ITBM merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggungjawab untuk menterjemah dan menerbitkan buku.
Falsafah dan Iltizam
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) adalah:
- Pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa lain.
- Pusat khidmat kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara.
- Pusat pengembangan profesional yang memupuk kaedah, teknik dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat dalam pelbagai bahasa.
- Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa yang berkaitan untuk memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Pusat rujukan yang menetapkan piawaian dan jaminan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di Malaysia.