Ads
Showing posts with label Buku Kanak-kanak - Children's Book. Show all posts
Showing posts with label Buku Kanak-kanak - Children's Book. Show all posts
Wednesday, 14 January 2015
Thursday, 20 November 2014
Young Aisyah: Hari Fesyen
Judul Buku: Young Aisyah: Hari Fesyen
Nama Pengarang: Saridah Hamid
Nama Ilustrator: Reja
Penerbit: PTS
Harga: RM24.90
ISBN 9789673661589
SINOPSIS (diambil dari laman web PTS http://bookcafe.com.my/my/kanak-kanak-my/young-aisyah-hari-fesyen.html)
“Umi, Aisyah belum baligh lagi. Lainlah dengan Kak Azie yang sudah baligh. Jadi, Aisyah belum wajib menutup aurat lagi, bukan?” tanya Aisyah Sofia. Dia baru berusia 10 tahun. Oleh itu, dia tidak faham mengapa dia juga perlu menutup aurat.
Puan Aminah merenung anaknya itu. Aisyah semakin bijak berfikir. Dia bersyukur kerana anaknya suka bertanya apabila tidak memahami sesuatu perkara.
“Ya, betul. Kamu belum belum baligh lagi. Tetapi, apa salahnya kamu mengamalkan apa yang disukai oleh Allah sejak kecil. Bak kata pepatah orang tua, 'alah bisa, tegal biasa'. Sekiranya kita sudah biasa menutup aurat, tidak susah untuk kita terus mengamalkannya sehingga tua. Kamu juga pasti tidak berasa kekok lagi menutup aurat. Sejak kecil lagi, kamu sudah mendapat pahala daripada Allah. Allah pasti suka, bukan?”
Aisyah Sofia mengangguk sambil tersenyum.
BAB 1 : Menutup Aurat
BAB 2 : Baju Kurung Warisan Budaya
BAB 3 : Baju Melayu Tampan Bergaya
BAB 4 : Gaun Labuh Menawan Hati
BAB 5 : Jubah pada Pagi Raya
BAB 6 : Pakaian Sukan Mengikut Syariat Islam
BAB 7 : Telekung Cantik Menghadap Allah
BAB 8 : Mari Buat Sendiri
BAB 9 : Surat Panjang Berkenaan Fesyen
BAB 10 : Blaus Labuh, Seluar Panjang
Saturday, 15 November 2014
Daddy Longs Legs Versi Bahasa Melayu
Judul Buku: Daddy Long Legs
Nama Penulis: Jean Webster
Nama Penterjemah: Siti Malini bt. Mat
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Bilangan Muka Surat: 160
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM14.
ISBN: 9789674010942
Akhirnya jumpa juga Daddy Long Legs versi BM. Suka sangat dengan watak Jerusha Abbot yang cerdik, pandai menulis dan berangan aka berimaginasi. Tetapi di alam realiti, sudah tentu Daddy Long Legs tidak wujud. Ia hanya khayalan penulis semata-mata.
SINOPSIS: (dari laman web PTS http://pts.com.my/buku/daddy-long-legs)
Jerusha Abbot (Judy) adalah anak yatim piatu dan dibesarkan di John Grier Home, sebuah rumah anak-anak yatim yang kolot dan ketinggalan zaman. Setelah tamat persekolahan, Judy masih lagi bekerja di rumah anak-anak yatim tersebut.
Namun, hidupnya berubah apabila seorang pemegang amanah misteri yang membuat lawatan bulanan di rumah anak yatim tersebut bersetuju membiayai kos pelajarannya di kolej. Judy sangat berbakat dalam bidang penulisan. Bagi mengasah bakat penulisannya, Judy disyaratkan untuk menulis surat kepada pemegang amanah itu setiap bulan. Namun begitu, Judy tidak akan mengetahui identiti pemegang amanah yang pemurah itu. Surat itu mesti dituju kepada Encik John Smith dan tidak akan dibalas.
Ikuti kandungan surat kiriman Jerusha Abott yang penuh dengan tanda tanya siapa sebenarnya Daddy Long Legs.
Awak tidak jawab pun soalan saya. Perkara ini penting bagi saya. Adakah awak botak? Saya sudah dapat membayangkan rupa awak, kecuali bahagian atas kepala. Saya tidak dapat memilih sama ada mahu membayangkan rambut awak putih dengan uban, atau pun masih hitam dengan putih, atau pun mungkin tiada rambut langsung! Bagaimana? Saya perlukan jawapan awak.
Buat pengetahuan awak, saya membayangkan mata awak berwarna kelabu. Bulu kening awak begitu lebat dan terjuih ke hadapan. Mulut awak seperti garis lurus, kecuali apabila awak marah, hujungnya akan melengkung ke bawah. Ya, saya tahu awak yang cepat marah, bukan?
Awak tidak jawab pun soalan saya. Perkara ini penting bagi saya. Adakah awak botak? Saya sudah dapat membayangkan rupa awak, kecuali bahagian atas kepala. Saya tidak dapat memilih sama ada mahu membayangkan rambut awak putih dengan uban, atau pun masih hitam dengan putih, atau pun mungkin tiada rambut langsung! Bagaimana? Saya perlukan jawapan awak.
Buat pengetahuan awak, saya membayangkan mata awak berwarna kelabu. Bulu kening awak begitu lebat dan terjuih ke hadapan. Mulut awak seperti garis lurus, kecuali apabila awak marah, hujungnya akan melengkung ke bawah. Ya, saya tahu awak yang cepat marah, bukan?
Saturday, 23 November 2013
French Lesson
Sejarah asal mulanya, aku beli buku ini - French Lesson di kedai buku Syarikat Muda Osman bersama beberapa buah buku lain terbitan Oxford University Press pada tahun 1994. Masa tu, buku-buku OUP (untuk siri ini) sangat murah hanya RM5 sebuah. Tambahan pula buku ini semuanya berkulit keras. Tujuan utama aku beli adalah untuk memperbaiki bahasa Inggeris.
Walaupun nampak buruk dan sedikit berkulat serta hampir dimakan anai-anai, aku sayang sangat dengan buku ni. Ia jadi rujukan untuk aku tulis novel sebab latar belakangkan selatan Perancis. Bukan tiru ye! Harapnya novel aku menjadi kenyataan. Amin. Cerita aku ni aku selitkan unsur Perancis sebab aku suka sangat apa sahaja (baca: kebanyakan - bukan semua) tentang Perancis. Agaknya, bila aku dah bosan dengan Perancis, aku cari Dutch yang handsome pulak. Hahaha...! Ini semua pengaruh Betty Neels, novelis M&B. Hebat betul penangannya (baca: Belanda)!
Saturday, 29 September 2012
Tidurlah Intan dan Ceritalah Lagi
Aku dilahir dan dibesarkan pada tahun 80an dan sudah semnestinya aku mengenali buku Tidurlah Intan dan Ceritalah lagi. Kebanyakannya aku baca di perpustakaan sekolah kerana mak aku tak mampu belikan. Rasanya, aku dah baca hampir kesemua siri buku ini. Aku sempat memiliki buku Tidurlah Intan 2 tapi sekarang aku dah tak tau kat mana letaknya. Kemungkinan besar dah hilang.
Siri buku Tidurlah Intan terdiri daripada 12 buah buku. Tidurlah Intan 1 mewakili bulan Januari, maka terdapat 31 jenis cerita pendek dan puisi. Manakala Tidurlah Intan 2 mewakili bulan Februari yang ada 28 hari. Begitulah seterusnya hingga Tidurlah Intan 12 yang mewakili bulan Disember. Ini semua berdasarkan pemerhatian aku.
Masih aku ingat, dalam Tidurlah Intan 2 ada cerita kanak2 yang mengembara di dalam buih sabun dan berkesempatan menjalani hidup di sebuah istana. Sememangnya cerita khayalan menjadi minat aku ketika itu. Tentang Ceritalah Lagi, maaflah aku dah tak ingat sangat ceritanya.
Sunday, 12 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)