Ads

Wednesday 31 December 2014

Senarai Azam Tahun Baru Yang Tepat!

Selamat Tahun Baru 2015 semua. Bersempena dengan tahun baru yang baru sahaja menjelang, aku cut & paste artikel yang ditulis oleh Editor Rencana Cosmopolitan Malaysia iaitu Anida Salwani Abdul Hadi.



We do it every year! Tapi apa gunanya buat azam tahun baru kalau setakat hangat-hangat tahi ayam? Kalau kamu sedang merancang untuk mencapai azam tahun 2015, Cosmo sarankan kamu elak senarai seperti di bawah ini.




1. Letak sasaran terperinci (yang tak munasabah) untuk hilangkan berat badan.

Contoh: “Saya nak turunkan 10kg dalam masa tiga bulan!”

Percayalah, meletakkan sasaran terlalu spesifik akan berikan dua kesan. Satu, kamu rasa amat tertekan sebab tinggal lagi dua minggu kamu kena hilangkan lagi lima kilo, dan kamu tahu bulan Mac ada banyak undangan perkahwinan. Dua, bila tak dapat capai, maka bertambahlah stress dan kemungkinan kamu akan menambah semula berat badan juga tinggi.

Cadangan Cosmo: Letak sasaran ‘manja’ seperti “Saya nak turunkan berat badan.” Walaupun sekilo dua kamu berjayakan hilangkan, it is a win already! Bila kamu letakkan sasaran yang agak ‘kabur’ (lebih baik dari tiada langsung), dan kamu dapat pula capainya (walaupun sedikit), ia akan beri satu kegembiraan tak terkata buatmu. Teruskan…


2. Azam untuk lebih gembira atau lebih luangkan masa untuk sesuatu.

Contoh: “Saya akan rasa lebih gembira bila lepak dengan keluarga.”

What is that all about? Kamu seakan tak bersyukur selama ini keluarga sentiasa berada di belakangmu. Cosmo tak percaya jika selama ini kamu langsung atau amat kurang habiskan masa dengan keluarga.

Cadangan Cosmo: Pada bila-bila masa kamu bersama dengan orang tersayang, make it count. Walaupun sekadar berbual di telefon selama lima minit, ucapkan I love you pada mama atau papamu. Lebih atau kurang tak bermakna kalau kamu tak jadikannya berkualiti.


3. Melancong ke luar negara.

Contoh: Melancong ke luar negara. (bla bla bla)

Biasanya kamu akan bayangkan Eropah atau negara yang jauh berjam-jam perjalanan dalam pesawat. Apa salahnya melancong dalam negara atau ke negara jiran berhampiran? Tahukah kamu Ipoh ada pelbagai tempat menarik boleh kamu terokai? Seperti pasar minggu yang menjual barangan antik atau Thumb’s Cafe yang dibuka 6 petang sehingga 1 pagi yang ‘membawa’ kamu kembali ke zaman kanak-kanak? Tahukah Pulau Lombok di Indonesia ada keunikan tersendiri malah dikatakan would be the next Bali?

Cadangan Cosmo: dalam negara, luar negara… Yang penting, apa yang kamu pelajari daripada tempat dikunjungi. Cuba ke muzium, kamu pasti terkejut betapa banyak info yang mungkin kamu belum tahu ada di situ.


4. Go for a blind date.

Pada zaman sesiapa pun boleh jadi sesiapa terutama di alam maya, Cosmo tak galakkannya kecuali kamu diperkenalkan oleh seseorang yang dipercayai.

Cadangan Cosmo: Mungkin ada seseorang yang kamu dah kenali sebelum ini tapi kamu ‘terlepas pandang’. Cuba beri perhatian dan kenali si dia yang mungkin dah lama memendam hatinya untukmu. Manalah tahu, si dialah orangnya untukmu.


Sunday 28 December 2014

Anjing & Kucing

#doauntukpantaitimur
Dah tak tahu nak kata apa. Hanya doa dipohon agar semuanya selamat dan kembali seperti sediakala.

Sumber: Internet



Friday 26 December 2014

A Blessing In Disguise

According to Cambridge Dictionaries Online, a blessing in disguise means something that seems bad or unlucky at first, but results in something good happening later.

Example: Losing that job was a blessing in disguise really.



Thursday 25 December 2014

Banjir dan Buku

Ya Allah, aku tak tahu apa dah jadi dengan koleksi buku aku. Kemungkinan besar ditenggelami air bah. Aku selalu ingatkankan diri, semua benda di atas dunia ini adalah pinjaman. Aku tahu aku suka membaca. Aku beli buku-buku dengan duit sendiri tetapi semuanya hak mutlak Allah Taala. Allah Taala pinjamkan sementara buku-buku itu untuk aku. Semoga Allah selamatkan buku-buku aku dan segalanya. Semoga banjir ini cepat reda. Semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. Amin.


Wednesday 24 December 2014

Merry Xmas

Som Tam

Kredit gambar:  http://www.istockphoto.com


Aku sangat menggemari somtam sejak setahun yang lalu. Kalau dulu aku buat-buat sombong. Dalam banyak-banyak salad, som tamlah yang paling best! Kalah salad orang putih yang takde rasa tu. Som tam ni asalnya dari Negara Thai. Bahan utamanya buah betik putik yang diparut. Boleh juga tambah mangga muda. Mungkin gabungan air ikan (nampla), udang kering, bawang putih, garam, gula, cili dan bahan-bahan yang aku tak tahu membuatkan rasanya sedap. Manis, masam, masin dan pedas. Lengkap segalanya. Boleh tambah sedikit kangkung dan kacang panjang serta tomato. 


Wednesday 17 December 2014

The Ride of Valkyries

Enjoyyyy!!!!!!

But don't forget to read this. Once again, I cut & paste.

Julius H. Jacobson II, (MD), concludes The Ride of the Valkyries as 'There are eight wild and angry maidens on their winged steeds, traveling through a storm, with their weapons flashing in the glitter of lightning, and their eerie laughter mingling with crash of thunder', in his book 'The Classical Music Experience'.

In 2004 the British Foundation for Motoring voted Wagner's single best-known excerpt, the "Ride of the Valkyries," as the number one tune to avoid playing in the car on account of its propensity to cause accidents. (Thomas MayDecoding Wagner: An Invitation to His World of Music Drama)







Scheherazade


Aku berkenalan dengan Sheherazade kira-kira enam tahun yang lepas ketika megikuti kelas apresiasi seni yang dikendalikan oleh Dr Marc Rochester di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Dr Marc Rochester ketika itu merupakan pemain organ bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah muzik di UPM. Aku yang mulanya tidak mengetahui pengisian kelas apresiasi seni tertarik dengan cara penyampaian Dr Marc. Beliau memainkan petikan CD Scheherazade yang yang dirakamkan semasa salah satu konsert MPO . Aku rasa CD ini masih dijual di kaunter DFP. 

Dr Marc menerangkan permulaan karya ini di mana violin dimainkan secara solo yang menggambarkan kelembutan dan kecantikan seorang gadis iaitu Scheherazade. Secara berseloroh, beliau mengatakan yang sebenarnya di dalam CD tersebut, the fat German played the violin. Aku dapat meneka siapa dia. Marcus Gundermann yang bertindak sebagai concertmaster. Tapi aku nak dengar keindahan muzik dan bukannya tengok muka pemuzik.

Selang selepas itu, kedengaran bunyi double bass yang sedikit menyeramkan dan kasar, mewakili Sultan Schahriah yang diktator. 

Pada pendapat aku, kelas apresiasi seni perlu diselitkan dalam subjek Pendidikan Muzik sekolah rendah. Ketika di sekolah rendah, aku hanya mempelajari teori dan praktikal tanpa mengetahui dunia muzik yang luas tanpa sempadan. Pelajar perlu didedahkan dengan muzik tradisional, muzik klasik Barat, tokoh muzik dan apa sahaja yang bersesuaian agak pembelajaran muzik menjadi lebih menarik.



Serigala dan Sekuntum Tulip

Aku beli buku ini sempena hari jadi beberapa tahun yang lepas.


Judul Buku: Serigala dan Sekuntum Tulip
Penulis: S.M. Zakir
Bilangan Muka Surat: 317
Tahun: 2010
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM20
ISBN9789834605070


SINOPSIS

"Dalam tidurnya dia bangun menjadi serigala yang meredah salji ribuan batu - mencari cahaya daripada sekuntum tulip yang terpagar dalam kota kejahatan yang paling kukuh. Hasrat cintanya menyala dan membakar sejuta matahari. Lalu seluruh kota menjadi cebisan daging pada rahangnya. Demi tulip - ketika dia menunduk di hadapan bunga tulip yang layu itu, matanya melihat Fatima adalah tulip itu!"

Inilah petikan daripada cerpen Serigala dan Sekuntum Tulip yang dipilih menjadi judul kumpulan cerpen ini. Serigala dan Sekuntum Tulip menghimpunkan 20 buah cerpen S.M. Zakir yang membawa persoalan yang pelbagai serta menelusuri persolakan semasa dunia. Cerpen-cerpen tersebut mengutarakan pelbagai isu dalam masyarakat seperti konflik antarabangsa, kontradiksi antara arus kemodenan dengan keinginan mengekalkan akar budaya tradisi serta kasih sayang yang bersifat sejagat. Persoalan-persoalan yang dikemukakan menjadikan Serigala dan Sekuntum Tulip sarat dengan pemikiran dan falsafah yang menjadi gaya S.M. Zakir lewat penciptaan karya-karyanya.


Senarai Cerpen:

1) Parrete
2) Gambar-gambar yang Bergerak dalam Wayang
3) Paya Purnama
4) Angin di Dalam Telinga
5) Kisah Anak-anak...
6) Cerita untuk Teman-teman
7) Ahli Politik
8) Lelaki Bersayap Putih
9) Merpati di Dalam Kaca
10) Pokok
11) Pasir di Bawah Belati
12) Si Penggaru Kalbu
13) Langit, Guruh dan Syaitan
14) Kisah Si Lugu
15) Intrique
16) Langit Ditelan Hujan 
17) Sang Petaka
18) Serigala dan Sekuntum Tulip
19) Kriemhilde dari Nibelunge
20) Kaabah Tiba-tiba Jadi Berdebu


Sebagai seorang peminat muzik klasik Barat, sudah tentu cerpen Kriemhilde dari Nibelunge menjadi kesukaanku. Selama ini aku mendengar muzik Der Ring des Nibelungen (Ring of Nibelung) tanpa mengetahui cerita di sebaliknya. Mengapa Richard Wagner menulis karya ini dan dari mana dia mendapat inspirasi. Aku sendiri pun suka mengetahui perihal Richard Wagner dengan lebih lanjut. Dikatakan Wagner seorang anti-Semitik namun mempunyai darah Yahudi. Sama seperti Adolf Hitler yang mengagumi Wagner, Hitler juga mempunyai darah Yahudi. Tetapi darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh mereka tidak menjadikan mereka bangga dengan bangsa yang dikatakan kononnya terpilih itu malah mereka sangat membencinya.

Di dalam opera Der Ring des Nibelungen (Ring of Nibelunge) atau secara ringkasnya The Ring terdiri daripada empat leitmotif utama iaitu:

- Das Rheingold
- Die Walkure
- Siegfried
- Gottedammerung

Cincin adalah lambang kuasa dan kekuasaan. Mungkin juga The Lord of The Ring mendapat inspirasi daripada Der Ring des Nibelungen (Ring of Nibelunge).

Sudah tentu petikan Die Walkure (The Ride of Valkyries) diminati ramai termasuk aku. Rasa seperti mahu terbang bebas di angkasa raya bila dengar irama ini. Pernah baca ringkasan The Ride dalam buku The Classical Music Experience, ditulis oleh Julius H. Jacobson II. Untuk pengetahuan semua, Jacobson merupakan seorang pakar bedah yang sangat meminati muzik klasik.

Julius H. Jacobson II, (MD), concludes The Ride of the Valkyries as 'There are eight wild and angry maidens on their winged steeds, traveling through a storm, with their weapons flashing in the glitter of lightning, and their eerie laughter mingling with crash of thunder', in his book 'The Classical Music Experience'.

Dalam buku Decoding Wagner: An Invitation to His World of Music Drama yang ditulis oleh Thomas May ada menyatakan:

In 2004 the British Foundation for Motoring voted Wagner's single best-known excerpt, the "Ride of the Valkyries," as the number one tune to avoid playing in the car on account of its propensity to cause accidents.

Petikan cerpen Kriemhilde dari Nibelunge:

...Wagner bagi Fattah adalah simbol pembebasan jiwa bangsa Jerman daripada 'perhambaan kepada tirani dan kehidupan yang beku.' Dalam erti kata lain, pembebasan jiwa daripada cengkaman lingkaran ganas sistem yang dipaksakan terhadap kehidupan manusia termasuk kapitalisme Yahudi yang melumpuhkan kebebasan bangsa Jerman dan juga manusia seluruhnya. 

...Wagner menjadikannya sebagai kenderaan untuk menyampaikan pemikirannya tentang revolusi untuk rakyat Jerman.

Siapa pula Kriemhilde? Kriemhilde merupakan adik kepada Gunther dan wanita yang dicintai oleh Siegfried. Siegfried pula merupakan pahlawan gagah perkasa yang sedia berkhidmad untuk rajanya, Gunther. Gunther pula seorang raja yang tamak haloba dan sering mempergunakan Siegfried untuk mempergunakan dirinya. Siegfried dibunuh dengan kejam oleh abang-abang Kriemhilde termasuk Gunther. Maka berlakulah peperangan dan perebutan cincin Nibelunge, yang disertai oleh pelbagai pihak termasuk Wotan, dewa langit. Pada pengakhirannya, kejahatan dapat dimusnahkan, cincin dari Nibelunge dikembalikan ke tempat asal dan dunia menjadi aman damai.

Mitos asalnya menceritakan Kriemhilde membalas dendam terhadap kematian Siegfried dengan mengahwini Etzel, raja Hungary. Kalau nak tau, Etzel adalah Attila, raja puak Hun yang berjaya menakluk Rom dan seluruh Eropah.

Kisah percintaan Attila dan Honoria diceritakan dalam cerpen Serigala dan Sekuntum Tulip. Tajuk cerpen ini juga merupakan tajuk sebuah sajak yang ditulis oleh seorang penyair Islam di Andalusia sekitar kurun ke-13.

Engkau sekuntum tulip
yang membuat matahari menggeletar
dan mabuk dalam pialamu
aku seekor serigala
yang mencari matahari bersinar
dan mencairkan salji di hatiku

Aku menjadi serigala liar
yang meredah salji ribuan batu
mencari wajahmu sekuntum tulip
yang membenam sejuta matahari
cintaku tiba-tiba terbakar oleh hasrat 
   yang paling menyala
sehinggakan Rom menjadi 
   secebis daging di rahangku.


...Ditulis oleh seorang penyair Islam yang tersepit di celah-celah perbalahan sesama Islam dan kebangkitan kuasa Kristian Sepanyol. Tersepit oleh berita kemaraan tentera salib dan penjarah Monggol yang sedang mengancam saudara-saudara Islamnya yang jauh. Ya, puisi ini ditulis ketika Islam diserang dan dijarah dari segenap penjuru. Lalu kenapa Attila?

Sebelum ini aku tak pernah tahu siapa Attila. Tak tahu pun dia wujud dalam sejarah. Setelah habis membaca cerpen ini, baru aku tahu kewujudan dirinya.

Bagi orang Rom, Attila merupakan orang liar yang tidak bertamadun seperti mereka. Sesiapa yang tidak mengamalkan cara hidup orang Rom bermakna mereka orang liar. Bagi Attila pula, orang Rom sebenarnya orang ang liar. Teringat pula rancangan cinta ilmu yang ditayangkan di TV Al Hijrah, Ustaz Badlishah menyenaraikan pemimpin paling kejam di dunia dan Attila diletakkan di tempat yang pertama. Mengapa Attila yang pertama dan bukan orang lain? Aku sendiri pun tak tahu. Aku pun tak tahu dalam senarai tersebut, secara relatifnya siapa yang paling kejam. Contohnya jika dibandingkan antara Attila dengan George W. Bush, siapa agaknya yang paling kejam?

Amerika Syarikat mewarisi legasi Roman yang mewakili cita-cita Barat intuk menguasai dunia. Sepertimana Rom yang menjadi ibu kepada kerajaan Eropah dahulunya, begitu jugalah Amerika Syarikat pada hari ini. 





L'indegnita a succedere


It's been years (you can see the dust) and now I have time to read, actually it is not reading but browsing through the book. Although the poems are all written in Italian but it does not stop me. Language is not a barrier, right? I met writer of the book, Roberto R. Corsi during my trip in Italy back in 2008 (a very long time ago). He conducted a launching and presentation of his book at the hotel that I stayed. I was the only non Italian speaking there and once again, language has no barrier. I enjoy the poems. I like art.


Title: L'indegnita a succedere
Writer/ Author: Roberto R. Corsi
No. of Pages: 78
Year: 2007
Publisher: Esuvia Edizioni
Price: Euro10.00
ISBN 9788895815039


...Appare dunque il desiderio intenzionale di un ascolto sinfonico dell'esistenza in cui il tempo sia tutto compresso nel tempo musicale, spazio creativo con tutto il bagagliaio di cui dovrebbe manirsi il poeta, e che in Roberto R. Corsi e limpidamente presente, tangibilmente impresso nei versi a volte leggeri come massime bibliche, in altri distesi e apparentemente aggrovigliati nella necessita di proclamare il suo essere poeta, il suo voler essere uomo, l'inconciliabilita del conciliabile...

...Un atteggiamento insolito, sia nel persistere uomo colto che nel disporsi poetico, coraggiosamente inattuale senza armistizi o cedimenti all'intimismo, o a compiacimenti lirici, e nello stesso tempo, malgrado la musicalita indulgente (ma forse solo musicalita della musica) con densita lessicale brillante di risonanze suggestive, di rimandi ad altro ai limiti dei confini oltre i quali vita e morte soggiacciono alla descrizione; superando ogni rischio di immediatezza e di verosimiglianza dei manifesti esistenziali e degli eventi narrati, cosi come nella cadenza del sussurrato esclude ogni sospetto di una retorica banalita dell'epos...



Roberto R. Corsi e nato a Ferrara nel 1970. Dopo vari spostamenti, nel 1982 si trasferisce a Firenze, ove resiede tuttora, salvi frequenti soggiorni versiliesi. Recensore di musica classica, collabora con quotidiani, testate interner e formazioni orchestrali fiorentine. L'indegnita a succedere e la sua prima silloge, che completa un percoso di maturazione poetica sviluppatosi parallelamente alle sue attivita musicali.










Tuesday 16 December 2014

Rumput Yang Indah

Inilah gambar rumput yang menjadi latar belakang blog ini. Cantik kan? Sungguh indah segala apa yang Allah jadikan. Rumput yang kita pijak selama ini sememangnya sangat indah di mata orang yang menilainya. Sekali pandang seakan-akan gandum. Sudah semestinya ianya kelihatan hampir serupa kerana berasal daripada keluarga yang sama. Padi juga tergolong dalam keluarga ini.