Ads
Tuesday, 25 October 2011
Thursday, 20 October 2011
Pendidikan Muzik Kontemporari Edisi Kedua
Tajuk: Pendidikan Muzik Kontemporari Edisi Kedua
Pengarang: Johami Abdullah @ Joe Chelliah
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun: 2010
Bilangan muka surat: 262
Harga: RM50
ISBN9789834604202
Penulis sendiri mengatakan dalam Prakata buku ini bahawa buku-buku pendidikan muzik dalam bahasa Melayu boleh dikatakan amat terhad atau tidak ada langsung. Penulis juga turut berharap agar dengan penulisan buku ini dapat mengurangkan masalah ini. Pendidik-pendidik muzik yang bertauliah dan/atau berpengalaman akan terus berusaha untuk menambahkan lagi buku-buku pedagogi muzik.
Buku Pendidikan Muzik Kontemporari mengutarakan topik yang berkaitan dengan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, khususnya di Malaysia. Ia membincangkan peranan pendidikan muzik dan pendidik muzik serta hubngan antara teori dengan amalan dalam pengajaran dan pengajaran pendidikan muzik kontemporari. Buku ini membawa anda meninjau isu utama pendidikan muzik tanah air dari pelbagai perspektif asas seperti:
* Sejarah
* Falsafah
* Sosiologi
* Psikologi
* Pedagogi
Buku ini ditulis oleh Johami Abdullah yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pendidikan dan juga sebagai pemuzik profesional. Beliau merupakan presiden Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia (MAME) semenjak didaftarkan pada tahun 2002 hingga sekarang.
Was Was - Bila syaitan membelit manusia!
Tajuk: Was was - Bila syaitan membelit manusia!
Penulis: Ibnul Qayyim
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Tahun: 1999 (Cetakan ke-2, Singapura)
Bilangan Muka Surat: 123
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd
Harga: RM17 @Pesta Buku PWTC
ISBN9971773007
Was was - modus operandi setan laknatullah untuk menyesatkan anak-anak Adam.
Buku ini mengumpulkan beberapa aspek penting dalam peribadatan kita sehari-hari, di mana seringkali kita mungkin menjadi mangsa perasaan was was yang ditimbulkan oleh syaitan. Memang was was itu merupakan suatu penyakit yang terlalu berat, yang kerap menimpa amalan-amalan hamba yang tidak teguh hatinya, ataupun bagi orang yang mempunyai keyakinan lisan semata, padahal kalbunya kerap bergoncang, khusus ketika dibelit oleh was was syaitan tadi.
Pengarang menghitung berbagai-bagai tempat yang kerap dijadikan syaitan sebagai permainan was wasnya, seperti ketika berwudhuk, beristinjak, mandi kerana bersuci, bershalat, membaca Al-Quran, dan ketika merangkapkan niat dalam melaksanakan berbagai-bagai peribadatan kita. Tiap-tiap permasalahan tersebut diberikan gambaran dan perilaku orang yang was was itu, kemudian dibandingkan pula dengan perilaku dan perbuatan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya ketika mengerjakan peribadatan yang sama yang bersih dari was was. Tujuan utamanya ialah untuk mendidik orang yang was was itu supaya mencontohi amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dan berusaha untuk menghindarkan was was itu dari amalannya serta mencuba mengikis perasaan yang salah itu dari kalbu perilakunya.
Buku ini sangat penting bagi anda pembaca kerana terdapat di dalamnya juga perbincangan para ulama mengenai permasalahan talka dan perbalahan yang kerap berlaku dalam memutuskan hukum yang kerap menimbulkan banyak kekeliruan antara khalayak ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)