Ads

Wednesday 3 August 2011

Dawama arah cuti tanpa gaji

Patutlah majalah-majalah terbitan DBP payah sangat didapati sejak beberapa bulan yang lepas.
 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dawamaarahcutitanpagaji/Article

400 pekerja diberi surat Jumaat lalu

KUALA LUMPUR: Selepas kegagalan menerbitkan buku teks sekolah rendah berikutan masalah kewangan, krisis Dawama Sdn Bhd semakin memuncak apabila lebih 400 kakitangannya diberikan cuti tanpa gaji berkuat kuasa hari ini.

Malah, syarikat konsesi penerbitan dan pengedaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu masih gagal melunaskan hutang kepada kakitangannya berikutan kegagalan membayar pinjaman peribadi kakitangan kepada pihak bank walaupun potongan gaji dilakukan.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Awit berkata, 380 kakitangan syarikat itu di Hulu Klang menerima surat arahan bercuti tanpa gaji itu Jumaat lalu, tanpa menyatakan tempoh cuti berkenaan.

“Cuti itu diberikan atas alasan Dawama sedang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji semua kakitangan.

“Bayangkan bagaimana kami boleh menampung keluarga lebih-lebih lagi dengan menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri, ” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Semalam, Berita Harian melaporkan, DBP terpaksa mengambil alih penerbitan enam juta naskhah ulang cetak buku teks sekolah rendah untuk 2012 mulai hari ini, berikutan krisis kewangan yang dihadapi Dawama.

Zainal berkata, sebilangan kakitangan juga terkejut apabila menerima surat dari pihak bank menyatakan mereka tidak melunaskan pinjaman peribadi, sedangkan potongan gaji dilakukan syarikat untuk tujuan itu bermula November 2010 sehingga Februari lalu.

Kakitangan terbabit memutuskan membayar terus ansuran itu kepada bank dan Dawama kemudian diarahkan membayar semula jumlah wang yang dipotong itu kepada kakitangan oleh Mahkamah Buruh, Jabatan Tenaga Kerja.

No comments:

Post a Comment