Ads

Showing posts with label Kedai Buku - Bookstore. Show all posts
Showing posts with label Kedai Buku - Bookstore. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

BookXcess :: Read More For Less

Kedai buku yang menjual buku dengan harga yang sangat murah! Menjadi antara kedai buku kegemaran aku.

Wednesday, 1 June 2011

Kedai Buku - Mana Satu Aku Suka?

Dalam banyak-banyak kedai buku, yang mana agaknya aku suka? Aku cuma senaraikan kedai buku yang aku biasa pergi.

1) Kinokuniya @KLCC  - dulu-dulu, semasa kerja di Tower 2, aku selalu sangat datang ke sini dan beli buku. Macam-macamlah. Sebab aku pernah ada masalah dengan kaki aku dan menjalani pembedahan lutut, aku beli buku yang berkaitan kesihatan. Harganya - agak mahal tapi sebab masa tu aku bekerja, Alhamdulillah, aku mampu beli. Diskaun yang paling tinggi adalah 30%. Macamana nak memupuk budaya membaca sedangkan bahan bacaan sangat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang?

2) BookXcess @Amcorp Mall - aku suka tempat ni sebab buku-bukunya sangat murah. Bayangkan aku beli buku Bobby Brown Makeup Manual dengan harga tak sampai RM40 sedangkan harga sebenarnya di Kinokuniya lebih daripada RM120! Buku Salman Rushdie pun ada di sini. Aku tidak pernah mengagung-agungkan dia. Aku cuma nak tahu apa yang dia tulis sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. Namun, buku The Satanic Verses tidak ada di kedai buku di Malaysia. Bargain book pun RM5 sahaja. Aku beli buku Michael Crichton - Eaters of the Dead (The 13th Warrior) dengan harga RM5 sahaja. Tapi buku-bukunya tak sebanyak di Kinokuniya dan sedikit outdated.

3) Borders @ The Gardens - aku serbu Bargain Books dan aku sukakan buku-buku bergambar, coffee table books, aku suka tengok gambar bunga yang cantik. Aku selalu beli buku kanak-kanak untuk anak-anak saudara aku.

4) The Big Bookshop @ Ampang Park dan The Mall - ini pun best sangat walaupun buku-bukunya terhad dan outdated. Aku suka beli buku bergambar, harga permulaan RM3 ke atas. Buku kanak-kanak pun banyak. Aku pernah beli buku Dr Edward de Bono dengan harga RM10 sahaja!

5) Syarikat Muda Osman @ Kota Bharu dan Kuala Krai - selalunya aku beli majalah terbitan DBP dan kadangkala beli buku terbitan DBP juga. Beli pun sebab nak dapat poin.

6) Kedai Buku Banggol @ Kuala Krai - Aku menyokong kedai buku Muslim dan beli buku agama. Kadangkala ada diskaun. :)

Ini adalah senarai kedai buku yang aku ingat sekarang ni.

Monday, 30 May 2011

Jalan-jalan di Kedai Buku PPUM

Setelah makan tengah hari, saya mengambil kesempatan untuk ke kedai buku yang terletak dalam bangunan PPUM. Lagi pun saya ingin merasa aircond semasa melalui laluan ke wad kerana cuaca di luar yang agak panas. Tujuan utama adalah untuk membeli Dewan Kosmik bulan Jun tapi sayangnya masih belum ada. Hmm... dah tak tau nak komen macamana tentang pengedaran majalah ini. Sungguh mengecewakan. Mungkin pertengahan bulan Jun, akan sampailah DK kesayangan saya. Mungkin saya patut melanggan DK.

Di sebalik buku-buku perubatan yang dijual (kerana kedai buku ini dikhususkan untuk menjual buku-buku perubatan), terselit juga buku-buku agama dan bacaan ilmiah lain. Mata saya tertumpu kepada buku hasil tulisan Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, atau tajuk Inggerisnya, Habit of Self-Reliance. Harganya RM15, setelah mendapat diskaun, ia menjadi RM13.50.





Mata saya terpandang sebuah buku yang menarik perhatian saya, Warna-Warni Minda Ku: Kisah Hidup Albert Wang. Penulisnya Albert Wang menulis memoir tentang dirinya yang menghidap skizofrenia. Terdapat juga edisi bahasa Inggeris dan harga untuk setiap edisi adalah RM20.

Ini adalah satu pendedahan berani Albert tentang penyakitnya di mana perkara ini masih menjadi stigma masyarakat Malaysia. Sesiapa yang ke klinik psikiatri akan dianggap gila. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan kerana sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan seperti ini.




Saya teringat kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap skizofrenia di tahap yang teruk, yang dipaparkan dalam rancangan Oprah. January, atau nama timangannya, Janni, akan mencederakan dirinya atau sesiapa sahaja. Sesuatu yang dianggap mustahil bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun. Janni telah menunjukkan keadaan yang ganjil semenjak usia bayi lagi. Dia  juga mempunyai kawan imaginasinya yang menyuruh membuat itu dan ini, termasuklah perkara yang memudaratkan.

Ibu bapanya terpaksa menyewa dua buah apartmen, dan masing-masing bergilir-gilir menjaga Janni. Kesedaran kedua ibu bapanya menyebabkan dirinya dapat dikawal. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang buta huruf dan membiarkan anak-anak mereka menderita sakit mental tanpa mendapatkan rawatan yang betul?

Satu lagi filem yang menarik, A Beautiful Mind, menceritakan kisah hidup seorang genius yang menhgidap skizofrenia. Saya lebih tertarik kepada pelakon utamanya, Russel Crowe!

One of my friend told me, he hates psychiatrist!