Antara isi kandungan yang menarik perhatian aku. Entri sebelumnya boleh baca di sini, dalam buku Siri Tokoh Cendikiawan Islam 8: Al-Farabi, Ahli Falsafah Islam
Dalam kitab Al-Musiqi'l-Kabir, Al-Farabi menulis pengenalan terhadap pengenalan muzik dalam beberapa bab. Dia menyebut tentang prinsip-prinsip gubahan muzik, alat-alat muzik yang masyhur serta jenis-jenis irama. Al-Farabi menganggap ilmu muzik sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan. Dia memperkenalkan muzik sebagai ilmu untuk mengenali gubahan irama.
Dia membahagikan ilmu ini kepada dua bahagian. Pertama ialah ilmu amali muzik yang diperuntukkan lima bab. Dalam bahagian pertama ini, dia menyebut tentang prinsip-prinsip gubahan, kaitan prinsip-prinsip ini dengan jenis-jenis alat muzik, tentang-tentang jenis nada semula jadi yang menjadi asas penggubahan lagu, tentang gubahan nota-nota muzik dan gubahan irama yang lengkap.
Bahagian kedua ialah ilmu amali. Dalam bahagian ini, Al-Farabi berbicara tentang nada dan petikan atau pukulan alat muzik yang menghasilkan nada itu. Naskhah-naskhah tulisan tangan bagi kitab ini masih wujud di perpustakaan Leiden, Milan, Escorial dan Beirut. Kitab ini turut dicetak di Kaherah.
No comments:
Post a Comment