Ads

Showing posts with label Aksi - Action. Show all posts
Showing posts with label Aksi - Action. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

Belahan Jiwa



Judul Buku: Belahan Jiwa
Nama Pengarang: Zara Aluwi
Bilangan Muka Surat: 518
Tahun: 2008
Harga: RM19.90
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN9789834347390

SINOPSIS

Hanya mati yang akan memisahkan mereka

Mereka semua dicintai dan disayangi. Namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput Ilahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar... dugaan ada di mana sahaja. Dan sekali lagi... dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan lagi belahan jiwanya...


Secara keseluruhannya aku berpuas hati baca novel ini. Bukan seperti kisah cinta yang mengkhayalkan. Walaupun ibu dan ayah serta abangnya meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis, Anne tetap rapat dengan ahli keluarganya yang lain. Anne seorang yang berjiwa sangat keras dan kental, menghadapi hidupnya di samping orang-orang tersayang. Berkelulusan dalam bidang telekomunikasi, Anne menubuhkan sebuah syarikat bersama dua orang rakan kongsinya. Teknologi GPS cuba dipaparkan oleh penulis di mana teknologi ini dapat mengesan kedudukan individu dengan jelas dan ini banyak membantu pihak polis. Seronok juga baca aksi lasak Anne bergelut dengan orang jahat. Cuma gaya bahasa boleh dipertingkatkan lagi. Syabas diucapkan kepada penulis!



Lateral Katalis Seorang Pelarian


Judul Buku: Lateral Katalis Sorang Pelarian
Nama Pengarang: Subroto Hj Katimin
Bilangan Muka Surat: 262
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM22.90
ISBN9789675841446

SINOPSIS

LATERAL mengisahkan perjuangan dua orang anak muda dalam membantu penduduk Kampung Damai untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui satu projek pertanian kormesial. Namun usaha mereka itu bukanlah sesuatu yang mudah apabila terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran daripada penduduk Kampung Damai.

Jebat - Abang lihatlah kampung ini dikelilingi pembangunan yang pesat dari pihak yang berkuasa sedangkan di sini menjadi lambang kepada kemunduran kerana sikap malas penduduknya. Syarikat tu dah bagi peluang, arahan dan pampasan tapi abang dan orang kampung tetap anggap mereka tu zalim dan jahat!

Radhi - Tapi Pak Suki, saya sebenarnya pening memikirkan tugas saya yang amat berat ni. Silap-silap ditafsirkan orang sebagai pengkhianat bangsa sedangkan saya bukan pengkhianat. Saya cuma nak lihat bangsa saya hidup aman, maju di bumi kita yang tercinta ini.


Saturday, 30 November 2013

Combat Hospital

Siri TV yang menggantikan Hart of Dixie. Tapi aku tak tengok pun.


Portrays doctors and nurses from Canada, the U.S., the U.K. and other allied countries saving lives and limbs in a war zone military hospital modeled on a real facility in Afghanistan.

Creators: Jinder Chalmers, Daniel Petrie Jr., Douglas Steinberg
Stars: Elias Koteas, Michelle Borth, Luke Mably



Saturday, 23 November 2013

Aku dan John Grisham

Aku mula 'berkenalan' dengan John Grisham ini ketika berusia 19 tahun. Bermula dengan pinjam buku The Client dari perpustakaan awam, terus aku jatuh cinta dengannya. Berdebar-debar menghabiskan buku ini, helai demi helai membuatkan aku teruja. Seorang kanak-kanak telah menjadi saksi kes bunuh diri. Dia diburu oleh pihak polis. Namun nasibnya baik apabila ada seorang peguam wanita yang sanggup membelanya. The rest...bacalah sendiri. Hahaha.....(sebenarnya aku ingat-ingat lupa cerita ni) :P

Aku sempat membaca enam buah buku pertama yang ditulis oleh Grisham termasuklah yang ini. Lagi lima - A Time To Kill, The Pelican Brief, The Chamber, The Rainmaker dan The Firm. The best goes to The Client dan buku yang paling menyedihkan sampai aku nangis - The Chamber.

Kesemua buku ini aku pinjam dari perpustakaan sebab masa tu tak mampu nak beli. Ketika tu harganya RM19.90 (rasanya USD5.99). Sudah tentu tujuan aku baca untuk perbaiki bahasa Inggeris. Lepas tu tahulah sedikit tentang undang-undang sampai aku pun berangan nak jadi peguam!


Rindu Belum Berhenti


Novel aksi-thriller-romance. Sekali lagi aku 'cut & paste' sinopsis.

DIA ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.

Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.

Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?

Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Dapatkah Adni menemui cintanya semula?

Adni - Kudamba Bahagia bersamamu.
Selagi Rindu Belum Berhenti, aku akan tetap
menantimu. Aku akan tetap menanti kerana
Kau Tercipta Untukku.


Judul Buku: Rindu Belum Berhenti
Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Karangkraf
Harga: RM18


Legasi Pejuang


Sebelum aku 'cut & paste' sinopsis, aku nak ceritakan perasaan keterujaan aku nak mendapatkan novel ini. Ini merupakan novel aksi Melayu pertama yang aku jumpa. Cintan-cintun cuma 1% je. Tinggal di bandar kecil, jadi agak susahlah nak dapatkan novel ni. Majoriti masih selesa dengan novel cinta asyik masyuk (termasuklah aku). Aku tak kisah baca novel cintan cintun tapi jangan sampai jadi lalai.

Jom baca sinopsis:

MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.

Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.

Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.

Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan?


Judul buku: Legasi Pejuang
Pengarang: Arman Jazee
Penerbit: Karangkraf
Halaman: 592 m/s
Tarikh Terbit: 20 Julai 2012
Harga: RM23