Ads

Saturday 23 November 2013

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)


ITBM merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggungjawab untuk menterjemah dan menerbitkan buku.


Falsafah dan Iltizam

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) adalah:

- Pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa lain.

- Pusat khidmat kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara.

- Pusat pengembangan profesional yang memupuk kaedah, teknik dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat dalam pelbagai bahasa.

- Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa yang berkaitan untuk memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

- Pusat rujukan yang menetapkan piawaian dan jaminan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di Malaysia.


3 comments:

  1. Teringin nak tulis buku dan diterbitkan oleh ITBM.

    ReplyDelete
  2. Sangat bangga bila hasil karya penulis Malaysia diterjemah dalam bahasa asing seperti bahasa Perancis. Antaranya Le Champion (Juara) yang ditulis oleh S. Othman Kelantan dan Le Grand Commercant de Kuala Lumpur (Saudagar Besar dari Kuala Lumpur) - Keris Mas.

    ReplyDelete
  3. Setakat ini aku sempat membeli 2 buah buku yang diterbitkan oleh ITBM.

    1) Siddharta - Herman Hesse
    2) Oud - Raja Zulkarnain

    Harapnya dimurahkan rezeki, boleh beli buku lagi dan ada kesempatan masa untuk membacanya. Amin.

    ReplyDelete