*with English translation
Mengapa saya suka membaca? Saya membaca untuk menambah ilmu pengetahuan. Satu jawapan yang cukup klise. Pada hari pertama saya memasuki darjah 1, iaitu pada Januari 1987, guru kelas telah membawa kami ke perpustakaan. Saya memilih sebuah buku dan mengeja satu persatu kerana tidak pandai membaca. Saya juga tidak mengetahui apa yang saya baca. S-a-y-a, itu sahaja yang saya tahu. Ketika pertengahan tahun 1987, barulah saya pandai membaca. Jika diikutkan dengan sistem persekolahan sekarang, mungkin saya termasuk dalam kumpulan pelajar yang lambat membaca. Tetapi, berkat usaha saya dan guru, saya berjaya dapat markah penuh dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, yang diajar pada penggal kedua.
Pada penghujung tahun, nama saya diumumkan sebagai pembaca terbanyak kategori darjah 1 semasa perhimpunan. Saya sendiri tidak menyangka mendapat anugerah tersebut. Walaupun hadiahnya adalah sebuahmangkuk plastik daripada pihak perpustakaan sekolah, namun saya amat menghargainya. Tabiat yang dipupuk dan disemai sejak kecil lagi membuatkan saya menjadi seorang ulat buku. Kini, setelah dewasa, saya mahu menjadi seorang pembaca yang aktif, maksud saya, saya mahu memberi maklum balas dan ulasan terhadap apa yang saya baca, untuk dikongsi bersama masyarakat serta ingin menerbitkan buku sendiri. Satu perkara yang saya kenal pasti mengenai diri saya, saya tidak suka berlama-lamaan di kedai buku. Selalunya saya akan mencari buku yang saya inginkan dan terus pulang apabila selesai membayarnya. Tetapi, jika saya berada di butik atau memilih alat mekap, saya sanggup berada seharian di sana agar berpuas hati dengan apa yang dibeli!
Why Do You Read Books?
Why do you read books? I read books because I want to gain knowledge. It sounds so cliche! Beginning the first day of school, in January 1987, our class teacher showed us the library and let us read the books. I did not know how to read. I spelled every word but I did not understand the meaning, except s-a-y-a which means 'I'. But it never stopped me from learning and I could read well during the second semester. I scored full marks in English too. English was taught during the second semester.
I was announced as the winner of the reading contest for standard one category. I did not expect it and although the prize was only a tupperware, I really appreciate it. The good habit that I have nurtured since younger age makes me a book worm. I read everywhere, in the LRT, while waiting for my friends or any time that I feel that I should read. Since I read a lot, I feel that it is time to be an active reader which means I should give feedbacks and write reviews. I wish to publish my own book soon. Although I love reading books, but I do not like spending hours at the book store. I quickly browse the book and leave the book store after I finish paying it. But when I shop for dress or make up, I could spend the whole day at the boutique or make up counter!
saya suka membaca juga. :D
ReplyDeletehai dana, ini Jihan. :P
Hai Jihan....
ReplyDeleteTengok gambar pun dah kenal ;)
Terima kasih sebab rajin melawat blog ini dan jadi orang yang pertama.