Ads

Saturday 10 January 2015

10 Kesilapan Kerjaya Kamu Lakukan Pada Usia 20an

Walau pun umur sudah menjauhi 20an namun bagi aku artikel ini sangat berguna kepada semua tanpa mengira usia. Tetapi kenapa masa umur 20an dulu aku tak jumpa artikel macam ni? Macam tak puas hati je. Takpe, masih belum terlambat!

Artikel dipetik dari laman web Cosmpolitan Malaysia.
Pautan: http://cosmopolitan.my/10-kesilapan-kerjaya-kamu-lakukan-pada-usia-20an/


January 2, 2015

Minta gaji lebih bila kamu temuduga untuk kerja pertama, itu tip pertama! Elak lakukan kesilapan kerjaya yang akan buat kamu ‘tersangkut’ di kedudukan yang sama.



Adakah kamu nak buat duit banyak? Sudah tentu. Adakah kamu mahu dapatkan kerjaya yang kamu sayangi? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang menakutkan supaya kamu tak rasa menyesal di kemudian hari.


1. Gaji kamu setujui sebenarnya tak mencukupi

Gaji yang kamu perbincangkan masa kamu ditawarkan kerja adalah perbincangan paling penting dengan syarikat kamu bekerja. Untuk kamu dapat kenaikan yang besar selepas itu mungkin makan tahun, kecualilah kamu dapat tawaran kerja di tempat lain atau ‘mengugut’ untuk berhenti. Tak salah minta lebih daripada apa yang ditawarkan, kalau tak dapat bagi banyak sekurang-kurangnya ada lebih itu dan kamu pun akan rasa puas hati.


2. Menunggu kerjaya impian jatuh ke riba

Kamu rasa Beyonce hanya menari-nari di depan cermin di bilik tidurnya masa kecil sewaktu Columbia Records menelefonnya dan menawarkan rakaman album sehingga dia berjaya hari ini? Dia yang keluar untuk dapatkan perjanjian itu ya. Kamu pun kenalah buat yang sama untuk kerjaya idaman – cari seseorang dalam syarikat itu tanya jika ada kekosongan. Kemudian, bertindaklah! Memburu kerja itu pun satu kerja sepenuh masa, dan jika kamu tak rajin nak cuba, memanglah tak ke mana-mana.


3. Kamu tak berani ambil risiko besar

Namakan sesiapa yang berjaya. Fikirkan kenapa dia boleh jadi berpengaruh dalam bidangnya. Kemungkinan besar dia telah lakukan sesuatu yang orang lain tak pernah buat. Dan kemungkinan besar pada awal dia mencadangkan idea itu, semua orang ingat dia ‘gila.’ Jika kamu ada idea gempak, jangan tunggu orang tanya padamu, ajukan dan lakukannya! Ada yang mungkin rasa tak selesa tapi jika ia berjaya, kamu juga yang dapat nama.


4. Kamu biarkan ego menghalang bakatmu dari diiktiraf

Promosi diri boleh bantu kerjaya kamu, tapi mencanang diri untuk meminta kredit untuk setiap perkara kamu buat kerana kamu tak tahan lihat idea kamu memberi manfaat kepada orang lain hanya tunjukkan kamu bukan team player. Ingat, bila kamu buat orang lain raih kejayaan, kamu pun successful.


5. Pakaian kamu tak kena

Dari hari pertama jadi pelatih, pastikan kamu berpakaian elok. Impresi pertama akan diingati sampai bila-bila, dan jika kamu bekerja di syarikat yang amalkan kod pakaian kasual sekalipun, janganlah datang pejabat berpakaian seperti nak lepak di pasar malam. Sarung blazer dan pastikan rambut dah kering sebelum masuk pejabat.


6. Kamu pasrah dengan ‘tidak’

Ada kala bila kamu minta sesuatu dan cadangan kamu ditolak, mudah saja untuk mengalah. Tapi jika kamu perlukan duit ekstra untuk jayakan projek dan bos cakap ‘tidak,’ datang semula kepadanya dalam beberapa hari untuk berikan sebab lebih kukuh. Biasanya bos boleh ubah fikiran jika kamu berikan alasan yang lebih mantap.


7. Kamu tak kisah tentang cuti

Bila kamu bercuti, bermakna kamu tak perlu fikirkan tentang hal kerja. Tujuan bercuti adalah supaya kamu berehat dan bila kamu kembali ke pejabat, tidaklah rasa lesu dan sama saja daripada sebelumnya. Kamu yang rugi kalau tak gunakan cuti tahunan yang telah diperuntukkan, ia akan menjejaskan produktiviti dirimu, percayalah.


8. Kamu main ambil kerja pertama ditawarkan kerana malas nak cari kerja lebih bagus

Jika boleh, janganlah mudah mengiyakan kerja apa-apa pun hanya kerana ia tawaran pertama. Takpun, terima tawaran itu tapi teruskan mencari kerja yang lebih baik.


9. Kamu cemburu dengan prestasi orang lain

Jika mereka lebih baik, jangan pandang lekeh. Katakan ‘good job’ dan jadikannya inspirasi dan motivasi untuk kamu capai kedudukan sama. Pekerja yang cemburu biasanya tak ke mana-mana dengan rasa irinya itu. Orang yang tahu pun akan susah nak percayakan kamu.


10. Benci tapi tak berhenti

Kalau kamu dah tak tahan sangat dengan kerja itu, janganlah biarkan diri tenggelam dan lemas hanya kerana kamu nak tunggu tawaran lain. Buat rancangan dan bertindak. Bila kamu berhenti kerja itu, kamu akan rasa lebih gembira.


Foto Nick Onken


No comments:

Post a Comment