Ads

Sunday 11 January 2015

Ulam-ulaman - Daun Kemangi dan Ulam Raja

Petang semalam aku berkesempatan ke ke pasar dan beli sedikit ulam-ulaman iaitu daun kemangi dan ulam raja. 

Ini daun kemangi. Seikat harga lima puluh sen. Pada mulanya ingat-ingat lupa namanya. Daun selasih? Bukanlah! Daun mangi? Aku bertanya kepada adik penjual selepas membayar harga daun kemangi ini. Daun kemangi, kak. Dah bertahun-tahun aku tak jumpa dan tak makan daun kemangi ni.

Jika James Wong (seorang ahli botani yang terkenal di UK) mengatakan clovers smell like dentist, aroma daun kemangi ni pulak rasa seperti dibius. Mungkin ada sebatian kimia dalam daun ini yang sama atau hampir sama digunakan dalam ubat bius. Daun kemangi ni rasa berangin (bukan angin dalam badan), lebih tepat rasa mentol dan sedikit panas jadi sesuailah dimakan pada musim hujan ni.


Ulam raja. Korang mesti kenal kan? Ulam raja merupakan ulam yang paling aku suka mengatasi segala ulam yang lain setakat ini. Aku tak perlu tunggu makan nasi baru makan ulam. Aku makan ulam bila-bila masa aku suka asalkan ada stok, seperti makan snek. Dah macam kambing. Lidah aku kata ulam raja ni sedap. Rasa segar dan menghilangkan bau mulut. Dah tak payah buang duit beli Clorets. Ramuan klorofil yang ada dalam Clorets tu membuatkan mulut rasa segar. Lebih baik dapatkan klorofil dengan cara yang lebih segar dan murah!

Korang tau tak nama lain bagi ulam raja ni pokok bintang berayun. Bunganya yang berwarna putih-pink atau oren akan berayun-ayun ditiup angin seperti bintang di langit. Ulam raja ni mudah tumbuh. Hanya tabur biji benih yang sudah matang dan tunggu beberapa minggu, pasti anak-anak pokok akan tumbuh. Sekali ulam raja tumbuh, maka anak-anak pokok akan beranak pinak dengan banyak sebab biji benih jatuh di sekelilingnya.



No comments:

Post a Comment