Ads

Showing posts with label Novel Melayu - Malay Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel Melayu - Malay Novel. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

Belahan Jiwa



Judul Buku: Belahan Jiwa
Nama Pengarang: Zara Aluwi
Bilangan Muka Surat: 518
Tahun: 2008
Harga: RM19.90
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN9789834347390

SINOPSIS

Hanya mati yang akan memisahkan mereka

Mereka semua dicintai dan disayangi. Namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput Ilahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar... dugaan ada di mana sahaja. Dan sekali lagi... dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan lagi belahan jiwanya...


Secara keseluruhannya aku berpuas hati baca novel ini. Bukan seperti kisah cinta yang mengkhayalkan. Walaupun ibu dan ayah serta abangnya meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis, Anne tetap rapat dengan ahli keluarganya yang lain. Anne seorang yang berjiwa sangat keras dan kental, menghadapi hidupnya di samping orang-orang tersayang. Berkelulusan dalam bidang telekomunikasi, Anne menubuhkan sebuah syarikat bersama dua orang rakan kongsinya. Teknologi GPS cuba dipaparkan oleh penulis di mana teknologi ini dapat mengesan kedudukan individu dengan jelas dan ini banyak membantu pihak polis. Seronok juga baca aksi lasak Anne bergelut dengan orang jahat. Cuma gaya bahasa boleh dipertingkatkan lagi. Syabas diucapkan kepada penulis!



Lateral Katalis Seorang Pelarian


Judul Buku: Lateral Katalis Sorang Pelarian
Nama Pengarang: Subroto Hj Katimin
Bilangan Muka Surat: 262
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM22.90
ISBN9789675841446

SINOPSIS

LATERAL mengisahkan perjuangan dua orang anak muda dalam membantu penduduk Kampung Damai untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui satu projek pertanian kormesial. Namun usaha mereka itu bukanlah sesuatu yang mudah apabila terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran daripada penduduk Kampung Damai.

Jebat - Abang lihatlah kampung ini dikelilingi pembangunan yang pesat dari pihak yang berkuasa sedangkan di sini menjadi lambang kepada kemunduran kerana sikap malas penduduknya. Syarikat tu dah bagi peluang, arahan dan pampasan tapi abang dan orang kampung tetap anggap mereka tu zalim dan jahat!

Radhi - Tapi Pak Suki, saya sebenarnya pening memikirkan tugas saya yang amat berat ni. Silap-silap ditafsirkan orang sebagai pengkhianat bangsa sedangkan saya bukan pengkhianat. Saya cuma nak lihat bangsa saya hidup aman, maju di bumi kita yang tercinta ini.


Saturday, 15 November 2014

Hadiah Kuiz Persada Aksara 2

Inilah hadiah yang aku peroleh sempena memenangi kuiz Persada Aksara 2. Bertambah lagi koleksi buku. Nothing comes free in this world, right. Nak dapat hadiah percuma pun kena ada usaha. Tonton rancangan Persada Aksara, jawab soalan dan lengkapkan slogan. Jangan mudah berputus asa.Insya-Allah, rezeki akan bersamamu.


Saturday, 23 November 2013

Rindu Belum Berhenti


Novel aksi-thriller-romance. Sekali lagi aku 'cut & paste' sinopsis.

DIA ada segala-galanya, sehinggalah satu hari semuanya berubah. Jenayah yang terancang menyebabkan tiba-tiba dia menjadi pelarian. Dia keseorangan sehingga lelaki bermata sedih itu datang. Tanpa sedar, dia meletakkan seluruh kehidupan di tangan lelaki itu. Lelaki yang diketahui amat berbahaya, namun Adni yakin lelaki itulah penyelamatnya.

Zack, lelaki berdosa yang mahu meninggalkan kisah silamnya yang gelap. Bersama Adni mereka menjadi pelarian. Antara memburu dan diburu, mereka perlu menyelamatkan diri untuk meneruskan kehidupan. Demi Adni, dia rela andai maut yang menjemputnya pulang.

Jenayah terhadap Adni, jenayah yang terancang. Penuh momen yang menggetarkan jiwa. Senjata yang dicipta manusia, apakah tujuan di sebaliknya? Menjadi perisai menyelamatkan diri atau mengurangkan jumlah manusia di muka bumi?

Antara Zack dan Adni, laluan ke syurga bermula dengan maraknya api neraka. Bila hati manusia diselubungi dengan dendam, berpaksikan kesumat, mampukah cinta menghapuskan semua kekeliruan yang datang? Dapatkah Adni menemui cintanya semula?

Adni - Kudamba Bahagia bersamamu.
Selagi Rindu Belum Berhenti, aku akan tetap
menantimu. Aku akan tetap menanti kerana
Kau Tercipta Untukku.


Judul Buku: Rindu Belum Berhenti
Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Karangkraf
Harga: RM18


Legasi Pejuang


Sebelum aku 'cut & paste' sinopsis, aku nak ceritakan perasaan keterujaan aku nak mendapatkan novel ini. Ini merupakan novel aksi Melayu pertama yang aku jumpa. Cintan-cintun cuma 1% je. Tinggal di bandar kecil, jadi agak susahlah nak dapatkan novel ni. Majoriti masih selesa dengan novel cinta asyik masyuk (termasuklah aku). Aku tak kisah baca novel cintan cintun tapi jangan sampai jadi lalai.

Jom baca sinopsis:

MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.

Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.

Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.

Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan?


Judul buku: Legasi Pejuang
Pengarang: Arman Jazee
Penerbit: Karangkraf
Halaman: 592 m/s
Tarikh Terbit: 20 Julai 2012
Harga: RM23

Wednesday, 3 October 2012

Kopi Susu Sepatu Biru

Nama Pengarang: Ruby Hazri
Harga: RM20
Penerbit: Jemari Seni Publishing (www.jemariseni.com)
Bil. Muka Surat: 565
Tahun: 2008 (Cetakan ke-2)
ISBN9789834321789


Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula! Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!

Inilah kisah...tentang jiran di sebelah rumah:

Rumah No. 11
Dia gadis yang bekerja sebgai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa, tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.

Rumah No. 9
Dia lelaki punya gaya tak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usi tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tak harus diberi hati.

Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada sempadan terjilid dalam pelbagai episod:
- Kereta Perdana vs kereta Kancil
- Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
- Sepatu biru pencetus idea nakal si teruna
- Muzik si pemuda bukan selera si pemudi

Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit...ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar. 

Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?



Tuesday, 2 October 2012

Surat Ungu untuk Nuha

Nama Pengarang: Noor Suraya
Harga: RM20
Penerbit: Jemari Seni Publishing (www.jemariseni.com)
Bil. Muka Surat: 484
Tahun: 2007
ISBN9789834321734



Novel keenam Noor Suraya membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspres Langkawi ke utara. Perkalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. hidup adalah suatu perjalanan waktu!