Judul Buku: Daddy Long Legs
Nama Penulis: Jean Webster
Nama Penterjemah: Siti Malini bt. Mat
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Bilangan Muka Surat: 160
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM14.
ISBN: 9789674010942
Akhirnya jumpa juga Daddy Long Legs versi BM. Suka sangat dengan watak Jerusha Abbot yang cerdik, pandai menulis dan berangan aka berimaginasi. Tetapi di alam realiti, sudah tentu Daddy Long Legs tidak wujud. Ia hanya khayalan penulis semata-mata.
SINOPSIS: (dari laman web PTS http://pts.com.my/buku/daddy-long-legs)
Jerusha Abbot (Judy) adalah anak yatim piatu dan dibesarkan di John Grier Home, sebuah rumah anak-anak yatim yang kolot dan ketinggalan zaman. Setelah tamat persekolahan, Judy masih lagi bekerja di rumah anak-anak yatim tersebut.
Namun, hidupnya berubah apabila seorang pemegang amanah misteri yang membuat lawatan bulanan di rumah anak yatim tersebut bersetuju membiayai kos pelajarannya di kolej. Judy sangat berbakat dalam bidang penulisan. Bagi mengasah bakat penulisannya, Judy disyaratkan untuk menulis surat kepada pemegang amanah itu setiap bulan. Namun begitu, Judy tidak akan mengetahui identiti pemegang amanah yang pemurah itu. Surat itu mesti dituju kepada Encik John Smith dan tidak akan dibalas.
Ikuti kandungan surat kiriman Jerusha Abott yang penuh dengan tanda tanya siapa sebenarnya Daddy Long Legs.
Awak tidak jawab pun soalan saya. Perkara ini penting bagi saya. Adakah awak botak? Saya sudah dapat membayangkan rupa awak, kecuali bahagian atas kepala. Saya tidak dapat memilih sama ada mahu membayangkan rambut awak putih dengan uban, atau pun masih hitam dengan putih, atau pun mungkin tiada rambut langsung! Bagaimana? Saya perlukan jawapan awak.
Buat pengetahuan awak, saya membayangkan mata awak berwarna kelabu. Bulu kening awak begitu lebat dan terjuih ke hadapan. Mulut awak seperti garis lurus, kecuali apabila awak marah, hujungnya akan melengkung ke bawah. Ya, saya tahu awak yang cepat marah, bukan?

No comments:
Post a Comment