Ads
Showing posts with label Coretan Aku - My Notes. Show all posts
Showing posts with label Coretan Aku - My Notes. Show all posts
Friday, 20 February 2015
Thursday, 29 January 2015
Thursday, 15 January 2015
A Fresh Start 2015
Wishing for a bright new year 2015. My target is to finish at least ONE short story per month. As usual, I always get a free calendar every year (read: I have to buy Marie Claire). This year's L'occitane calendar looks much cuter compared to last year's.
Looking forward for brighter 2016, 2017, 2018.............. Celebrate my 40s, 50s, 60s, 70s ...... If God's willing.
Monday, 12 January 2015
Sunday, 11 January 2015
James Wong Ahli Etnobotani
Rasanya aku terperasan nama James Wong ni ketika tahun 2011 atau 2012. Masa tu TV Al Hijrah baru memulakan siarannya jadi rancangan Backyard Medicine antara yang menjadi pengisian. Ingat lagi masa tu banyak sangat disiarkan dokumentari terkenal Harun Yahya - Sign of Creator. Siang malam pagi petang ada tapi best apa! Aku mula nak tau lebih lanjut pasal Backyard Medicine ni tahun lepas. Jatuh cinta pandang pertama dengan taman herba belakang rumah tu. Teringin jugak nak ada taman macam tu. Nak petik serai ke, halia nak memasak ke semua ada kat belakang rumah. Ini betul-betul taman yang ada landskap ye bukannya tumbuh meliar tak terjaga.
Ketika di bangku sekolah dahulu jika ditanya berkenaan cita-cita, macam-macamlah yang keluar. Nak jadi itu nak jadi ini. Menjadi ahli botani adalah salah satu daripada cita-cita aku tapi tak tercapai pun. Dilahirkan dan dibesarkan di kampung, aku sudah terbiasa dan mengenali serba sedikit pokok-pokok dan tumbuhan yang hidup di sekeliling rumah dan hutan serta semak yang berdekatan dengan rumah. Mak aku dan arwah nenek yang banyak bercerita pasal pokok-pokok ni. Ada kalanya kami meredah masuk semak untuk mencari pucuk miding dan segala macam tumbuhan dalam semak tu untuk buat sayur. Tambahan pula ketika di tingkatan 3 memerlukan aku menjalankan projek berkaitan tumbuh-tumbuhan bagi matapelajaran Geografi untuk melayakkan lulus peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sudah tentu aku gembira dengan perkara sebegini dan banyak menambah pengetahuanku.
Ketika di bangku sekolah dahulu jika ditanya berkenaan cita-cita, macam-macamlah yang keluar. Nak jadi itu nak jadi ini. Menjadi ahli botani adalah salah satu daripada cita-cita aku tapi tak tercapai pun. Dilahirkan dan dibesarkan di kampung, aku sudah terbiasa dan mengenali serba sedikit pokok-pokok dan tumbuhan yang hidup di sekeliling rumah dan hutan serta semak yang berdekatan dengan rumah. Mak aku dan arwah nenek yang banyak bercerita pasal pokok-pokok ni. Ada kalanya kami meredah masuk semak untuk mencari pucuk miding dan segala macam tumbuhan dalam semak tu untuk buat sayur. Tambahan pula ketika di tingkatan 3 memerlukan aku menjalankan projek berkaitan tumbuh-tumbuhan bagi matapelajaran Geografi untuk melayakkan lulus peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sudah tentu aku gembira dengan perkara sebegini dan banyak menambah pengetahuanku.
Pokok senduduk, rumput mata lalat (dan pelbagai jenis rumput), 'pokok anu pelanduk', rotan. buluh, pokok asam jawa, pucuk miding, paku pakis, ulam raja, pokok kapal terbang, daun kentut (memamng baunya macam kentut!), lalang (cantik bunganya), 'rumput Israel' (lupa nama betulnya), paku langsuyar, paku tanduk rusa, duit-duit, anggerik merpati (aku sangat tergilakannyasemasa darjah 4), sejenis anggerik di mana bunganya sangat halus (taktau nama), timun tikus (aku suka sangat daunnya seperti daun ivy) dan banyak banyak banyak lagi..............
Nak senarai lagi:
- Apa nama pokok saprofit pokok menumpang tak kenang budi
- Bunga yang ada tali panjang aku buat subang perasan cantik!
- 'Pokok anu pelanduk' - aku hanya pernah jumpa dan makan buahnya sekali sahaja seumur hidup. Pokoknya tumbuh liar dalam semak belakang rumah
- Ceri Malaysia
- Gooseberry aka pokok letup-letup
Tapi sekarang semuanya dah berubah. Dah takde lagi semak. Semak digantikan dengan rumah. Semak yang menjadi tempat aku belajar secara tak formal hanya tinggal kenangan.
Berbalik semula kepada James Wong yang menjadi tajuk entri kali ini, dia merupakan seorang ahli etnobotani yang terkenal dari United Kingdom. Aku hanay tahu botani iaitu berkaitan tumbuh-tumbuhan tapi apa pula makna etnobotani? Etno? Etos? Apa-apa ajelah!
Nak senarai lagi:
- Apa nama pokok saprofit pokok menumpang tak kenang budi
- Bunga yang ada tali panjang aku buat subang perasan cantik!
- 'Pokok anu pelanduk' - aku hanya pernah jumpa dan makan buahnya sekali sahaja seumur hidup. Pokoknya tumbuh liar dalam semak belakang rumah
- Ceri Malaysia
- Gooseberry aka pokok letup-letup
Tapi sekarang semuanya dah berubah. Dah takde lagi semak. Semak digantikan dengan rumah. Semak yang menjadi tempat aku belajar secara tak formal hanya tinggal kenangan.
Berbalik semula kepada James Wong yang menjadi tajuk entri kali ini, dia merupakan seorang ahli etnobotani yang terkenal dari United Kingdom. Aku hanay tahu botani iaitu berkaitan tumbuh-tumbuhan tapi apa pula makna etnobotani? Etno? Etos? Apa-apa ajelah!
Ini dia FB James Wong
Laman web rasmi: http://www.jameswong.co.uk - Nampaknya laman webnya under maintenance sekarang.
James sedang menyiapkan buku terbaharunya.
Petikan biodata di wikipedia:
James Wong (born June 23, 1981) is an ethnobotanist, television presenter and garden designer in the United Kingdom, best known for presenting the award-winning television series Grow Your Own Drugs, being a panellist on the long-running Radio 4 series "Gardeners' Question Time" and reporting on the hit rural affairs series BBC Countryfile.
Born in London to a Malaysian Chinese father and a British mother, Wong was brought up in Singapore and Malaysia. Upon being awarded an academic scholarship, he returned to the UK in 1999 to study at the University of Bath. He then trained at the Royal Botanic Gardens, Kew, and the University of Kent, gaining a Master of Science degree in Ethnobotany, graduating with distinction.
Thursday, 25 December 2014
Banjir dan Buku
Ya Allah, aku tak tahu apa dah jadi dengan koleksi buku aku. Kemungkinan besar ditenggelami air bah. Aku selalu ingatkankan diri, semua benda di atas dunia ini adalah pinjaman. Aku tahu aku suka membaca. Aku beli buku-buku dengan duit sendiri tetapi semuanya hak mutlak Allah Taala. Allah Taala pinjamkan sementara buku-buku itu untuk aku. Semoga Allah selamatkan buku-buku aku dan segalanya. Semoga banjir ini cepat reda. Semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. Amin.
Tuesday, 16 December 2014
Rumput Yang Indah
Inilah gambar rumput yang menjadi latar belakang blog ini. Cantik kan? Sungguh indah segala apa yang Allah jadikan. Rumput yang kita pijak selama ini sememangnya sangat indah di mata orang yang menilainya. Sekali pandang seakan-akan gandum. Sudah semestinya ianya kelihatan hampir serupa kerana berasal daripada keluarga yang sama. Padi juga tergolong dalam keluarga ini.
Sunday, 16 November 2014
Diari Muzik Saya
Pythagoras mengatakan bahawa muzik adalah sama seperti segala prinsip fizik dan matematik yang membolehkan segala isi alam semesta berfungsi dengan baik dan harmoni.
Artikel Terkepung Dalam Nostalgia Irama oleh wanita jauhari kita, Raihani Mohd. Saaid membuatkan saya membuka helaian demi helaian diari muzik saya. Seingat saya, saya mula meminati muzik ketika di sekolah menengah. Ketika itu kakak sering memainkan lagi Go West oleh Pet Shop Boys. Saya juga turut tenggelam dengan lagu cinta mendayu-dayu Please Forgive Me dan Everything I Do (I Do It For You) yang didendangkan oleh penyanyi dari Kanada, Bryan Adams. Saya turut meminati muzik instrumental yang kenbanyakannya menjadi runut bunyi sesebuah filem. Richard Clayderman dan Vangelis menghiasi dunia muzik saya. Saya seorang yang sentimental. Tak keterlaluan juga jika dikatakan romantik.
Ketika di zaman universiti, siaran radio Singapura, Class 95 menjadi teman semasa belajar. Saya begitu meminati lagu-lagu 80an seperti Forever Young (Alphaville), Drive (The Cars), Love At First Degree (Bananarama) dan banyak lagi. Jika saya senaraikannya, mungkin berkajang-kajang panjangnya. Bagi saya, irama 80an ini mempunyai daya tarikan yang tiada bandingannya.
Apabila memasuki alam pekerjaan, perkara terbesar yang saya lakukan adalah 'self discovery' dunia muzik. Saya jatuh cinta dengan muzik klasik Barat. Pertama kali menghadirkan diri ke konsert orkestra di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) merupakan pengalaman baru dan tidak ternilai harganya dalam hidup saya. Tidak kisah walaupun seorang diri, saya teruja mendengar dan melihat pemuzik Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bersungguh-sungguh memainkan repertoire Mahler Symphony No. 6 di dewan yang berprestij itu. Walaupun tidak memahami apa yang disampaikan oleh simfoni tersebut, ia tidak berhenti begitu sahaja. Banyak yang saya pelajari tentang muzik klasik Barat. Saya sanggup menggunakan duit gaji untuk membeli tiket konsert saban minggu. Kenangan yang paling tidak dapat saya lupakan ketika menyaksikan Aishah menyanyikan lagu Bahtera Merdeka yang diiringi oleh MPO dan Dato' Johari Salleh selaku konduktor.
Namun sayang sekali negara dikejutkan oleh kematian enam orang remaja ketika menghadiri festival muzik akibat penggunaan dadah dan arak yang berlebihan. Betullah kata Aristotle, muzik boleh mempengaruhi niat manusia. Maknanya muzik yang didengari boleh memperbaiki atau merosakkan peribadi setiap individu. Malah Al-Farabi juga turut mengatakan bahawa muzik juga turut memberikan kesan terhadap emosi dan rohani. Jadi pilihlah muzik yang memberi kebaikan kepada kita dan jauhilah perkara yang boleh memudaratkan diri.
Friday, 10 January 2014
Majalah - Beli di kedai buku atau melanggan?
Aku lebih suka beli majalah di kedai buku. Dulu majalah jadi peneman aku dalam LRT. Seku sentiasa singgah beli majalah kesukaan selpas balik kerja. Rasa lebih seronok belek-belek majalah daripada tunggu majalah sampai ke pintu rumah setiap bulan.
Begitu juga bila beli buku. Rasa lebih thrill bila cari di kedai lebih-lebih lagi buku yang payah nak dapat. Sanggup berjalan dari kedai buku ke kedai buku yang lain. Sungguh thrill bila belek dan cari buku satu persatu, dari rak atas hingga rak bawah dan dari rak kanan hingga ke rak kiri. Rasa berdebar-debar, boleh tak jumpa buku yang dihajati. Debu-debu melekat di jari, kuku jadi hitam sebab asyik sangat belek buku. Bila dapat buku yang diidam-idamkan, rasa nak melompat-lompat kegembiraan di situ juga. Inilah nikmat sebenar!
Thursday, 9 January 2014
Majalah - Januari 2014
Aku suka sangat baca majalah sebab tak seperti baca buku, aku suka belek-belek majalah dulu, tengok gambar dan tengok topik yang diutarakan. Selalu juga mula baca majalah dari belakang sebab selalunya di muka surat belakang hanya ada artikel satu muka surat (selalunya editor atau mereka yang senior membebel kat sini - baca: berkongsi pengalaman) atau pun kompilasi do or don't. Aku sendiri pun lebih suka majalah berkaitan wanita dan kecantikan. Boleh juga masuk peraduan dan untung-untung menang produk baru di pasaran. Jimat belanja. Selalunya tiap-tiap bulan aku akan beli majalah Her World, InTrend, Lisa dan The Malaysian Women's Weekly. Lain-lain majalah aku akan pertimbangkan untuk beli kalau disertakan bersama kalender, sampel produk, booklet atau pun freebies yang menarik.
Saturday, 4 January 2014
Saturday, 30 November 2013
Ingredients
Baca baca baca. Selalunya berpinar-pinar biji mata baca kandungan bahan kimia tak kiralah barangan kosmetik, makanan tambahan, makanan, minuman dan apa sahaja. Tulisannya kecil sangat lebih-lebih lagi bila nak check ingredients eye liner dan brow liner. Ada yang takut ada bahan kimia berbahaya. Ada yang nak tahu kehalalan sesuatu barang tu. Sebagai pengguna kita mesti beringat. Jangan lupa periksa tarikh luput.
Contoh http://www.ulta.com/ulta/browse/productDetail.jsp?productId=xlsImpprod1910049&categoryId=cat940003
Talc, Mica, Ethylhexyl Palmitate, Dimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Myristyl Myristate, Tridecyl Trimellitate, Synthetic Fluorphlogopite, Silica, Isopropyl Myristate, Glycine Soja (Soybean) Oil, Linoleic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Carthamus Tinctorius (Safflower) Seed Oil, Phenoxyethanol, Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isobutylparaben, Ci 77499 (Iron Oxides), Ci 77891 (Titanium Dioxide).
No 68: Talc, Mica, Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-2, Caprylic/Capric Triglyceride, Ethylhexyl Palmitate, Magnesium Stearate, Caprylyl Glycol, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Hexylene Glycol, Tin Oxide, Phenoxyethanol, CI 77491 (Iron Oxides), CI 77891 (Titanium Dioxide).
No 69: Mica, Talc, Alumina, Caprylic/Capric Triglyceride, Ethylhexyl Palmitate, Bis-Diglyceryl Polyacyladipate-1, Magnesium Stearate, Synthetic Fluorphlogopite, Caprylyl Glycol, Hexylene Glycol, Tin Oxide, Phenoxyethanol, CI 42090 (Blue 1), CI 77007 (Ultramarines), CI 77289 (Chromium Hydroxide Green), CI 77891 (Titanium Dioxide).
Sunday, 24 November 2013
Drama lupa tajuk @DIVA Universal
Aku suka satu drama tapi aku lupa tajuknya. Pasal seorang perempuan yang kembali ke kampung halamannya untuk mencari ibunya yang sebenar. Dia tinggal di rumah anak yatim sebelum diserahkan kepada keluarga angkat. Dia cari susur galur keluarganya dan hasilnya dia berkenalan dengan seorang lelaki di kampungnya. Lelaki tersebut seorang penulis dan dianggap misteri oleh penduduk kampung kerana suka menyendiri. Dia dalam proses menulis satu novel yang diinspirasikan oleh peristiwa yang benar-benar berlaku di kampung nya dan secara tidak sengaja mempunyai kaitan dengan perempuan tersebut.
Sebenarnya aku suka tengok watak lelaki tu sebab dia tinggi, tough dan six-packed tapi gaya rambut dia out sikit. Tapi bolehlah... :P Akhirnya perempuan ni tahu mak dia yang sebenar dan rahsia berpuluh-puluh tahun dahulu terbongkar. Sebenarnya mak dia tak bunuh diri tapi terjatuh akibat tertolak secara tidak sengaja semasa berada di tebing tinggi.
Saturday, 23 November 2013
Aku dan John Grisham
Aku mula 'berkenalan' dengan John Grisham ini ketika berusia 19 tahun. Bermula dengan pinjam buku The Client dari perpustakaan awam, terus aku jatuh cinta dengannya. Berdebar-debar menghabiskan buku ini, helai demi helai membuatkan aku teruja. Seorang kanak-kanak telah menjadi saksi kes bunuh diri. Dia diburu oleh pihak polis. Namun nasibnya baik apabila ada seorang peguam wanita yang sanggup membelanya. The rest...bacalah sendiri. Hahaha.....(sebenarnya aku ingat-ingat lupa cerita ni) :P
Aku sempat membaca enam buah buku pertama yang ditulis oleh Grisham termasuklah yang ini. Lagi lima - A Time To Kill, The Pelican Brief, The Chamber, The Rainmaker dan The Firm. The best goes to The Client dan buku yang paling menyedihkan sampai aku nangis - The Chamber.
Kesemua buku ini aku pinjam dari perpustakaan sebab masa tu tak mampu nak beli. Ketika tu harganya RM19.90 (rasanya USD5.99). Sudah tentu tujuan aku baca untuk perbaiki bahasa Inggeris. Lepas tu tahulah sedikit tentang undang-undang sampai aku pun berangan nak jadi peguam!
Novelis Penny Jordan dalam Kenangan
Baru aku tahu penulis kegemaran aku, Penny Jordan telah meninggal dunia pada 31 Disember 2011 (umur 65 tahun) disebabkan kanser. Aku suka sangat novel-novel dia. Rasa romantik sangat. Antara novel yang aku ingat sangat adalah Takenover. Biasalah, cerita kahwin paksa sebab nak kembangkan lagi syarikat si hero. Cerita orang putih pun banyak juga genre kahwin paksa, sama macam novel Melayu jugak. Tetapi, selalunya (untuk M&B), ceritanya tak meleret-leret sangat, takde la berkali-kali nak pujuk-memujuk sebab aku rasalah kekangan utamanya bilangan muka surat. Buku M&B ni nipis je, tak sampai 200 halaman.
Penny Jordan
French Lesson
Sejarah asal mulanya, aku beli buku ini - French Lesson di kedai buku Syarikat Muda Osman bersama beberapa buah buku lain terbitan Oxford University Press pada tahun 1994. Masa tu, buku-buku OUP (untuk siri ini) sangat murah hanya RM5 sebuah. Tambahan pula buku ini semuanya berkulit keras. Tujuan utama aku beli adalah untuk memperbaiki bahasa Inggeris.
Walaupun nampak buruk dan sedikit berkulat serta hampir dimakan anai-anai, aku sayang sangat dengan buku ni. Ia jadi rujukan untuk aku tulis novel sebab latar belakangkan selatan Perancis. Bukan tiru ye! Harapnya novel aku menjadi kenyataan. Amin. Cerita aku ni aku selitkan unsur Perancis sebab aku suka sangat apa sahaja (baca: kebanyakan - bukan semua) tentang Perancis. Agaknya, bila aku dah bosan dengan Perancis, aku cari Dutch yang handsome pulak. Hahaha...! Ini semua pengaruh Betty Neels, novelis M&B. Hebat betul penangannya (baca: Belanda)!
Rak Buku Baru
Gembiranya hati bila dapat rak buku baru. Walaupun kecil, aku puas hati. Buat masa sekrang, tak berminat untuk beli rak buku besar. Masalah yang aku hadapi adalah serangan anai-anai. Rak buku kecil ni, senang sikit nak perasan kehadiran anai-anai tu. Sebab itulah kalau boleh aku tak letak rak buku di tepi dinding.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































