Ads

Showing posts with label Artikel - Article. Show all posts
Showing posts with label Artikel - Article. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

10 Kesilapan Kerjaya Kamu Lakukan Pada Usia 20an

Walau pun umur sudah menjauhi 20an namun bagi aku artikel ini sangat berguna kepada semua tanpa mengira usia. Tetapi kenapa masa umur 20an dulu aku tak jumpa artikel macam ni? Macam tak puas hati je. Takpe, masih belum terlambat!

Artikel dipetik dari laman web Cosmpolitan Malaysia.
Pautan: http://cosmopolitan.my/10-kesilapan-kerjaya-kamu-lakukan-pada-usia-20an/


January 2, 2015

Minta gaji lebih bila kamu temuduga untuk kerja pertama, itu tip pertama! Elak lakukan kesilapan kerjaya yang akan buat kamu ‘tersangkut’ di kedudukan yang sama.



Adakah kamu nak buat duit banyak? Sudah tentu. Adakah kamu mahu dapatkan kerjaya yang kamu sayangi? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang menakutkan supaya kamu tak rasa menyesal di kemudian hari.


1. Gaji kamu setujui sebenarnya tak mencukupi

Gaji yang kamu perbincangkan masa kamu ditawarkan kerja adalah perbincangan paling penting dengan syarikat kamu bekerja. Untuk kamu dapat kenaikan yang besar selepas itu mungkin makan tahun, kecualilah kamu dapat tawaran kerja di tempat lain atau ‘mengugut’ untuk berhenti. Tak salah minta lebih daripada apa yang ditawarkan, kalau tak dapat bagi banyak sekurang-kurangnya ada lebih itu dan kamu pun akan rasa puas hati.


2. Menunggu kerjaya impian jatuh ke riba

Kamu rasa Beyonce hanya menari-nari di depan cermin di bilik tidurnya masa kecil sewaktu Columbia Records menelefonnya dan menawarkan rakaman album sehingga dia berjaya hari ini? Dia yang keluar untuk dapatkan perjanjian itu ya. Kamu pun kenalah buat yang sama untuk kerjaya idaman – cari seseorang dalam syarikat itu tanya jika ada kekosongan. Kemudian, bertindaklah! Memburu kerja itu pun satu kerja sepenuh masa, dan jika kamu tak rajin nak cuba, memanglah tak ke mana-mana.


3. Kamu tak berani ambil risiko besar

Namakan sesiapa yang berjaya. Fikirkan kenapa dia boleh jadi berpengaruh dalam bidangnya. Kemungkinan besar dia telah lakukan sesuatu yang orang lain tak pernah buat. Dan kemungkinan besar pada awal dia mencadangkan idea itu, semua orang ingat dia ‘gila.’ Jika kamu ada idea gempak, jangan tunggu orang tanya padamu, ajukan dan lakukannya! Ada yang mungkin rasa tak selesa tapi jika ia berjaya, kamu juga yang dapat nama.


4. Kamu biarkan ego menghalang bakatmu dari diiktiraf

Promosi diri boleh bantu kerjaya kamu, tapi mencanang diri untuk meminta kredit untuk setiap perkara kamu buat kerana kamu tak tahan lihat idea kamu memberi manfaat kepada orang lain hanya tunjukkan kamu bukan team player. Ingat, bila kamu buat orang lain raih kejayaan, kamu pun successful.


5. Pakaian kamu tak kena

Dari hari pertama jadi pelatih, pastikan kamu berpakaian elok. Impresi pertama akan diingati sampai bila-bila, dan jika kamu bekerja di syarikat yang amalkan kod pakaian kasual sekalipun, janganlah datang pejabat berpakaian seperti nak lepak di pasar malam. Sarung blazer dan pastikan rambut dah kering sebelum masuk pejabat.


6. Kamu pasrah dengan ‘tidak’

Ada kala bila kamu minta sesuatu dan cadangan kamu ditolak, mudah saja untuk mengalah. Tapi jika kamu perlukan duit ekstra untuk jayakan projek dan bos cakap ‘tidak,’ datang semula kepadanya dalam beberapa hari untuk berikan sebab lebih kukuh. Biasanya bos boleh ubah fikiran jika kamu berikan alasan yang lebih mantap.


7. Kamu tak kisah tentang cuti

Bila kamu bercuti, bermakna kamu tak perlu fikirkan tentang hal kerja. Tujuan bercuti adalah supaya kamu berehat dan bila kamu kembali ke pejabat, tidaklah rasa lesu dan sama saja daripada sebelumnya. Kamu yang rugi kalau tak gunakan cuti tahunan yang telah diperuntukkan, ia akan menjejaskan produktiviti dirimu, percayalah.


8. Kamu main ambil kerja pertama ditawarkan kerana malas nak cari kerja lebih bagus

Jika boleh, janganlah mudah mengiyakan kerja apa-apa pun hanya kerana ia tawaran pertama. Takpun, terima tawaran itu tapi teruskan mencari kerja yang lebih baik.


9. Kamu cemburu dengan prestasi orang lain

Jika mereka lebih baik, jangan pandang lekeh. Katakan ‘good job’ dan jadikannya inspirasi dan motivasi untuk kamu capai kedudukan sama. Pekerja yang cemburu biasanya tak ke mana-mana dengan rasa irinya itu. Orang yang tahu pun akan susah nak percayakan kamu.


10. Benci tapi tak berhenti

Kalau kamu dah tak tahan sangat dengan kerja itu, janganlah biarkan diri tenggelam dan lemas hanya kerana kamu nak tunggu tawaran lain. Buat rancangan dan bertindak. Bila kamu berhenti kerja itu, kamu akan rasa lebih gembira.


Foto Nick Onken


8 Sebab Kasut Tampak Kurang Eksklusif


November 28, 2014


Siapa tak gila kasut betul tak? Walaupun kadangkala terpaksa ‘makan hati’ bila ternampak teman kamu menggayakan sepasang Jimmy Choo atau Louboutin. Dan kamu tahu setakat mana kemampuan kamu. Jangan risau! Sebenarnya kamu tak perlu pun berbelanja lebih untuk tampil like a million dollars, baby! Kuncinya hanya dengan mengesan apa yang membuatkan kasut tampak ‘mahal’ biarpun harganya berpatutan.






1. Platform terlalu tinggi (aku pun tak berkenan)

Malangnya, semakin tebal sesuatu platform kasut, semakin nampak murah. Lebih-lebih lagi jenis platform tersembunyi (lihat gambar). Pilih kasut tanpa platform untuk gaya lebih chic dan sofistikated.




2. Tak muat sempurna aka kasut pinjam

Saiz kasut yang lebih besar atau kecil daripada saiz sebenar kamu buat gaya nampak janggal. Walau secantik mana pun kasut tu, jangan beli jika kaki tak muat.




3. Sarat perincian aka serabut

Embellishment is always tricky. Walaupun perinciannya sebenarnya mahal, kasut akan nampak murah kalau ia tak dibuat dengan betul. Pilih saja bentuk klasik dengan potongan ringkas.





4. Sukar berjalan (jangan seksa diri)

Kamu sepatutnya rasa selesa bila memakai kasut, bukan sebaliknya. Jika asyik ‘terkehel’ saja, tinggalkan saja kasut tu di rumah. Sebaliknya pilih jenis yang tak berapa tinggi tapi dapat menampung kaki kamu dengan sempurna.




6. Dah lapuk 

Jika kamu terlalu sayang kasut warna hitam tu, rajin-rajin lah hantar ke kedai untuk dipulihkan semula. Jangan sampai orang lain perasan bila tapak dah tercabut dan warnanya semakin pudar. Paling senang, beli saja yang baru!




7. Kulit tiruan

Bukan mudah nak cari but kulit tiruan yang nampak seperti kulit asli, terutama yang bewarna coklat. Cadangan Cosmo adalah dengan memilih but potongan paras buku lali saja. Ataupun mulalah menyimpan untuk beli kasut kulit asli di masa depan.




8. Terlalu berkilat

Mana-mana kasut pun akan nampak cantik bila bewarna hitam, putih atau sawo matang. Tetapi akan nampak risky bila ia berwarna terang seperti biru kobalt, merah fuchsia dan coklat gelap. Jika kamu mahu kasut berona terang nampak mahal, pilih material seperti suede. Suede menyerlah warna pada kasut, walaupun jenis yang bukan asli.




Wednesday, 31 December 2014

Senarai Azam Tahun Baru Yang Tepat!

Selamat Tahun Baru 2015 semua. Bersempena dengan tahun baru yang baru sahaja menjelang, aku cut & paste artikel yang ditulis oleh Editor Rencana Cosmopolitan Malaysia iaitu Anida Salwani Abdul Hadi.



We do it every year! Tapi apa gunanya buat azam tahun baru kalau setakat hangat-hangat tahi ayam? Kalau kamu sedang merancang untuk mencapai azam tahun 2015, Cosmo sarankan kamu elak senarai seperti di bawah ini.




1. Letak sasaran terperinci (yang tak munasabah) untuk hilangkan berat badan.

Contoh: “Saya nak turunkan 10kg dalam masa tiga bulan!”

Percayalah, meletakkan sasaran terlalu spesifik akan berikan dua kesan. Satu, kamu rasa amat tertekan sebab tinggal lagi dua minggu kamu kena hilangkan lagi lima kilo, dan kamu tahu bulan Mac ada banyak undangan perkahwinan. Dua, bila tak dapat capai, maka bertambahlah stress dan kemungkinan kamu akan menambah semula berat badan juga tinggi.

Cadangan Cosmo: Letak sasaran ‘manja’ seperti “Saya nak turunkan berat badan.” Walaupun sekilo dua kamu berjayakan hilangkan, it is a win already! Bila kamu letakkan sasaran yang agak ‘kabur’ (lebih baik dari tiada langsung), dan kamu dapat pula capainya (walaupun sedikit), ia akan beri satu kegembiraan tak terkata buatmu. Teruskan…


2. Azam untuk lebih gembira atau lebih luangkan masa untuk sesuatu.

Contoh: “Saya akan rasa lebih gembira bila lepak dengan keluarga.”

What is that all about? Kamu seakan tak bersyukur selama ini keluarga sentiasa berada di belakangmu. Cosmo tak percaya jika selama ini kamu langsung atau amat kurang habiskan masa dengan keluarga.

Cadangan Cosmo: Pada bila-bila masa kamu bersama dengan orang tersayang, make it count. Walaupun sekadar berbual di telefon selama lima minit, ucapkan I love you pada mama atau papamu. Lebih atau kurang tak bermakna kalau kamu tak jadikannya berkualiti.


3. Melancong ke luar negara.

Contoh: Melancong ke luar negara. (bla bla bla)

Biasanya kamu akan bayangkan Eropah atau negara yang jauh berjam-jam perjalanan dalam pesawat. Apa salahnya melancong dalam negara atau ke negara jiran berhampiran? Tahukah kamu Ipoh ada pelbagai tempat menarik boleh kamu terokai? Seperti pasar minggu yang menjual barangan antik atau Thumb’s Cafe yang dibuka 6 petang sehingga 1 pagi yang ‘membawa’ kamu kembali ke zaman kanak-kanak? Tahukah Pulau Lombok di Indonesia ada keunikan tersendiri malah dikatakan would be the next Bali?

Cadangan Cosmo: dalam negara, luar negara… Yang penting, apa yang kamu pelajari daripada tempat dikunjungi. Cuba ke muzium, kamu pasti terkejut betapa banyak info yang mungkin kamu belum tahu ada di situ.


4. Go for a blind date.

Pada zaman sesiapa pun boleh jadi sesiapa terutama di alam maya, Cosmo tak galakkannya kecuali kamu diperkenalkan oleh seseorang yang dipercayai.

Cadangan Cosmo: Mungkin ada seseorang yang kamu dah kenali sebelum ini tapi kamu ‘terlepas pandang’. Cuba beri perhatian dan kenali si dia yang mungkin dah lama memendam hatinya untukmu. Manalah tahu, si dialah orangnya untukmu.


Tuesday, 25 November 2014

Al-Farabi Tokoh Muzik

Aku begitu tertarik mengikuti kisah Al-Farabi setelah membaca artikel Qawwali Khazanah Kesenian Islam Dunia yang ditulis oleh SM Zakir disiarkan dalam majalah Milenia Muslim (Mac 2012). Ini adalah beberapa perenggan yang menarik minat aku. Sekali lagi aku memetik peristiwa kunjungan Al-Farabi ke istana Sayf al-Dawlah.

"Al-Farabi (870-951M) ilmuan Islam yang masyhur mempunyai kebolehan luar biasa dalam ilmu muzik termasuk bermain alat muzik. Ibnu Khalikan merakamkan bahawa pada satu ketika di istana Sayf al-Dawlah diadakan satu perbincangan ilmu yang dihadiri ilmuan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Al-Farabi hadir dengan berpakaian Turki. Setelah lama berbincang, Sayf al-Dawlah bertanya kepada Al-Farabi sama ada mahu menikmati makanan atau minuman. Al-Farabi menjawab, "Tidak." Sayf al-Dawlah bertanya lagi, "Muzik?" A;-Farabi menjawab, "Ya." Dibawa kumpulan muzik yang terbaik untuk membuat persembahan.

Selesai persembahan, Al-Farabi mengkritik persembahan itu. Sayf al-Dawlah bertanya apakah Al-Farabi berpengetahuan dalam muzik. Al-Farabi menjawab "Ya", lalu mengeluarkan 'ud (alat tiupan) daripada beg dan memainkannya. Para pendengar terpesona dengan persembahan muzik Al-Farabi. Beliau memainkan muzik dengan penuh emosi dengan mengubah iramanya menjadikan mereka semua tertawa, menangis dan tertidur."