Ads

Showing posts with label Muzik - Music. Show all posts
Showing posts with label Muzik - Music. Show all posts

Tuesday, 25 November 2014

Al-Farabi Tokoh Muzik

Aku begitu tertarik mengikuti kisah Al-Farabi setelah membaca artikel Qawwali Khazanah Kesenian Islam Dunia yang ditulis oleh SM Zakir disiarkan dalam majalah Milenia Muslim (Mac 2012). Ini adalah beberapa perenggan yang menarik minat aku. Sekali lagi aku memetik peristiwa kunjungan Al-Farabi ke istana Sayf al-Dawlah.

"Al-Farabi (870-951M) ilmuan Islam yang masyhur mempunyai kebolehan luar biasa dalam ilmu muzik termasuk bermain alat muzik. Ibnu Khalikan merakamkan bahawa pada satu ketika di istana Sayf al-Dawlah diadakan satu perbincangan ilmu yang dihadiri ilmuan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Al-Farabi hadir dengan berpakaian Turki. Setelah lama berbincang, Sayf al-Dawlah bertanya kepada Al-Farabi sama ada mahu menikmati makanan atau minuman. Al-Farabi menjawab, "Tidak." Sayf al-Dawlah bertanya lagi, "Muzik?" A;-Farabi menjawab, "Ya." Dibawa kumpulan muzik yang terbaik untuk membuat persembahan.

Selesai persembahan, Al-Farabi mengkritik persembahan itu. Sayf al-Dawlah bertanya apakah Al-Farabi berpengetahuan dalam muzik. Al-Farabi menjawab "Ya", lalu mengeluarkan 'ud (alat tiupan) daripada beg dan memainkannya. Para pendengar terpesona dengan persembahan muzik Al-Farabi. Beliau memainkan muzik dengan penuh emosi dengan mengubah iramanya menjadikan mereka semua tertawa, menangis dan tertidur."


Thursday, 20 November 2014

How Music Works


Decoding Wagner




Excerpt from the book:
In 2004 the British Foundation for Motoring voted Wagner's single best-known excerpt, the "Ride of the Valkyries," as the number one tune to avoid playing in the car on account of its propensity to cause accidents.


Julius H. Jacobson II, (MD), concludes "The Ride of the Valkyries" as 'There are eight wild and angry maidens on their winged steeds, traveling through a storm, with their weapons flashing in the glitter of lightning, and their eerie laughter mingling with crash of thunder', in his book 'The Classical Music Experience'.

Google translate says, 'Lapan gadis liar dan marah pada tunggangan bersayap mereka bepergian melalui badai, dengan senjata mereka berkelip dalam kilauan pencahayaan, dan tawa menakutkan mereka berbaur dengan kemalangan guntur'. Sometimes I use google translate just to laugh at it.


Sambungan: Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam

Antara isi kandungan yang menarik perhatian aku. Entri sebelumnya boleh baca di sini, dalam buku Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam

Dalam kitab Al-Musiqi'l-Kabir, Al-Farabi menulis pengenalan terhadap pengenalan muzik dalam beberapa bab. Dia menyebut tentang prinsip-prinsip gubahan muzik, alat-alat muzik yang masyhur serta jenis-jenis irama. Al-Farabi menganggap ilmu muzik sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Dia memperkenalkan muzik sebagai ilmu untuk mengenali gubahan irama.

Dia membahagikan ilmu ini kepada dua bahagian. Pertama ialah ilmu amali muzik yang diperuntukkan lima bab. Dalam bahagian pertama ini, dia menyebut tentang prinsip-prinsip gubahan, kaitan prinsip-prinsip ini dengan jenis-jenis alat muzik, tentang-tentang jenis nada semula jadi yang menjadi asas penggubahan lagu, tentang gubahan nota-nota muzik dan gubahan irama yang lengkap.

Bahagian kedua ialah ilmu amali. Dalam bahagian ini, Al-Farabi berbicara tentang nada dan petikan atau pukulan alat muzik yang menghasilkan nada itu. Naskhah-naskhah tulisan tangan bagi kitab ini masih wujud di perpustakaan Leiden, Milan, Escorial dan Beirut. Kitab ini turut dicetak di Kaherah.


Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam


Judul Buku: Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam (Ulama' al-Arab 8: Al-Farabi, Abu'l-Falsafati'l-Islamiyyah)
Nama Pengarang: Sulayman Fayyad
Nama Penterjemah: Abdul Karim Mustafa
Bilangan Muka Surat: 50
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2003 (Cetakan ke-2)
Harga: RM10.00
ISBN 9789836261069


SINOPSIS

Siri Tokoh Cendikiawan Islam disusun sebanyak 20 judul memaparkan kisah cendikiawan Islam yang masyhur dengan pelbagai kepakaran.

Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah Islam yang pertama serta pakar falsafah yang kedua selepas Aristotle. Hidup pada kurun ke-10 Masihi. Pada zaman kemasyhurannya, beliau amat terkenal di Asia Tengah, Iraq, Syam dan Mesir. Al-Farabi telah mewariskan buku-buku muziknya dan mengembangkan ilmu falsafah Yunani serta membezakan antara falsafah dengan agama kepada generasi selepasnya. Beliau menyeru masyarakat supaya mengamalkan hidup yang sejahtera. Di samping itu, beliau juga hidup sebagai petani di negerinya. Kisah tokoh yang menjadi kebanggaan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Kisah Al-Farabi berkunjung ke istana Amir Saifu'd-Daulah begitu menarik perhatian aku. Menurut ceritanya, Amir Saifu'd-Daulah ingin bersendiri dengan syeikh yang tidak dikenali ini untuk seketika. Dia memerintahkan para hadirin lain supaya meninggalkan mereka berdua. Amir itu meraikan tetamunya, berbual dengannya dan menyelidiki latar belakang syeikh itu. Sesudah itu, amir itu bangun dan memeluk Al-Farabi sebagai tanda hormat.

"Mahukah kamu makan dan minum bersama saya?" tanya Amir Saifu'd-Daulah. Al-Farabi menolak pelawaan amir itu.

Amir bertanya lagi. "Mahukah kamu mendengar persembahan muzik?"

Al-Farabi menjawab, "Boleh juga."

Amir itu memerintahkan supaya kumpulan muzik diraja yang terdiri daripada para pemuzik dan penyanyi keluar dari sebalik tabir. Mereka mula memainkan muzik dan menyanyi. Setiap kali Al-Farabi mendengar petikan atau pukulan alat muzik, dia memanggil pemain alat muzik berkenaan untuk menerangkan kepada pemuzik itu aspek-aspek yang kurang memuaskan dalam persembahannya.

Saifu'd-Daulah merasa takjub lantas bertanya kepada Al-Farabi, "Apakah kamu juga pandai bermain alat muzik, wahai ahli falsafah?"

Al-Farabi mengeluarkan daripada dalam jubahnya suatu beg kecil daripada kain yang mengandungi kepingan-kepingan kayu yang tersusun dan diikat dengan dawai. Ini ialah sejenis alat muzik yang belum pernah dilihat oleh para pemuzik itu. Al-Farabi berkata bahawa alat muzik itu ialah 'alat-alat kanun' yang diciptanya sendiri. Al-Farabi pun mulalah memetik beberapa irama yang asing, ada yang mengalirkan air mata, ada yang membuat roh pendengarnya seolah-olah berada di awang-awangan, dan ada yang membikin pendengarnya tersenyum gembira. 

Sesudah sesi muzik, amir itu kembali bersendirian bersama tetamunya ini. Dia menawarkan wang ringgit dan elaun bulanan kepadanya tetapi Al-Farabi menolak tawaran itu.

Sunday, 16 November 2014

Diari Muzik Saya

Pythagoras mengatakan bahawa muzik adalah sama seperti segala prinsip fizik dan matematik yang membolehkan segala isi alam semesta berfungsi dengan baik dan harmoni.

Artikel Terkepung Dalam Nostalgia Irama oleh wanita jauhari kita, Raihani Mohd. Saaid membuatkan saya membuka helaian demi helaian diari muzik saya. Seingat saya, saya mula meminati muzik ketika di sekolah menengah. Ketika itu kakak sering memainkan lagi Go West oleh Pet Shop Boys. Saya juga turut tenggelam dengan lagu cinta mendayu-dayu Please Forgive Me dan Everything I Do (I Do It For You) yang didendangkan oleh penyanyi dari Kanada, Bryan Adams. Saya turut meminati muzik instrumental yang kenbanyakannya menjadi runut bunyi sesebuah filem. Richard Clayderman dan Vangelis menghiasi dunia muzik saya. Saya seorang yang sentimental. Tak keterlaluan juga jika dikatakan romantik.

Ketika di zaman universiti, siaran radio Singapura, Class 95 menjadi teman semasa belajar. Saya begitu meminati lagu-lagu 80an seperti Forever Young (Alphaville), Drive (The Cars), Love At First Degree (Bananarama) dan banyak lagi. Jika saya senaraikannya, mungkin berkajang-kajang panjangnya. Bagi saya, irama 80an ini mempunyai daya tarikan yang tiada bandingannya.

Apabila memasuki alam pekerjaan, perkara terbesar yang saya lakukan adalah 'self discovery' dunia muzik. Saya jatuh cinta dengan muzik klasik Barat. Pertama kali menghadirkan diri ke konsert orkestra di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) merupakan pengalaman baru dan tidak ternilai harganya dalam hidup saya. Tidak kisah walaupun seorang diri, saya teruja mendengar dan melihat pemuzik Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bersungguh-sungguh memainkan repertoire Mahler Symphony No. 6 di dewan yang berprestij itu. Walaupun tidak memahami apa yang disampaikan oleh simfoni tersebut, ia tidak berhenti begitu sahaja. Banyak yang saya pelajari tentang muzik klasik Barat. Saya sanggup menggunakan duit gaji untuk membeli tiket konsert saban minggu. Kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan ketika menyaksikan Aishah menyanyikan lagu Bahtera Merdeka yang diiringi oleh MPO dan Dato' Johari Salleh selaku konduktor.

Namun sayang sekali negara dikejutkan oleh kematian enam orang remaja ketika menghadiri festival muzik akibat penggunaan dadah dan arak yang berlebihan. Betullah kata Aristotle, muzik boleh mempengaruhi niat manusia. Maknanya muzik yang didengari boleh memperbaiki atau merosakkan peribadi setiap individu. Malah Al-Farabi juga turut mengatakan bahawa muzik juga turut memberikan kesan terhadap emosi dan rohani. Jadi pilihlah muzik yang memberi kebaikan kepada kita dan jauhilah perkara yang boleh memudaratkan diri.

Thursday, 20 October 2011

Pendidikan Muzik Kontemporari Edisi Kedua


Tajuk: Pendidikan Muzik Kontemporari Edisi Kedua
Pengarang: Johami Abdullah @ Joe Chelliah
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2010
Bilangan muka surat: 262
Harga: RM50
ISBN9789834604202


Penulis sendiri mengatakan dalam Prakata buku ini bahawa buku-buku pendidikan muzik dalam bahasa Melayu boleh dikatakan amat terhad atau tidak ada langsung. Penulis juga turut berharap agar dengan penulisan buku ini dapat mengurangkan masalah ini. Pendidik-pendidik muzik yang bertauliah dan/atau berpengalaman akan terus berusaha untuk menambahkan lagi buku-buku pedagogi muzik.

Buku Pendidikan Muzik Kontemporari mengutarakan topik yang berkaitan dengan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, khususnya di Malaysia. Ia membincangkan peranan pendidikan muzik dan pendidik muzik serta hubngan antara teori dengan amalan dalam pengajaran dan pengajaran pendidikan muzik kontemporari. Buku ini membawa anda meninjau isu utama pendidikan muzik tanah air dari pelbagai perspektif asas seperti:

* Sejarah
* Falsafah
* Sosiologi
* Psikologi
* Pedagogi

Buku ini ditulis oleh Johami Abdullah yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pendidikan dan juga sebagai pemuzik profesional. Beliau merupakan presiden Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) semenjak didaftarkan pada tahun 2002 hingga sekarang.

Sunday, 7 August 2011

Music at the Limits: Three Decades of Essays and Articles on Music


Music at the Limits: Three Decades of Essays and Articles on Music
Edward W.Said
Bloomsbury
2008
RM57.95


Synopsis:

Music at the Limits brings together three decades of Edward W. said's essays on music. Addressing the work of a wide variety of composers and perdormers, said analyses music's social and political context's, and provides rich and often surprising assessment. He reflects on the censorship of Wagner in Israel; the relationship between music and feminism; and the works of Beethoven, Bruckner, Rossini, Schumann, Stravinsky and others. Always eloquent and often surprising, Music at the Limits reinforces Said's reputation as one of the most influential writers of the twentieth century.




Wednesday, 22 June 2011

Latest Buy @ Kinokuniya - Last but not least

1) Music at the Limits: Three Decades of Essays and Articles on Music
by Edward Said

2) Classical Music
by Julian Johnson

3) Vivaldi: red Priest of Venice
by Susan Adams

4) Everything is Connected: the Power of Music
by Daniel Barenboim

5) The Checklist Manifesto: How to Get Things Right
by Atul Gwande
(non-music)

Sunday, 22 May 2011

Kamus Seni Muzik




KAMUS SENI MUZIK


Penyusun: Jason Tye Kong Chiang, Johan Othman, Lena Lie Pek Hung, Norlida Mohd. Jalaludin, Patricia Ann Matusky Yamaguchi, Razak Abdul Aziz, Tan Soi Beng, dan Toh Lai Chee.

Penyelenggara: Hajah Ratna Inzah Datuk Haji Mohd Asri (Ketua), Ramlah Abu Bakar, dan Julianah Kuli.

DBP

318 ms

2009

RM30

ISBN 978983460274


Kamus Seni Muzik adalah satu-satunya kamus muzik berbahasa Melayu yang saya jumpa. Selain menambah pengetahuan dalam bidang muzik, kamus ini secara langsung dapat membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana pengungkapan ilmu dalam pelbagai bidang. Penerbitan kamus ini adalah sebagai kesinambungan daripada siri penerbitan kamus istilah yang diusahakan oleh DBP.


Kamus Seni Muzik memberi tumpuan khusus kepada sub-bidang alat muzik tradisional, etnomuzikologi, persembahan muzik, muzik Barat dan teori muzik Barat, termasuk 1398 istilah berserta huraian. Saya sebagai seorang peminat muzik klasik Barat sangat mengalu-alukan penulisan buku muzik dalam bahasa Melayu kerana buku-buku muzik berbahasa Melayu yang ada di pasaran masih boleh dikira dengan jari. Kamus ini bukan sahaja menghurai istilah muzik klasik Barat tetapi istilah muzik Melayu, Indonesia, Filipina, Iran dan banyak lagi. Walaupun saya rasakan bilangan istilahnya masih tidak mencukupi namun ia satu permulaan yang baik untuk memartabatkan bahasa Melayu.