Ads

Saturday 23 November 2013

Legasi Pejuang


Sebelum aku 'cut & paste' sinopsis, aku nak ceritakan perasaan keterujaan aku nak mendapatkan novel ini. Ini merupakan novel aksi Melayu pertama yang aku jumpa. Cintan-cintun cuma 1% je. Tinggal di bandar kecil, jadi agak susahlah nak dapatkan novel ni. Majoriti masih selesa dengan novel cinta asyik masyuk (termasuklah aku). Aku tak kisah baca novel cintan cintun tapi jangan sampai jadi lalai.

Jom baca sinopsis:

MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.

Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.

Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.

Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan?


Judul buku: Legasi Pejuang
Pengarang: Arman Jazee
Penerbit: Karangkraf
Halaman: 592 m/s
Tarikh Terbit: 20 Julai 2012
Harga: RM23

1 comment:

  1. Menurut penulisnya (aku baca di satu forum), sambungannya akan diterbitkan tahun depan. Aku agak, ni pasal Katrinee yang akan berpaling tadah. Tak sabar-sabar nak baca!

    ReplyDelete