Dalam banyak-banyak kedai buku, yang mana agaknya aku suka? Aku cuma senaraikan kedai buku yang aku biasa pergi.
1) Kinokuniya @KLCC - dulu-dulu, semasa kerja di Tower 2, aku selalu sangat datang ke sini dan beli buku. Macam-macamlah. Sebab aku pernah ada masalah dengan kaki aku dan menjalani pembedahan lutut, aku beli buku yang berkaitan kesihatan. Harganya - agak mahal tapi sebab masa tu aku bekerja, Alhamdulillah, aku mampu beli. Diskaun yang paling tinggi adalah 30%. Macamana nak memupuk budaya membaca sedangkan bahan bacaan sangat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh sesetengah orang?
2) BookXcess @Amcorp Mall - aku suka tempat ni sebab buku-bukunya sangat murah. Bayangkan aku beli buku Bobby Brown Makeup Manual dengan harga tak sampai RM40 sedangkan harga sebenarnya di Kinokuniya lebih daripada RM120! Buku Salman Rushdie pun ada di sini. Aku tidak pernah mengagung-agungkan dia. Aku cuma nak tahu apa yang dia tulis sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. Namun, buku The Satanic Verses tidak ada di kedai buku di Malaysia. Bargain book pun RM5 sahaja. Aku beli buku Michael Crichton - Eaters of the Dead (The 13th Warrior) dengan harga RM5 sahaja. Tapi buku-bukunya tak sebanyak di Kinokuniya dan sedikit outdated.
3) Borders @ The Gardens - aku serbu Bargain Books dan aku sukakan buku-buku bergambar, coffee table books, aku suka tengok gambar bunga yang cantik. Aku selalu beli buku kanak-kanak untuk anak-anak saudara aku.
4) The Big Bookshop @ Ampang Park dan The Mall - ini pun best sangat walaupun buku-bukunya terhad dan outdated. Aku suka beli buku bergambar, harga permulaan RM3 ke atas. Buku kanak-kanak pun banyak. Aku pernah beli buku Dr Edward de Bono dengan harga RM10 sahaja!
5) Syarikat Muda Osman @ Kota Bharu dan Kuala Krai - selalunya aku beli majalah terbitan DBP dan kadangkala beli buku terbitan DBP juga. Beli pun sebab nak dapat poin.
6) Kedai Buku Banggol @ Kuala Krai - Aku menyokong kedai buku Muslim dan beli buku agama. Kadangkala ada diskaun. :)
Ini adalah senarai kedai buku yang aku ingat sekarang ni.