya akna meneliti memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan akan bawa ke Parlimen.

"Kita nak tahu betul ke Dawama menghadapi masalajh kewangan dan minta kementerian terbabit bentangkan akuan Dawama di Parlimen," kata beliau yang juga ahli Parlimen Gombak.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, Zainal Awit (kanan) pihaknya telah empat kali menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun belum ada sebarang maklum balas.

Bercakap pada sidang media sama, beliau sekali lagi merayu Muhyiddin mengambil tindakan segara bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara Dawama dan DBP.

"Kami para pekerja berasa tertekan dengan tindakan pihak Dawama memberi cuti tanpa gaji kepada kami dan bayangkan bagaimana anak-anak kami hendak menghadapi bulan Ramadhan dan hari raya akan datang.

"Kami merayu kepada pihak menteri supaya serius dan tolonglah campur tangan dalam masalah ini," katanya.

Ekoran tiada respons daripada pihak Muhyiddin, Pengarah Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani berkata beliau akan mengetuai beberapa wakil kesatuan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di bawah Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Ini kerana katanya Dawama tiada hak memberikan notis bercuti tanpa gaji kepada pekerja sebelum melunaskan bayaran tertunggak.

Difahamkan, sudah beberapa bulan Dawama tidak melaksanakan potongan Socso dan EPF kepada pekerjanya.

"Tindakan ini satu pencabulan undang-undang. Pemotongan Socso dan EPF yang tidak dilunaskan telah langgar seksyen 24 Akta Kerja 1955 jelas boleh dihukum.

"Saya mohon pihak berwajib menghukum syarikat ini kerana mengkhianati undang-undang negara.

"Saya terkejut pelangaran ini dibuat secara biadap dan tidak boleh berlaku dalam seksyen 10 Akta Kerja 1955," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Langat.

Sehubungan itu, beliau bersama beberapa wakil kesatuan ke Putrajaya sejurus sidang media tadi bagi mencari jalan penyelesaian.

Sementarai itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut bersama mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil membela kaum wanita yang turut terjejas akibat tindakan Dawama itu.

"Sekurang-kurangnya 100 pekerja wanita di sini. Saya desak Sharizat yang kononnya sangat menyokong penglibatan wanita dalam bidang ekonomi sebanyak 30 peratus tampil dan saya nak tanya apakah pembelaan yang beliau berikan kepada pekerja wanita ini?" soalnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

Dawama arah cuti tanpa gaji

Patutlah majalah-majalah terbitan DBP payah sangat didapati sejak beberapa bulan yang lepas.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dawamaarahcutitanpagaji/Article

400 pekerja diberi surat Jumaat lalu

KUALA LUMPUR: Selepas kegagalan menerbitkan buku teks sekolah rendah berikutan masalah kewangan, krisis Dawama Sdn Bhd semakin memuncak apabila lebih 400 kakitangannya diberikan cuti tanpa gaji berkuat kuasa hari ini.

Malah, syarikat konsesi penerbitan dan pengedaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu masih gagal melunaskan hutang kepada kakitangannya berikutan kegagalan membayar pinjaman peribadi kakitangan kepada pihak bank walaupun potongan gaji dilakukan.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Awit berkata, 380 kakitangan syarikat itu di Hulu Klang menerima surat arahan bercuti tanpa gaji itu Jumaat lalu, tanpa menyatakan tempoh cuti berkenaan.

“Cuti itu diberikan atas alasan Dawama sedang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji semua kakitangan.

“Bayangkan bagaimana kami boleh menampung keluarga lebih-lebih lagi dengan menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri, ” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Semalam, Berita Harian melaporkan, DBP terpaksa mengambil alih penerbitan enam juta naskhah ulang cetak buku teks sekolah rendah untuk 2012 mulai hari ini, berikutan krisis kewangan yang dihadapi Dawama.

Zainal berkata, sebilangan kakitangan juga terkejut apabila menerima surat dari pihak bank menyatakan mereka tidak melunaskan pinjaman peribadi, sedangkan potongan gaji dilakukan syarikat untuk tujuan itu bermula November 2010 sehingga Februari lalu.

Kakitangan terbabit memutuskan membayar terus ansuran itu kepada bank dan Dawama kemudian diarahkan membayar semula jumlah wang yang dipotong itu kepada kakitangan oleh Mahkamah Buruh, Jabatan Tenaga Kerja.

Wednesday, 22 June 2011

American man trapped in Russia for 77 years suddenly speaks English again after stroke

It reminds me of Oliver Sacks' Musicophilia.

DAILY MAIL
Last updated at 9:13 AM on 14th June 2011

An American man trapped in the Soviet Union 77 years ago - deep in Stalinist times - has suddenly reverted to speaking in his native English instead of the Russian he was forced to learn to survive his epic Communist ordeal.

Kenneth Edwards, now 95, recently suffered a stroke which left him unable to communicate with his Russian family and children.

'I am having to learn Russian all over again,' he said in a halting American accent in Zlatoust, an industrial Ural Mountains outpost where he worked in a watch-making factory for 60 years, latterly as the locksmith to the head of his department.

'I say something in Russian to him, and he replies only in English,' said wife Zoya, 79.
'I only understand what he wants to say by his intonation.'

He rarely used English after his idealistic left-wing father Willard moved his family from Alabama to the USSR in 1934, the year after Franklin D Roosevelt came to power, believing the future lay with Communism not Capitalism.

Kenneth's parents and siblings found a way to escape back to the U.S., but he was stuck because his father had insisted his eldest son should give up his American citizenship and hold only a Soviet passport.

Read more:

Thursday, 2 June 2011

The Tale of Two Princesses

Princess Eugenie (21) and her elder sister, Princess Beatrice (22) at their cousin's high profile wedding. Sekali tengok macam kakak tiri Cinderella! 

The Most Outrageous Hat Topper - Tanduk Rusa

Princess Beatrice, with her most outrageous hat designed by Philip Treacy. My mom says it's tanduk rusa!

Wednesday, 1 June 2011

First evidence of other universes that exist alongside our own after scientists spot 'cosmic bruises'

http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1338818/First-evidence-universes-exist-alongside-discovered.html

By Niall Firth
Last updated at 8:29 AM on 17th December 2010

Scientists say that they have found evidence that our universe was 'jostled' by other parallel universes in the distant past.

The incredible claim emerged after they studied patterns in the cosmic microwave background radiation (CMB) – the after-effects of the Big Bang.

They say they may have found evidence that four circular patterns found in the CMB are 'cosmic bruises' where our universe has crashed into other universes at least four times.


 
The different signatures of a bubble collision. A collision (top left) induces a temperature change in the CMB temperature map (top right). The 'blob' associated with the collision is identified by a large needlet response (bottom left), and the presence of an edge is determined by a large response from the edge detection algorithm (bottom right).



The findings are based on the complex theory of eternal inflation for our universe. This theory holds that out universe if only one bubble in a larger cosmos and that other universes,which will have different physics to our own, all exist at the same time.

This is also know as the the multiverse theory.


Where these universe bubbles crash against each other they leave signature traces in the background radiation, some scientists believe.

The findings, by Stephen Feeney from the Department of Physics and Astronomy at University College London, are likely to be controversial.


A number of cosmologists have already written in response to the paper that it is too easy to jump to conclusions about what can be seen in the CMB.

The team behind the paper accept that 'it is rather easy to find all sorts of statistically unlikely properties in a large dataset like the CMB'.

But they add: 'If a bubble collision is verified by future data, then we will gain an insight not only into our own universe but a multiverse beyond.'

The paper, published online yesterday, comes just a month after a similar study of the background radiation claimed to have discovered evidence that the universe existed before the Big Bang.

Most scientists believe the universe was created in the Big Bang around 13.7 billion years ago. Stars and galaxies started to form around 300 million years later. Our Sun was born around five billion years ago, while life first appeared on the Earth around 3.7 billion years ago. The CMB dates back to 300,000 years after the Big Bang and has now cooled to around -270 degrees Celsius.


A map of the cosmic background radiation (CMB) in the universe with circles which may signify events that took place before the Big Bang.


A paper posted online on the website arXiv.org by respected scientists Professor Roger Penrose from Oxford University and Professor Vahe Gurzadyan from Yerevan State University, Armenia, suggested the universe could be much older han previously thought.

Penrose and Gurzadyan argue that evidence unearthed by Nasa’s Wilkinson Microwave Anisotophy Probe in the CMB shows imprints in the radiation that are older than the Big Bang.

They say they have discovered 12 examples of concentric circles, some of which have five rings, meaning the same object has had five massive events in its history.

The rings appear around galaxy clusters in which the variation in the background radiation appears to be strangely low.

The research appears to cast aside the widely-held 'inflationary' theory of the origins of the universe, that it began with the Big Bang, and will continue to expand until a point in the future, when it will end.

They believe the circles are imprints of extremely violent gravitational radiation waves generated by supermassive black hole collisions in a previous aeon before the last big bang.

Tan Sri Mokhtar Bos Baru Pos Malaysia

Tahniah Tan Sri Syed Mokhtar. Semoga beliau dapat mengemudi Pos Malaysia dengan baik. Sejak tahun lepas lagi harga setem dan lain-lain perkhidmatan pos telah meningkat lebih 100%. Kalau dulu pos surat guna setem 30 sen sahaja tapi sekrang sudah jadi 60 sen. Apa yang aku harapkan, perkhidmatan tu berbaloi dengan apa yang kami (pengguna) bayar.

http://www.bharian.com.my/articles/KonsortiumSyedMokhtarpilihanbeliekuitiPosMalaysia/Article/

Konsortium Syed Mokhtar pilihan beli ekuiti Pos Malaysia
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2011/02/15


Bank Muamalat mampu jadi rakan sinergi kembang rangkaian produk
KONSORTIUM diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dikatakan sebagai calon yang mempunyai kelebihan dalam bidaan membeli kepentingan 32.21 peratus dalam Pos Malaysia Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd.

Ini susulan langkahnya mengetengahkan bank Islam yang dikuasainya, iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai calon dalam mewujudkan sinergi strategik dengan Pos Malaysia, sekali gus ‘memenuhi’ kriteria pembida yang dikehendaki agensi pelaburan kerajaan itu.

Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset adalah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom, konglomerat yang dikuasai Syed Mokhtar.

Ia dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam usaha kedua-duanya mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.

Pos Malaysia ketika ini giat mengembangkan perniagaannya melangkaui perkhidmatan tradisionalnya. Ini termasuk menawarkan khidmat perbankan.

Bank Muamalat pula perlu mengembangkan lagi rangkaian cawangan bagi membolehkannya bersaing lebih berkesan dalam sektor perbankan Islam yang sedang berkembang pesat di negara ini.
Justeru, pakatan Bank Muamalat-Pos Malaysia itu bakal menyediakan platform terbaik untuk pengembangan perniagaan kedua-dua entiti itu.

Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan.

Syed Mokhtar, individu ke-655 terkaya di dunia dengan aset dianggarkan bernilai AS$1.5 bilion (RM4.58 bilion) memiliki pegangan 55.92 peratus ekuiti dalam DRB-Hicom Bhd yang dikuasainya menerusi Etika Strategy Sdn Bhd.

Mengikut laporan tahunan DRB-Hicom bagi 2010, pemegang saham utama lain konglomerat itu termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menguasai hampir 10 peratus dan Khazanah dengan 5.13 peratus.

Mengulas perkara itu, Ketua Penganalisis OSK Research, Chris Eng berkata, kerjasama sedia ada Pos Malaysia dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd dalam menawarkan beberapa perkhidmatan perbankan bukan menjadi penghalang kepada pembabitan aktif Bank Muamalat dalam syarikat pos itu.

“Kami tidak melihat kerjasama Pos Malaysia dengan Maybank dan RHB Bank sebagai penghalang kepada Bank Muamalat dalam membentuk pakatan bermakna dan lebih meluas dengan Pos Malaysia.

“Sebaliknya menerusinya penyedia perkhidmatan pos tunggal negara itu boleh meluaskan lagi perkhidmatan perbankan yang ditawarkannya, malah mampu menyediakan perkhidmatan perbankan lengkap,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, penyertaan Bank Muamalat itu adalah strategi terbaik Syed Mokhtar menonjolkan lagi jenama bank Islam itu.

Difahamkan, selain Syed Mokhtar, dua gergasi logistik antarabangsa, iaitu Deutsche Post dari Jerman dan TNT Post dari Belanda dan beberapa tokoh perniagaan tempatan lain seperti Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group); dan anak pengasas dan bekas Pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin adalah antara pembida yang sudah menghantar cadangan bagi pengambilalihan itu.

Berdasarkan harga penutup saham Pos Malaysia semalam, iaitu RM3.35 sesaham, saham Pos Malaysia milik Khazanah itu adalah bernilai kira-kira RM580 juta.

Saturday, 28 May 2011

Perihal Orang Muda: Anak muda tak pandai bergaya

Sesuatu yang menarik dari Berita Harian hari ini. Bagi saya, saya berpakaian asalkan sesuai dengan majlis dan selesa. Ukur baju di badan sendiri!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PerihalOrangMuda_Anakmudatakpandaibergaya/Article
Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/05/29


Tidak tahu etika berpakaian, malas berhias jadi punca selekeh
KUALA LUMPUR: Gene­­rasi muda hari ini me­­ngakui aspek penampilan diri menjadi antara faktor penting dalam menjaga ketrampilan peribadi tetapi ramai tidak tahu bergaya mengikut keadaan atau majlis dihadiri termasuk sesi temu duga.

Maklum balas diterima melalui laman sosial Facebook Berita Harian mendapati, ramai anak muda menganggap ketrampilan diri cukup pen­­ting kerana bimbang dengan persepsi masyarakat sekeliling termasuk rakan sebaya yang mengkritik cara mereka berpakaian atau menghias diri.

Perunding imej dan pensyarah fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faizal Abdul Hamid, berkata soal ketrampilan diri sangat subjektif kerana ia merangkumi elemen fesyen.

“Fesyen adalah sesuatu yang ceria serta gaya ekspresi individu yang tersendiri. Fesyen dapat meningkatkan keyakinan serta ke­­trampilan diri. Kita akui, cita rasa manusia sangat subjektif dan bersifat sejagat.

“Namun begitu, golo­ngan muda perlu menghormati budaya dan masyarakat setempat dalam berfesyen. Sama ada anda bersetuju atau tidak, pesan saya ha­­nyalah satu iaitu tepuk dada, tanya selera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Faizal berkata, dalam soal menjaga ketrampilan diri, golongan lelaki sering dikatakan pemalas dan selekeh dalam bergaya.
“Untuk mengatasinya, kursus atau bengkel penampilan imej perlu diadakan. Ia bukan hanya untuk golongan muda tetapi untuk semua lelaki yang amat mementingkan an ketrampilan diri.

“Pakaian adalah ekspresi luaran dan dalaman seseorang. Adalah penting untuk berpakaian dengan gaya yang boleh me­­nyampaikan mesej positif,” katanya.
Faizal berkata, 80 peratus daripada ketepatan gaya ialah apabila kita menya­­rung pakaian sesuai bagi setiap acara yang dihadiri.

“Kod berpakaian dilihat sedikit longgar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi, masih ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

“Apabila kita sangsi mengenai pakaian formal yang harus dipakai terutamanya ketika menghadiri mesyuarat perniagaan atau majlis koktel, dinasihatkan supaya memakai tali leher sebagai pelengkap gaya.

“Ini bagi memastikan anda tetap profesional ketika menghadiri majlis itu,” katanya.

Faizal berkata, bagi individu konservatif, pakaian elemen gaya klasik dan ras­­mi dengan rona hitam dan kelabu boleh menjadi pilihan.

“Elak memakai aksesori pelik, agak berat serta keter­­laluan daripada yang sepatutnya digayakan ke pejabat.

“Secara mudahnya, gaya diterjemahkan sebagai gaya hidup yang bukan hanya dilihat melalui cara kita memi­­lih pakaian, tapi bagaimana kita mengadaptasikannya. Ia bukan hanya pakaian tetapi termasuklah jenis kereta dipandu, muzik didengari, telefon bimbit yang digunakan dan sebagainya,” katanya.