Ads

Tuesday 25 November 2014

Al-Farabi Tokoh Muzik

Aku begitu tertarik mengikuti kisah Al-Farabi setelah membaca artikel Qawwali Khazanah Kesenian Islam Dunia yang ditulis oleh SM Zakir disiarkan dalam majalah Milenia Muslim (Mac 2012). Ini adalah beberapa perenggan yang menarik minat aku. Sekali lagi aku memetik peristiwa kunjungan Al-Farabi ke istana Sayf al-Dawlah.

"Al-Farabi (870-951M) ilmuan Islam yang masyhur mempunyai kebolehan luar biasa dalam ilmu muzik termasuk bermain alat muzik. Ibnu Khalikan merakamkan bahawa pada satu ketika di istana Sayf al-Dawlah diadakan satu perbincangan ilmu yang dihadiri ilmuan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Al-Farabi hadir dengan berpakaian Turki. Setelah lama berbincang, Sayf al-Dawlah bertanya kepada Al-Farabi sama ada mahu menikmati makanan atau minuman. Al-Farabi menjawab, "Tidak." Sayf al-Dawlah bertanya lagi, "Muzik?" A;-Farabi menjawab, "Ya." Dibawa kumpulan muzik yang terbaik untuk membuat persembahan.

Selesai persembahan, Al-Farabi mengkritik persembahan itu. Sayf al-Dawlah bertanya apakah Al-Farabi berpengetahuan dalam muzik. Al-Farabi menjawab "Ya", lalu mengeluarkan 'ud (alat tiupan) daripada beg dan memainkannya. Para pendengar terpesona dengan persembahan muzik Al-Farabi. Beliau memainkan muzik dengan penuh emosi dengan mengubah iramanya menjadikan mereka semua tertawa, menangis dan tertidur."


No comments:

Post a Comment