Ads

Thursday 4 August 2011

Surat Pembaca: ANIQAH Jun 2011

Halal Menjadi Haram


Assalamualaikum Sidang Editorial ANIQAH,

Saya mula mengenali ANIQAH semasa Syawal tahun lepas. Saya begitu tertarik dengan gambar-gambar yang berkualiti, reka letak yang sesuai dan artikel yang menambah pengetahuan.

Saya ingin mengutarakan satu perkara, iaitu penggunaan berus "pure bristle", iaitu berus diperbuat daripada bulu babi. Kadang kala kita terlepas pandang mengenai perkara ini. Berus "pure bristle" digunakan secara meluas dalam pembuatan bakeri dan kek, sebagai "hair brush", berus cat, berus lukisan dan banyak lagi.

Kita menyangka makanan yang kita makan contohnya apam balik itu halal, tetapi boleh menjadi haram jika berus "pure bristle" digunakan untuk menyapu majerin ke atas apam balik tadi. Malah berus lukisan "pure bristle" ini menjadi pilihan bagi lukisan akrilik kerana ia bersifat keras dan memberi kawalan yang baik semasa melukis.

Saya sendiri pernah terjumpa berus lulur dan "hair brush" yang diperbuat daripada bulu babi semasa berkunjung ke sebuah spa yang terkenal di ibu kota. Lantas saya memberitahu kepada staf yang bertugas mengenai perkara ini. Saya dapati staf yang bertugas sendiri tidak menyedari bahawa berus yang digunakan itu tidak halal dan tidak mengetahui istilah "pure bristle" yang terletak pada pemegang berus tersebut. Dia hanya mengetahui "pork" itu sahaja yang haram.

Saya menyeru agar kita semua mengambil berat dan tidak memandang remeh dalam perkara ini kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita dan apa yang kita gunakan akan jatuh hukum haram. Kerjasama daripada pihak peniaga juga perlu bagi meletakkan label pada berus tersebut. Manakala kita sebagai pengguna mestilah peka dengan istilah antaranya "pure bristle", "bristle brush", "hog bristle", "China bone", dan banyak lagi.



No comments:

Post a Comment