Ads

Monday 30 May 2011

Jalan-jalan di Kedai Buku PPUM

Setelah makan tengah hari, saya mengambil kesempatan untuk ke kedai buku yang terletak dalam bangunan PPUM. Lagi pun saya ingin merasa aircond semasa melalui laluan ke wad kerana cuaca di luar yang agak panas. Tujuan utama adalah untuk membeli Dewan Kosmik bulan Jun tapi sayangnya masih belum ada. Hmm... dah tak tau nak komen macamana tentang pengedaran majalah ini. Sungguh mengecewakan. Mungkin pertengahan bulan Jun, akan sampailah DK kesayangan saya. Mungkin saya patut melanggan DK.

Di sebalik buku-buku perubatan yang dijual (kerana kedai buku ini dikhususkan untuk menjual buku-buku perubatan), terselit juga buku-buku agama dan bacaan ilmiah lain. Mata saya tertumpu kepada buku hasil tulisan Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, atau tajuk Inggerisnya, Habit of Self-Reliance. Harganya RM15, setelah mendapat diskaun, ia menjadi RM13.50.





Mata saya terpandang sebuah buku yang menarik perhatian saya, Warna-Warni Minda Ku: Kisah Hidup Albert Wang. Penulisnya Albert Wang menulis memoir tentang dirinya yang menghidap skizofrenia. Terdapat juga edisi bahasa Inggeris dan harga untuk setiap edisi adalah RM20.

Ini adalah satu pendedahan berani Albert tentang penyakitnya di mana perkara ini masih menjadi stigma masyarakat Malaysia. Sesiapa yang ke klinik psikiatri akan dianggap gila. Pandangan masyarakat perlu diperbetulkan kerana sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan seperti ini.




Saya teringat kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menghidap skizofrenia di tahap yang teruk, yang dipaparkan dalam rancangan Oprah. January, atau nama timangannya, Janni, akan mencederakan dirinya atau sesiapa sahaja. Sesuatu yang dianggap mustahil bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun. Janni telah menunjukkan keadaan yang ganjil semenjak usia bayi lagi. Dia  juga mempunyai kawan imaginasinya yang menyuruh membuat itu dan ini, termasuklah perkara yang memudaratkan.

Ibu bapanya terpaksa menyewa dua buah apartmen, dan masing-masing bergilir-gilir menjaga Janni. Kesedaran kedua ibu bapanya menyebabkan dirinya dapat dikawal. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang buta huruf dan membiarkan anak-anak mereka menderita sakit mental tanpa mendapatkan rawatan yang betul?

Satu lagi filem yang menarik, A Beautiful Mind, menceritakan kisah hidup seorang genius yang menhgidap skizofrenia. Saya lebih tertarik kepada pelakon utamanya, Russel Crowe!

One of my friend told me, he hates psychiatrist!

1 comment:

  1. Bermula 1 Jun, orang ramai tidak lagi bebas keluar masuk bangunan yang yang menempatkan wad (dari 'terowong' ke lif) kecuali pada waktu melawat. Tapi aku terlepas ke sana sebab cakap nak ke kedai buku. Memang pergi ke kedai buku pun tapi DK belum sampai lagi.

    ReplyDelete