Judul Buku: Belahan Jiwa
Nama Pengarang: Zara Aluwi
Bilangan Muka Surat: 518
Tahun: 2008
Harga: RM19.90
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
ISBN9789834347390
SINOPSIS
Hanya mati yang akan memisahkan mereka
Mereka semua dicintai dan disayangi. Namun takdir Tuhan, seorang demi seorang dijemput Ilahi dengan alasan tersendiri. Bagi Anne, walau hatinya pedih dan luka, dia terpaksa menerima takdir yang bertandang. Ketika Alex datang mengetuk pintu hati, Anne tahu dia tidak sanggup lagi kehilangan. Cuma Anne tidak sedar... dugaan ada di mana sahaja. Dan sekali lagi... dia harus menghadapi cabaran akan kehilangan lagi belahan jiwanya...
Secara keseluruhannya aku berpuas hati baca novel ini. Bukan seperti kisah cinta yang mengkhayalkan. Walaupun ibu dan ayah serta abangnya meninggal dunia dalam keadaan yang amat tragis, Anne tetap rapat dengan ahli keluarganya yang lain. Anne seorang yang berjiwa sangat keras dan kental, menghadapi hidupnya di samping orang-orang tersayang. Berkelulusan dalam bidang telekomunikasi, Anne menubuhkan sebuah syarikat bersama dua orang rakan kongsinya. Teknologi GPS cuba dipaparkan oleh penulis di mana teknologi ini dapat mengesan kedudukan individu dengan jelas dan ini banyak membantu pihak polis. Seronok juga baca aksi lasak Anne bergelut dengan orang jahat. Cuma gaya bahasa boleh dipertingkatkan lagi. Syabas diucapkan kepada penulis!
No comments:
Post a Comment