Ads
Showing posts with label Dewan Bahasa dan Pustaka - DBP. Show all posts
Showing posts with label Dewan Bahasa dan Pustaka - DBP. Show all posts
Wednesday, 14 January 2015
Saturday, 3 January 2015
Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP - PSM 2015
Berita baik! Kepada penulis dan bakal penulis sekalian, silalah sertai Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Hadiahnya agak lumayan. Tiada had umur penyertaan tetapi cerita yang hendak disampaikan perlulah sampai kepada sasaran iaitu remaja. Sila klik gambar untuk maklumat. Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2015. Masih ada banyak lagi masa untuk mencari idea dan merangka plot novel.
Bengkel Bimbingan Penulisan Novel Sejarah turut diadakan mengikut zon (Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara dan Sabah/Sarawak).
Bagi penulis pantai timur yang berminat bolehlah hubungi DBP Wilayah Timur untuk keterangan lanjut. Sila emel En Sharrul Rizal Hashim (sharrul@dbp.gov.my). Bengkel akan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 17 Januari 2015 di pejabat DBP Wilayah Timur.
Wednesday, 17 December 2014
Serigala dan Sekuntum Tulip
Aku beli buku ini sempena hari jadi beberapa tahun yang lepas.
Judul Buku: Serigala dan Sekuntum Tulip
Penulis: S.M. Zakir
Bilangan Muka Surat: 317
Tahun: 2010
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: RM20
ISBN9789834605070
SINOPSIS
"Dalam tidurnya dia bangun menjadi serigala yang meredah salji ribuan batu - mencari cahaya daripada sekuntum tulip yang terpagar dalam kota kejahatan yang paling kukuh. Hasrat cintanya menyala dan membakar sejuta matahari. Lalu seluruh kota menjadi cebisan daging pada rahangnya. Demi tulip - ketika dia menunduk di hadapan bunga tulip yang layu itu, matanya melihat Fatima adalah tulip itu!"
Inilah petikan daripada cerpen Serigala dan Sekuntum Tulip yang dipilih menjadi judul kumpulan cerpen ini. Serigala dan Sekuntum Tulip menghimpunkan 20 buah cerpen S.M. Zakir yang membawa persoalan yang pelbagai serta menelusuri persolakan semasa dunia. Cerpen-cerpen tersebut mengutarakan pelbagai isu dalam masyarakat seperti konflik antarabangsa, kontradiksi antara arus kemodenan dengan keinginan mengekalkan akar budaya tradisi serta kasih sayang yang bersifat sejagat. Persoalan-persoalan yang dikemukakan menjadikan Serigala dan Sekuntum Tulip sarat dengan pemikiran dan falsafah yang menjadi gaya S.M. Zakir lewat penciptaan karya-karyanya.
Senarai Cerpen:
1) Parrete
2) Gambar-gambar yang Bergerak dalam Wayang
3) Paya Purnama
4) Angin di Dalam Telinga
5) Kisah Anak-anak...
6) Cerita untuk Teman-teman
7) Ahli Politik
8) Lelaki Bersayap Putih
9) Merpati di Dalam Kaca
10) Pokok
11) Pasir di Bawah Belati
12) Si Penggaru Kalbu
13) Langit, Guruh dan Syaitan
14) Kisah Si Lugu
15) Intrique
16) Langit Ditelan Hujan
17) Sang Petaka
18) Serigala dan Sekuntum Tulip
19) Kriemhilde dari Nibelunge
20) Kaabah Tiba-tiba Jadi Berdebu
Sebagai seorang peminat muzik klasik Barat, sudah tentu cerpen Kriemhilde dari Nibelunge menjadi kesukaanku. Selama ini aku mendengar muzik Der Ring des Nibelungen (Ring of Nibelung) tanpa mengetahui cerita di sebaliknya. Mengapa Richard Wagner menulis karya ini dan dari mana dia mendapat inspirasi. Aku sendiri pun suka mengetahui perihal Richard Wagner dengan lebih lanjut. Dikatakan Wagner seorang anti-Semitik namun mempunyai darah Yahudi. Sama seperti Adolf Hitler yang mengagumi Wagner, Hitler juga mempunyai darah Yahudi. Tetapi darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh mereka tidak menjadikan mereka bangga dengan bangsa yang dikatakan kononnya terpilih itu malah mereka sangat membencinya.
Di dalam opera Der Ring des Nibelungen (Ring of Nibelunge) atau secara ringkasnya The Ring terdiri daripada empat leitmotif utama iaitu:
- Das Rheingold
- Die Walkure
- Siegfried
- Gottedammerung
Cincin adalah lambang kuasa dan kekuasaan. Mungkin juga The Lord of The Ring mendapat inspirasi daripada Der Ring des Nibelungen (Ring of Nibelunge).
Sudah tentu petikan Die Walkure (The Ride of Valkyries) diminati ramai termasuk aku. Rasa seperti mahu terbang bebas di angkasa raya bila dengar irama ini. Pernah baca ringkasan The Ride dalam buku The Classical Music Experience, ditulis oleh Julius H. Jacobson II. Untuk pengetahuan semua, Jacobson merupakan seorang pakar bedah yang sangat meminati muzik klasik.
Julius H. Jacobson II, (MD), concludes The Ride of the Valkyries as 'There are eight wild and angry maidens on their winged steeds, traveling through a storm, with their weapons flashing in the glitter of lightning, and their eerie laughter mingling with crash of thunder', in his book 'The Classical Music Experience'.
Dalam buku Decoding Wagner: An Invitation to His World of Music Drama yang ditulis oleh Thomas May ada menyatakan:
In 2004 the British Foundation for Motoring voted Wagner's single best-known excerpt, the "Ride of the Valkyries," as the number one tune to avoid playing in the car on account of its propensity to cause accidents.
Petikan cerpen Kriemhilde dari Nibelunge:
...Wagner bagi Fattah adalah simbol pembebasan jiwa bangsa Jerman daripada 'perhambaan kepada tirani dan kehidupan yang beku.' Dalam erti kata lain, pembebasan jiwa daripada cengkaman lingkaran ganas sistem yang dipaksakan terhadap kehidupan manusia termasuk kapitalisme Yahudi yang melumpuhkan kebebasan bangsa Jerman dan juga manusia seluruhnya.
...Wagner menjadikannya sebagai kenderaan untuk menyampaikan pemikirannya tentang revolusi untuk rakyat Jerman.
Siapa pula Kriemhilde? Kriemhilde merupakan adik kepada Gunther dan wanita yang dicintai oleh Siegfried. Siegfried pula merupakan pahlawan gagah perkasa yang sedia berkhidmad untuk rajanya, Gunther. Gunther pula seorang raja yang tamak haloba dan sering mempergunakan Siegfried untuk mempergunakan dirinya. Siegfried dibunuh dengan kejam oleh abang-abang Kriemhilde termasuk Gunther. Maka berlakulah peperangan dan perebutan cincin Nibelunge, yang disertai oleh pelbagai pihak termasuk Wotan, dewa langit. Pada pengakhirannya, kejahatan dapat dimusnahkan, cincin dari Nibelunge dikembalikan ke tempat asal dan dunia menjadi aman damai.
Mitos asalnya menceritakan Kriemhilde membalas dendam terhadap kematian Siegfried dengan mengahwini Etzel, raja Hungary. Kalau nak tau, Etzel adalah Attila, raja puak Hun yang berjaya menakluk Rom dan seluruh Eropah.
Kisah percintaan Attila dan Honoria diceritakan dalam cerpen Serigala dan Sekuntum Tulip. Tajuk cerpen ini juga merupakan tajuk sebuah sajak yang ditulis oleh seorang penyair Islam di Andalusia sekitar kurun ke-13.
Engkau sekuntum tulip
yang membuat matahari menggeletar
dan mabuk dalam pialamu
aku seekor serigala
yang mencari matahari bersinar
dan mencairkan salji di hatiku
Aku menjadi serigala liar
yang meredah salji ribuan batu
mencari wajahmu sekuntum tulip
yang membenam sejuta matahari
cintaku tiba-tiba terbakar oleh hasrat
yang paling menyala
sehinggakan Rom menjadi
secebis daging di rahangku.
...Ditulis oleh seorang penyair Islam yang tersepit di celah-celah perbalahan sesama Islam dan kebangkitan kuasa Kristian Sepanyol. Tersepit oleh berita kemaraan tentera salib dan penjarah Monggol yang sedang mengancam saudara-saudara Islamnya yang jauh. Ya, puisi ini ditulis ketika Islam diserang dan dijarah dari segenap penjuru. Lalu kenapa Attila?
Sebelum ini aku tak pernah tahu siapa Attila. Tak tahu pun dia wujud dalam sejarah. Setelah habis membaca cerpen ini, baru aku tahu kewujudan dirinya.
Bagi orang Rom, Attila merupakan orang liar yang tidak bertamadun seperti mereka. Sesiapa yang tidak mengamalkan cara hidup orang Rom bermakna mereka orang liar. Bagi Attila pula, orang Rom sebenarnya orang ang liar. Teringat pula rancangan cinta ilmu yang ditayangkan di TV Al Hijrah, Ustaz Badlishah menyenaraikan pemimpin paling kejam di dunia dan Attila diletakkan di tempat yang pertama. Mengapa Attila yang pertama dan bukan orang lain? Aku sendiri pun tak tahu. Aku pun tak tahu dalam senarai tersebut, secara relatifnya siapa yang paling kejam. Contohnya jika dibandingkan antara Attila dengan George W. Bush, siapa agaknya yang paling kejam?
Amerika Syarikat mewarisi legasi Roman yang mewakili cita-cita Barat intuk menguasai dunia. Sepertimana Rom yang menjadi ibu kepada kerajaan Eropah dahulunya, begitu jugalah Amerika Syarikat pada hari ini.

Thursday, 20 November 2014
Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam
Judul Buku: Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam (Ulama' al-Arab 8: Al-Farabi, Abu'l-Falsafati'l-Islamiyyah)
Nama Pengarang: Sulayman Fayyad
Nama Penterjemah: Abdul Karim Mustafa
Bilangan Muka Surat: 50
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2003 (Cetakan ke-2)
Harga: RM10.00
ISBN 9789836261069
SINOPSIS
Siri Tokoh Cendikiawan Islam disusun sebanyak 20 judul memaparkan kisah cendikiawan Islam yang masyhur dengan pelbagai kepakaran.
Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah Islam yang pertama serta pakar falsafah yang kedua selepas Aristotle. Hidup pada kurun ke-10 Masihi. Pada zaman kemasyhurannya, beliau amat terkenal di Asia Tengah, Iraq, Syam dan Mesir. Al-Farabi telah mewariskan buku-buku muziknya dan mengembangkan ilmu falsafah Yunani serta membezakan antara falsafah dengan agama kepada generasi selepasnya. Beliau menyeru masyarakat supaya mengamalkan hidup yang sejahtera. Di samping itu, beliau juga hidup sebagai petani di negerinya. Kisah tokoh yang menjadi kebanggaan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Kisah Al-Farabi berkunjung ke istana Amir Saifu'd-Daulah begitu menarik perhatian aku. Menurut ceritanya, Amir Saifu'd-Daulah ingin bersendiri dengan syeikh yang tidak dikenali ini untuk seketika. Dia memerintahkan para hadirin lain supaya meninggalkan mereka berdua. Amir itu meraikan tetamunya, berbual dengannya dan menyelidiki latar belakang syeikh itu. Sesudah itu, amir itu bangun dan memeluk Al-Farabi sebagai tanda hormat.
"Mahukah kamu makan dan minum bersama saya?" tanya Amir Saifu'd-Daulah. Al-Farabi menolak pelawaan amir itu.
Al-Farabi menjawab, "Boleh juga."
Amir itu memerintahkan supaya kumpulan muzik diraja yang terdiri daripada para pemuzik dan penyanyi keluar dari sebalik tabir. Mereka mula memainkan muzik dan menyanyi. Setiap kali Al-Farabi mendengar petikan atau pukulan alat muzik, dia memanggil pemain alat muzik berkenaan untuk menerangkan kepada pemuzik itu aspek-aspek yang kurang memuaskan dalam persembahannya.
Saifu'd-Daulah merasa takjub lantas bertanya kepada Al-Farabi, "Apakah kamu juga pandai bermain alat muzik, wahai ahli falsafah?"
Sesudah sesi muzik, amir itu kembali bersendirian bersama tetamunya ini. Dia menawarkan wang ringgit dan elaun bulanan kepadanya tetapi Al-Farabi menolak tawaran itu.
Friday, 29 November 2013
Adam
Tujuan asal aku beli antologi cerpen 'Adam' ini adalah untuk memantapkan lagi cerpen aku dan juga sebagai hadiah kepada diri sendiri sempena hari lahir aku (ada dua lagi buku - kedua-duanya antologi cerpen). Buku ini dibeli di kedai buku Syarikat Muda Osman, Kota Bharu. Sayang seribu kali sayang (juga kecewa), buku-buku terbitan DBP di SMO semakin berkurangan. Sangat kurang, tak macam dulu. Tak suka! Setahu aku SMO ni pengedar buku DBP di Kelantan. Entah, tak faham apa dah jadi sekarang ni??? Takkan aku nak ke Menara DBP di Kuala Lumpur semata-mata nak beli buku (DBP).
Judul Buku: Adam
Penulis: Amil Jaya (Ismail Abbas)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2008
Bil. Muka Surat: 239
Harga: RM15
ISBN 9789836298188
Sinopsis:
"Wahai Adam! Apakah kalian mahu lari daripada-Ku," Allah berfirman.
"Bukan kami mahu lari daripada-Mu Ya Allah, tetapi kami malu dan takut kepada Engkau."
"Bukankah aku sudah melarang kalian memakan buah itu, dan Aku mengingatkan pula bahawa iblis itu ialah musuh kalian yang nyata. Kenapakah kalian berdua memakan buah yang Aku larang?"
Mendengar firman Allah itu, Adam dan Hawa menundukkan kepala serendah-rendahnya sambil meminta ampun. "Ya Allah, kami bertaubat kepada-Mu, Ya Allah. Sudilah kiranya Engkau mengampuni kami. Ya Allah, kami menganiaya diri kami sendiri. Kalau Engkau tidak sudi mengampuni kami dan mengasihi kami sesungguhnya kami akan rugi dan akan sengsara berlarut-larutan."
Demikian gambaran peristiwa yang berlaku dalam Kumpulan Cerpen Adam. Ikutilah cerita selanjutnya dalam Kumpulan cerpen Adam yang menghimpunkan 18 buah cerpen dengan pengutaraan pelbagai persoalan dan rencah kehidupan manusia.
Kandungan:
1. Adam
2. Aku Setuju
3. Bakakuk
4. Berani Itu Rahmat
5. Bidadari
6. Cangkul Cap Buaya
7. Cabaran Membawa Padah
8. Fitnah
9. Hantu Bangkit
10. Ini Hakmu
11. Insaf itu Mulia
12. Kopiahku Maruahku
13. Lalang
14. Maduku Datukku
15. Nenekku Jagoan
16. Norhayati II
17. Senapang Ayah
18. Ulama
Subscribe to:
Posts (Atom)